Modifikasi

BANGKOK AUTO SALON 2018: TOYOTA 86 WIDEBODY ROHAN G-CANDY

Sejak dilancarkan pada 2012, Toyota 86 (termasuk Subaru BR-Z dan Scion 86) merupakan satu-satunya kereta “pemandu” yang tinggal dari Jepun. Kereta ini diilhamkan daripada lagenda Levin/Trueno AE86 dengan mengekalkan konsep sama – Enjin N/A di hadapan dan pacuan roda belakang (FR) dan titik roda rendah.

Walaupun sambutannya tidak menggila, lain pula halnya di Jepun. Hampir setiap rumah penala (tuning house) pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah Toyota 86 untuk dijadikan kereta projek.

Kereta ini sangat popular di laman perlumbaan drifting di Jepun kerana harganya yang murah dan cukup mudah diselenggara. Namun begitu, impian untuk menjadikan kereta begini lebih sporty melahirkan lebih ramai penala yang menampilkan idea yang berbeza. Paling popular mungkin Rocket Bunny TRA Kyoto.

Dan yang ini pula ialah versi berbeza daripada Rohan. Projek yang digelar 86 Widebody Rohan G-Candy.

Kereta ini telah dipasangkan dengan kit turbo dari Blitz. Pengendaliannya ditingkatkan dengan pemasangan roda 19 inci Verz KCV02 yang digandingkan dengan tayar berukuran  225/35r19 di hadpaan dan 235/35r19 pada belakang. Akhir sekali, ia dilengkapi brek 6 pot Brembo.

Namun yang paling drastik ialah perubahan pada struktur badannya yang menampilkan kit badan lebar (widebody)yang dikenali sebagai Widebodykit 01R – GTW. Ia dilayangkan denganwarna candy blue pada keseluruhan badannya.

GALERI

Google ads
Back to top button