BRABUS 3.6S LIGHTWEIGHT – MIMPI NGERI KEPADA BMW E30 M3

SHARE

Fast Classics, pengedar kenderaan klasik yang berpangkalan di UK telah mengiklankan kereta ini. Ia merupakan merupakan sebuah Mercedes 190 keluaran tahun tahun 1988 yang kemudiannya telah ditala oleh Brabus. Harganya? £132,000! Okey dah waras kembali. Mari kita tengok kenapa harganya boleh menyebabkan hutang negara kita meningkat lagi sekali. Padahal anda boleh sahaja mendapatkan sebuah model terpakai Mercedes 190E dengan harga RM10k. Itupun dah boleh dapat unit yang dijaga rapi oleh pemilik asal.

Model istimewa Brabus ini dihasilkan khusus yang mereka yang merasakan BMW E30 M3 terlalu perlahan dan Mercedes 190E 2.5-16v talaan Cosworth tidak cukup ummph. Maka Brabus memberikan pilihan kepada anda untuk memiliki raksasa 190E yang dinamakan Brabus 3.6S Lightweight.

Cuma satu prototaip model ini dihasilkan oleh Brabus dan pada masa diperkenalkan pun ia memang sudah cukup mahal untuk sebuah sedan 2-tempat duduk yang ditogelkan tanpa penyaman udara dan pintu belakang yang tidak membawa sebarang faedah. Idea itu kemudiannya diketepikan dan mereka menggantikannya dengan Brabus 3.6-24 yang lebih ‘lembut’.

Tapi 20 tahun kemudian, Sven Gramm, pengarah PR Brabus mahukan sebuah model 3.6S Lightweight ini untuk beliau sendiri. Dengan kata lain kereta ini sebenarnya hanya dijelmakan pada tahun 2008. Kira barulah jugak lagi. Tambahan pula proses modifikasinya bukanlah dihasilkan di bawah pokok.

Tidak seperti E30 M3 ataupun 190E Cosworth, Brabus menggunakan enjin berkapasiti besar sebagai asas kepada raksasa ini. Mereka menggunakan enjin 2.6-liter sebaris enam yang pada asalnya mampu menghasilkan 158 bhp kuasa. Ia kemudiannya dirombak oleh Brabus dan kapasitinya ditingkatkan lagi sebanyak 1-liter sebelum aci sesondol yang diubahsuai dimasukkan menggantikan yang asal. Ia kemudian dilengkapkan pula dengan sistem kemasukan dan pancarongga ekzos selain sistem ekzos stainless steel sepenuhnya. Kini enjin 6-selinder tersebut mampu menghasilkan 286 bhp kuasa, peningkatan hampir dua kali ganda berbanding kuasa asal.

BACA: BERAPA YANG ANDA SANGGUP BAYAR UNTUK SEBUAH BMW E30……M3?

Itu baru enjin, belum lagi diambil kira peningkatan suspensi dengan peralatan dari Eibach dan Bilstein. Melengkapkan penampilan luaran ialah tayar-tayar Advan selebar 225 dengan rim 16 inci yang memang membuatkan kereta ini kelihatan cukup seksi. Tidak cukup dengan itu tuner terkenal Jerman ini melengkapkan pelbagai aksesori pada bahagian dalaman seperti sangkar keselamatan yang memang menjadi keperluan kereta seumpama ini. 3.6S ini juga turut mempunyai tempat duduk bucket lengkap dengan tali pinggang keledar perlumbaan.

Sayangnya dari segi penampilan luaran ia tidaklah seganas bodykit 190E Cosworth Evo II yang lengkap dengan spoiler bersaiz besar dan kit yang menggerunkan.

Dari segi prestasinya pula, Brabus ini sedikit lebih laju dari Cosworth Evo II dari segi pecutan 0-100 km/j tapi ia memang lebih laju pada kelajuan maksima (254km/j). Tanpa faktor aerodinamik yang baik berbanding Evo II, model Brabus ini mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk memecut di laluan berliku tapi persaingan memang cukup sengit.

Kalau nak mendapatkan sebuah Cosworth dah macam mencari anak dara yang tak ada akaun wicet, Brabus ni lagilah tak ada duanya. 2 bulan lepas kami jumpa sebuah 190E Cosworth panduan sebelah kiri yang dah tersadai di Kayu Ara, itu pun dah ada orang bayar cash dengan harga mencecah hampir 40k. Hmm.

 

Share this post

scroll to top