ABANG PILIH YANG MANA…YANG BARU ATAU MYVI LAMA?

SHARE

Benda paling hangit yang sedang diperkatakan sekarang ialah, kemunculan Myvi serba baharu dalam pasaran. Canggih, siap ada smarttag lagi. Tu belum kira faktor rupa dan keselamatan.

Bila ada yang baru, yang lama jangan pulak kita pandang sebelah mata. Kecik hati dibuatnya. Lebih-lebih lagi kepada penggiat tegar modifikasi Myvi, yang menjadikan salinan JDM sebagai panduan. Dah ler makan tahun nak bikin, rega komponen salinan pun bukan makin murah. Kalau tak kerana Rani, ingat boleh ke Myvi lama ni cecah angka satu juta! Nampak….

BACA: BLUCY RACY MYVI

Seperti penggiat modifikasi JDM lain, salinan yang dibuat boleh jadi macam-macam. Dan untuk kereta ini, ia telah dijepunkan menerusi padanan kit badan Passo TRD Sport M.

 

Beberapa aksesori lain turut diguna sama seperti skup Boon X4, panel depan Modellista, serta lip depan dan belakang Passo Racy. Padanan komponen jenis karbon fiber juga boleh dilihat di beberapa bahagian, khususnya di bahagian hood depan, spoiler dan penutup minyak.

Takkan menarik kalau kasutnya tak berjenama sukan. Untuk itu, Rani telah menyarungkan rim Volk Racing RE30 sebagai pilihan, sebelum dipadankan dengan tayar Continental dari saiz 195/50R-16. Bagi mendapatkan pengendalian lebih sempurna, sistem gantungan telah dinaik taraf menggunakan set suspensi boleh laras dari ZerOne.

BACA: MYVI TURBO YANG MERECIK!

Mana lengkap main Myvi kalau enjinnya tak diusik. Sebagai modal kelajuan, ia telah digantikan dengan enjin K3VET dari Daihatsu YRV. Sedikit peningkatan turut dilakukan pada sistem pendesak, menerusi penggunaan turbo jenis IHI RHB52.

Juga disertakan sebuah wastegate Tial 38mm, sebelum disejukkan oleh unit intercooler kustom pada bumper depan. Boost yang terhasil kemudiannya dibawa ke manifold kemasukan kustom, manakala tekanan berlebihan akan dilepas keluar menerusi injap pelepas HKS SSQV.

BACA: BOON X4 MYVI – THE KING!

Berbanding pemilik lain yang gemar mengekalkan kotak gear tiptronik asal, Rani tetap berkeras untuk menggantikannya dengan kotak gear manual Passo TRD Sport M. Baru nampak macho . Memastikan hantaran setiap gear tidak tergelincir, ia kini dilapik set klac pejal dari D Sport.

Bahagian dalam menyaksikan penggunaan papan pemuka Passo TRD Sport M sebagai komponen utama. Kemudian ada trim karbon fiber Modellista, stereng Sparco, tombol gear TRD, tempat duduk Passo Racy 08, serta tempat duduk TRD Sport untuk pemandu.

Untuk bantuan pemantauan, disediakan gugusan meter Defi, paparan tambahan Super Cat, serta unit RSM dari Apexi.

Yang baru memang cantik, tapi lama masih menarik. Selagi tak ada yang berani bikin Myvi baru, pemilik Myvi lama kekal sebagai bintang paling merecik dan laju…

BACA: MYVI PASSO DARJAT TINGGI

Spesifikasi

Pemilik                        Mohd Rani

Pengeluar                    Perodua

Model                          Myvi

Tahun                          2009

Enjin asal                    K3-VE Modifikasi Enjin K3-VET Daihatsu YRV, turbo IHI RHB52, wastegate Tial 38mm, intercooler & paip sambungan kustom, manifold kemasukan kustom, injap pelepas HKS SSQV, regulator Tomei, rel bahan api kustom

Transmisi                    Kotak gear manual Passo TRD Sport M, set klac D Sport

Ekzos                          Tip ekzos Akrapovic

Luaran                         Kit badan Passo TRD Sport M, skup Boon X4, panel depan Modellista, lip depan & belakang Passo Racy, hood depan, spoiler & penutup minyak karbon fiber

Suspensi                      ZerOne

Brek                            Honda Odyssey (depan)

Rim & Tayar               Volk Racing RE30 16-inci & Continental 195/50R-16

Dalaman                      Papan pemuka Passo TRD Sport M, trim karbon fiber Modellista, stereng Sparco, tombol gear TRD, tempat duduk Passo Racy 08, tempat duduk pemandu TRD Sport, meter Defi, paparan Super Cat, RSM Apexi, sistem audio Kenwood

Bengkel                       ToraTora Motorsport, Shah Alam

-PAK MAUN-

GALERI

Share this post

scroll to top