BILA PROTON SAGA SUDAH TUA – KILAUAN ENJIN EMAS JADI TARIKAN

SHARE

Jujur cakap, saya betul-betul ingat Proton Saga macam ini dah pupus. Tak ada orang main, reput jadi reban ayam atau pakcik guna buat berniaga pasar malam sahaja.  

Sebabnya? Kalau dua atau tiga tahun lepas, memang meletup-letup budak main. Seingat saya, sejak Sham Bodykit punya kereta keluar dalam majalah, orang mula beli, restore serta modifikasi kereta ni dengan bermacam-macam selera dan cara. Ajaibnya, tak lama lepas itu terus senyap, tak ada bunyi.

BACA : PROTON SAGA ENJIN V8!

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

BACA : “PROTON SAGA” STATION WAGON

Serius cakap, kereta ini bukanlah jenis yang boleh dipandu oleh pemilik Myvi. Kereta ini tahun 1980-an der, nak harap senyap macam Maserati, berjuta Peso dihabiskan pun belum tentu senyap. Susah. Bunyi krok krek sana sini dari bahagian plastik, besi, suspensi dan sebagainya.

PROTON SAGA ENJIN EMAS?

Kalau betul-betul nak sempurna, kena ada banyak pengorbanan. Maksud pengorbanan tak semestinya dengan wang ringgit. Kena ada usaha sendiri untuk dapatkan kereta yang kemas dan sedap dibawa. Tak ada kedai yang sanggup buka dan pasang dashboard banyak kali semata-mata nak hilangkan bunyi tikus. Kalau ada kedai macam tu, saya rasa boleh kaya dah.

Kereta ini dimiliki oleh Otai Saga JB. Kalau ada sebuah Saga yang saya nak beli inilah keretanya. Proses membikin kereta ini lebih banyak habis masa dan duit berbanding kereta orang lain.

Bila dia kata nak bikin kereta, maka akan dibikin bersungguh-sungguh. Tak perlu laju bagai, enjin emasnya dah cukup buat anda semua menitis air liur bila hud kereta ini dibuka.

Enjin 4G13 masih lagi setia berkhidmat. Apa yang telah dibuat ialah memasukkan sistem 4 throttle dari karburetor Weber. Yang lain tak payah usik melainkan kerja menyadur emas dengan teliti pada semua bahagian besi dan plastik.

PROTON SAGA ENJIN EMAS?

Memang menarik kalau hos-hos getah itu disumpah jadi emas. Menurut Addy tak boleh buat, paling dekat ialah gunakan hos kuning. Tetapi pendapatnya logik, kalau guna hos kuning, ia akan tenggelamkan penampilan emas bahagian yang telah disadur tadi.

Bahagian kosmetik kereta ini nampak tak menyerlah sebab warnanya macam standard kilang Proton Saga. Memang itulah tujuannya, tak perlu oustanding. Namun, bahagian badan kereta ini lebih daripada sekadar biasa.

Bahagian belakangnya ditukar menjadi Fiore C12. Alat-alat ganti lain termasuklah bampar hadapan Fiore Wagon, ‘kepala’ Fiore, skirting EK3, bumbung suria Skyline, cermin sisi tanduk atas fender dan awning bumbung belakang.

Rim 17 inci pada Saga ini memang nampak sangat sendat. Rim replika RS8 ini dipasang dengan tayar Proxes T1R bersaiz 205/45r17. Breknya disalin daripada Perdana V6. Sementara ekzos lurus yang terkeluar itu adalah hasil gabungan paip stainless steel 2.5 inci dan peredam bunyi APEXi.

PROTON SAGA ENJIN EMAS?

Apabila menjenguk ke bahagian dalam, baru saya perasan betapa seriusnya kereta ni dibina semula. Meter Fiore yang dapat di kedai half-cut tidak dipasang begitu saja. Ia dibuka dan dikemaskan semula dengan kerja tangan custom. Papan pemuka, stereng, konsol tengah dan bawah, semuanya dibina semula macam baru!

Kemasan asal yang merupakan opsyen waktu Fiore diperkenalkan di Jepun telah dibuat semula. Menjadikannya Saga paling lengkap dengan restorasi penuh mengikut spec kilang. Gaya kemasan kayu ni dikontraskan dengan kemasukan beberapa peralatan elektronik seperti APEXi RSM, timer Ultra dan shiftlight Pivot. Sangat gaya klasik moden!

PROTON SAGA ENJIN EMAS?

Untuk sampai ke tahap ini, perlu ada jiwa kental dan hati sabar macam para golongan agamawan. Kalau jenis gelojoh macam saya, alamatnya buat separuh terus iklan dalam mudah.

Saga yang dah mencapai status klasik sekarang adalah sama susahnya nak restore macam mana-mana kereta klasik yang lain. Tapi percayalah, kalau projek macam ini jadi anda tak akan toleh pada kereta baru. Biar kereta macam ini tak ada aircond sekalipun, bawanya syok lain macam!

GALERI 

Share this post

scroll to top