Modifikasi

ALAMI MODIFIKASI TRAK – ISUZU DMAX YANG CANTIK, GARANG DAN SUKAN

Jarang benar dapat kita saksikan trak pikap moden digunakan secara ekstensif untuk sukan lasak seperti offroad. Beli mahal-mahal, lift setengah kaki, pastu gasak masuk hutan.

Sanggup ke? Bukan tak ada yang buat, cuma ia masih dipelopori model generasi terdahulu yang kurang kompleks dan lebih mesra poket. Andai nak terbalik dalam lumpur sekali pun, taklah sakit hati sangat.

Sebab tu pemilik trak moden hari ini, lebih menjurus kepada cabang kelajuan seperti sukan drag. Kalau boleh, nak jer bikin sampai boleh pegi Hatyai balik hari. Namun bagi mereka yang tidak ke arah itu, ia akan dihensemkan dengan gaya lebih menarik, walaupun masih digunakan sebagai kuda kerja.

BACA: TRITON MONKEY DRAGSTER

Ini bukanlah trak pikap pertama abam janggut Zureen Deco. Lepas puas gasak model Triton yang lama, beliau cuba beralih angin mencari sebuah trak generasi baru yang lebih selesa.

Seleksi yang terhidang ketika itu cukup banyak, namun akhirnya memilih D-Max RT50 kerana reputasinya yang cemerlang dari segi ketahanan dan penjimatan bahanapi.

Tumpuan Zureen sebenarnya lebih kepada perubahan kometik. Buat permulaan, keseluruhan bahagian depan telah dinaiktaraf menggunakan kit badan Isuzu MU-X yang lebih garang dan senonoh.

Ia kemudian ditambah dengan komponen keluaran Akana Carbon Wizard untuk bahagian hood, fender, grill dan spoiler.

Bagi mengurangkan lagi berat keseluruhan, bed liner belakang telah ditanggalkan, sebelum dicat dan digalang menggunakan kit X-Bar Titanium.

Sistem gantungan standard yang gayat mungkin tidak sesuai untuk mengangkut signboard sepanjang 2-3 depa. Letih la nak sewa folklift bagai.

 

Jadi ia telah direndahkan secara kustom dengan set suspensi boleh laras BC Racing, sekaligus membentuk profil lebih garang. Mengisi keperluan di ruang roda adalah set rim Lenso Project D sebesar 18-inci, beserta tayar Landsail dari saiz 255/55R-18.

Aspek dekorasi turut berlaku di ruang enjin, selepas digayakan semula dengan kaler lima posen. Baru nampak mahal katanya. Memastikan ia lebih berseri-seri, mana-mana komponen yang sesuai telah digantikan dengan aksesori jenis aloi dari HPD.  

Cantik satu hal. Namun sedikit sentuhan prestasi tetap diberi keutamaan. Antaranya penggunaan penapis udara K&N serta paip intercooler yang baru.

Kalau dahulu ramai yang takut nak usik enjin diesel, kini makin banyak toyol kuasa yang boleh diperolehi. Bagi mengatur semula sistem commonrail enjin mengikut lengkok kuasa yang diinginkan, ia kini ditala menggunakan unit Prospeed Project2 dan Prospeed Fit, termasuk tambahan unit ECU-Shop Boost Speed MK2 untuk respon lebih padu.

Gasak kerja macamana pun, bahagian dalam dipastikan bersih dan kemas sesuai untuk keselesaan seisi keluarga.

Tiada perubahan besar dikesan, memandangkan ia sudah didatangkan dengan komponen serba sempurna. Yang kelihatan hanyalah gugusan meter tambahan Defi, meter blower Auto Meter serta unit ECU-Shop Monster Gauge V2 untuk tujuan pemantauan.

Zureen suka tengok trak pikapnya berkilat sepanjang masa. Kalau hari-hari berkampung dalam spa pun tak mengapa. Kepuasan dan keseronokannya di situ.

Tidak hairanlah jika ia pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan autoshow Terengganu Gathering Truckz Day yang lalu.

-PAK MAUN-

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”132″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button