ALZA TYPE-R!

slider-dlm5.jpg

Inilah kereta Perodua yang lambat nak maju modifikasinya. Orang ubah suai Alza jadi JDM sangat perlahan kalau dibandingkan dengan Myvi atau mana-mana kereta Perodua yang lain. Hatta Kembara sekali pun kita boleh nampak orang ubah suai dengan bersungguh-sungguh dan meluas.

Mungkin pasaran Perodua Alza bukanlah tepat ke sasaran kaki kereta atau Mat JDM. Mungkin lebih kepada dibeli oleh mat belia atau warga emas macam Baii. Kereta ini tak sedap langsung kalau di lebuh raya, melilau-lilau perginya. Apabila pecut, rasa nak kena kepit stereng dengan tangan dan kaki.

Alza sebuah kereta yang ringan. Dengan sebab ringanlah ia seronok dipandu dalam  bandar dan minyaknya memang jimat. Sebelum ini, saya pernah pinjam kereta Baii pergi rumah Bard yang letaknya jauh di dalam hutan. Ulang-alik hampir seminggu juga tahan setangki petrolnya. Pendingin udaranya juga sejuk, walaupun tidak ada blower untuk penumpang belakang.

am41

Kurangnya modifikasi Alza membuatkan kereta ini kurang popular. Malah kedai potong pun tidak ada niat nak bawa masuk half-cutnya. Sebenarnya, half-cut kereta ini nak bawa masuk pun buat apa, serupa sahaja. Enjinnya 100 peratus sama. Cuma bodykit dan bahagian dalamannya agak berlainan sedikit. Kalau tak percaya, cuba tengok semula Alza putih 4WD yang pernah ditulis dalam majalah KERETA tahun lepas.

Pemilik kereta ini ialah Mohd Fadly dari Tg Rambutan, Perak. Niatnya untuk mengubah suai MPV ini tercetus apabila menyedari Alza memang tidak popular untuk dimodifikasi. Jadi, bila ada satu benda yang outstanding dalam kalangan benda-benda lain, sudah tentulah ia cepat jadi perhatian.

Kereta ini diubah suai sedikit demi sedikit bermula dengan kosmetiknya. Bodypart kereta ini dikacukkan daripada beberapa model. Bampar hadapan dengan intercooler Greddy Evo 7 itu ialah bampar Passo Sette yang dipasangkan dengan kit tepi Modellista yang original.

am29

Spoiler bumbung diambil daripada model Passo Sette, lampu brek dengan lensa putih. Perhatikan betul-betul ‘curve’ spoiler itu nampak lagi lebar dan panjang berbanding spoiler asal Alza.

Skirting di kedua-dua sisi diambil daripada model Alza Advance. Lupa nak beritahu,  ini ialah model Alza Premium yang tidak ada skirting. Untuk bahagian belakang pula, bumper belakang Sette Modellista dipasangkan.

Bumbung dengan sunroof adalah gabungan produk buangan daripada Nissan Serena C23 dan Honda Accord SM4. Canggih betul dia orang punya workmanship. Selepas semua ini siap, kereta dilayangkan dengan warna yang dikenali sebagai New Brillianz daripada Glasurit yang dicampur dengan serbuk kilat-kilat.

am24

Selepas siap bahagian luar, Fadly beralih pula ke bahagian dalaman yang dibalut semuanya dari lantai sampai ke bumbung. Lantai, tempat duduk, papan pemuka,  panel pintu, siling bumbung, pillar, stereng dan semua bahagian kilang Perodua dibalut dengan tema merah dan putih.

Sistem audio pula menggunakan pemain double DIN Toyota, dua buah monitor headrest, centre view mirror monitor, speaker 6.5 inci Black General dan tweeter Black General Dimension.

Sekarang kalau anda rasa kereta ini standard badak, baik mintak maaf cepat-cepat. Intercooler sebesar TV plasma itu bukanlah hiasan semata-mata. Enjin asal 1.5 Alza telah diubah suai dengan kit turbo Garret dengan boost 1.3 bar. Turbo ini berdiri di atas mounting yang dimodifikasi daripada tubin lori Scania. Soalnya, macam mana hendak mendapatkan boost setinggi itu pada sebuah enjin kit turbo?

am7

Jawapannya, blok enjin ditarik supaya omboh 85mm Nissan muat dipasang. Omboh  jenis low compression ini kemudian diikat pada rod asal, tetapi diputar oleh conrod Caldina GT4. Aksesori turbo terdiri daripada injap blow off HKS SSQV, intercooler Evo 7 Greddy dan oil cooler Jasma. Pada tahap sekarang, tak payah tanya jimat ke tidak minyaknya, penyuntik tambahan 250cc 1JZ dah selamat dipasang.

Transmisi pula diambik daripada model Sette 4WD yang disalin masuk ke dalam casing Alza. Saya syak, nisbah kotak gear Jepun ini lagi cun daripada Alza. Untuk melengkapkan semua pengubahsuaian ini, ECU asal dipasang pelaras Greddy E-Manage.

am30

Sistem suspensi asal Alza memang tak boleh blah. Banyak cara yang orang buat untuk hendak menjadikannya stabil dan seronok dipandu. Dalam kes Fadly, dia mengubah suai absorber asal, tetapi spring depannya menggunakan absorber Daihatsu Move. Bahagian belakang juga diubah suai dan ditambah dengan buffer spring AHM. Brek depan menggunakan khidmat cakera daripada Proride dan belakang pula daripada Accord SM4. Peh, memang kreatif!

Rim 17 inci mungkin saiz yang nampak sempurna untuk Alza. Tapi nak cari yang empat lubang bukannya murah kalau negara asalnya Jepun. Untuk mendapatkan set begitu, Fadly terpaksa mencari dan terus mencari. Akhirnya jumpa juga rim Veilside yang dipadankan dengan tayar Ingens bersaiz 205/40/17.

Kereta ini dah siap dan saya harap ia boleh jadi inspirasi kepada anda untuk mengubah suai Alza. Kereta ini ada power, gaya dan warna. Walaupun ia sebuah MPV, tetapi saiznya yang kecil tidak nampaklah janggal sangat apabila dilayangkan dengan warna garang begini. Sumpah, jangan buat warna begini pada Alphard atau Estima. Buruk!

Spesifikasi

Model: Perodua Alza premium / 2011

Enjin: Standard dengan turbo kit. Piston 85mm Nissan, conrol Caldina GT4, boost 1.3 bar, intercooler Greddy Evo 7, wastegate Turbosmart 35mm, blow-off HKS SSQV, injektor 250cc, Greddy E-Manage.

Ekzos: APEXi dengan muffler 5Zigen.

Transmisi: 4 kelajuan automatik Sette

Suspensi: Absorber modified, spring depan Move, belakang Alza dengan buffer con.

Brek hadapan: cakera Proride

Brek belakang: cakera SM4

Rim: Veilside 17 inci

Tayar: Ingens 205/40/17

Dalaman: Dekorasi custom, kemasan fabrik merah putih, audio Black General.

Luaran: Bodykit Passo Sette, skirting Alza Advance, sunroof SM4+C23 Serena, warna merah New Brillianze

Galeri

am4am5am12SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCam19am20am21SONY DSCam26am28am31am32SONY DSCam36SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

The following two tabs change content below.

admin

mekanika.com.my ditubuhkan pada Disember 2012 untuk mengisi vakum yang wujud dari aspek pemberitaan berkaitan industri #automotif tempatan dan global secara dalam talian yang mengangkat bahasa Malaysia sebagai medium penyampaiannya.

Latest posts by admin (see all)

Share this post