Modifikasi

DAIHATSU CHARADE ESPRI DETOMASO

Bagaimana hendak melajukan sebuah kereta yang sudah ditukar enjin, tetapi masih tak laju? Memang masalah besar apabila enjin yang kita tukar itu bukan jenis force induction. Kalau Mitsubishi memang senanglah. Tapi bayangkan sebuah kereta kecil dengan enjin 1.6, tetapi masih tak rasa dia punya G Force. 

DSC_9272

Opsyen pertama ialah buat modifikasi NA. Maksudnya, ringankan selagi boleh komponen enjin yang bergerak, skim apa yang patut, besarkan lubang keluar masuk minyak/angin, ringankan badan kereta, tutup pendingin hawa dan macam-macam lagi.

Epul bukanlah budak berusia 20 tahun yang baru semalam beli Espri Detomaso. Umur Epul sudah hampir kepada usia seorang warga emas yang puas bermain kereta dan sangat kaya sekarang sebab hari-hari tanya saya sunroof Jazz ada ke tidak.

DSC_9278

Baiklah. Bagaimana membuat sebuah kereta yang lengkap serba-serbi dan laju? Pertama, buat turbo kit pada enjin yang dah macam VTEC. Enjin HD-E pada Espri walaupun tak ada teknologi VVT, ia bukanlah enjin yang lemau. HD-E memang cukup berkuasa kalau dimasukkan ke dalam badan Espri. Enjin Espri dahulu ialah 1,000cc tiga silinder karburetor.

Sebagai seorang Otai dalam selok belok Daihatsu, sejak awal beli Espri ini memang dah rancang nak buat turbo kit. Sebelum memasang turbin, Epul melengkapkan bahagian dalamannya dengan piston daripada Mazda B6 turbo. Kemudian mulut ekzos disuapkan dengan turbin IHI yang berasal daripada Mazda B8 210.

DSC_9296

Turbin ini dipasangkan pada manifiold banana custom yang diseliratkan lagi dengan paip yang lalu kepada wastegate Turbosmart. Kemudiannya piping bersambung kepada Blow-off HKS, intercooler VR4. Kelengkapan turbo kit diteruskan dengan peningkatan di bahagian lain seperti penyuntik GSR, regulator minyak Sard, penapis udara HKS, oil catch tank Greddy dan sebatang damper enjin aftermarket. Akhir sekali, Ekzos Tanabe yang memang lengkap dengan mounting untuk Detomaso.

DSC_9282

Masalah untuk mengalirkan kuasa ke permukaan jalan diselesaikan dengan kotak gear asal Detomaso. Nasib baik juga kotak gear ini ada LSD. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan tenaga yang selalunya terbuang apabila tork tinggi dan roda berpusing di situ sahaja. Untuk memantapkan lagi sifat perlumbaan Detomaso ini, Epul menambahnya dengan pelapik klac perlumbaan Triniti.

Sistem suspensi pastilah tidak dibiarkan tempang dengan set absorber kilang. Mempercayai jenama Titan, Epul meminta mereka membuat talaan khusus seperti yang dimahukannya.

DSC_9273

Bahagian pengendalian turut dikemaskan dengan pemasangan bar enjin Tanabe, 3 point bar jenama Ultra Racing, room bar dan bonet bar. Sangat bagus untuk mengelakkan body menjadi ‘flex’ apabila dipandu secara ekstrem.

Pada Espri, Epul memilih rim SSR Type c 15×7 dengan offset 35 yang memang sangat padan untuk kereta kecil. Tayarnya ialah Bridgestone RE002 195/55/15. Rim ini diikat dengan lugnuts Rays yang asli.

DSC_9309

Apabila menjengah bahagian dalaman kereta, banyak sungguh barang Detomaso dari yang biasa, rare dan super rare. Barang-barang tersebut termasuklah tempat duduk hadapan Recaro SR4, tempat duduk belakang Recaro Detomaso, Blind belakang Daihatsu, lima keping karpet Detomaso, karpet bonet Detomaso, Speaker board Daihatsu oleh Carrozeria, tweeter pada cermin sisi, Ionizer Daihatsu, stereng dan tombol gear Nardi detomaso.

DSC_9292

Barang rare lain ialah rack majalah dan perehat tangan Detomaso, speaker raket Daihatsu dan lampu kaki Detomaso. Peralatan teknologi moden yang boleh dilihat ialah meter meter HKS yang terdiri daripada sukatan suhu air, boost dan suhu ekzos temp, boost controller HKS EVC 4, Turbo timer HKS dan akhir sekali senjata penting – Microtech MT4.

DSC_9274

Bahagian luar sebuah Espri memang senang sangat untuk dimodifikasi. Paling penting, mesti sarungkan dulu dengan bodykit lengkap Deto. Macam sunroof  charade GTTi, sunvisor, antena, cermin cromax, Hud bra detomaso bumper pool mark Detomaso. Paling champion ialah cermin sisi Tokio Rica (pemanas binaan dalam).

[hr]Spesifikasi

Model: Daihatsu Espri / 1995

Enjin: HD-E, Detomaso 1600cc, turbo kit, Hks blow off, Banana custom, Injector GSR, Sard fuel regulator, Turbine ihi Mazda B8 210, Piston b6, HKS air filter, intecooler vr4 rs, Plug cable ultra, Turbosmart wastegate, Greedy oil catch tank, aftermarket, engine damper.

Ekzos: Ekzos Tanabe Detomaso

Transmisi: Kotak gear LSD Detomaso, klac + cover Trinity

Rim: SSR Type c 15×7 offset 35

Tayar: Bridgestone RE002 195/55/15, Lugnuts Rays

Suspensi: Titan custom boleh laras

Brek: Detomaso dengan ABS.

Luaran: Bodykit lengkap Detomaso, sunroof charade GTTi, sunvisor, antena Detomaso, cermin sisi Tokio Rica, cermin cromax, Hud bra detomaso bumper pool mark Detomaso

[hr]Galeri
DSC_9275DSC_9276DSC_9277DSC_9280DSC_9283DSC_9289DSC_9290DSC_9299DSC_9302DSC_9303DSC_9310DSC_9305slider dlm 1 (1)

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button