Good day SiR!

SHARE

Petang tadi gua singgah minum dengan budak-budak K-Car. Lama betul tak jumpa diorang ni semenjak kitorang berpecah dengan haluan masing-masing. Ada yang dah pakai Vellfire pun tapi masih setia dengan K-Car. Banyak juga yang gua tak tau sejak akhir-akhir ni, peminat tegar sanggup bayar harga merepek untuk barang-barang rare. Paling gua tak sangka, body Daihatsu L200 2 pintu ada yang sanggup bayar RM50K bila dah siap sepenuhnya. Pok Li pun baru cerita ada orang offer Mira 2 pintunya tukar dengan EK 2 pintu B18CR fully loaded!

Gua ingat benda-benda ni tahyul saja. Tapi bila dengar cerita diorang ni melopong jugak lah. Bila gua pandang kereta Accord ni dan perasan ia adalah 2 pintu, barulah gua ternganga sekali lagi. Orang sanggup bayar kereta begini pada harga yang louar biasa, sama kesnya dengan model-model rare macam Starlet EP82/EP92, YRV, Del Sol, EG Coupe dan sewaktu dengannya.

Apa istimewanya kereta-kereta macam ni? Pertama, ia tak boleh didapati dengan senang, ada duit belum tentu boleh beli. Kedua, modifiednya senang, ketiga, dah tentulah ia tak sama dengan SV4 saloon.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Jadi macamana kereta boleh ujud? Kalau lu orang nak tahu, di Jepun, kita hampir boleh membeli apa sahaja jenis kereta, biarpun ia khusus untuk spesifikasi negara lain. Contohnya model Civic Type R FD2 yang memang pasaran Jepunnya ialah 4 pintu sedan. Pasaran Eropah pulak model RN2 yang hatchback 3 segi tu dan walaupun ia dipasang di Eropah, ia tetap dibawa balik dan dijual di Jepun.

Tak kira samaada pemanduan sebelah kiri sekalipun, kereta ni tetap boleh dibeli dan pelik juga walaupun marketnya niche, pengedar kereta ni tetap jual. Gua tak paham sungguh teori perniagaan diorang macamana. Nak kata banyak untung memang jauh sekali lah. Mungkin semangat nasionalisme?

SV4 coupe ni kalau masuk Malaysia kebarangkaliannya ada 2. Samada dibeli oleh student kat belah Amerika bawak balik, ataupun diimport dari Jepun oleh student atau boleh jadi pengimport re-con untuk pakai sendiri. Dari kilang, kereta ni memang pemanduannya sebelah kiri, model sebelah kanan sangatlah rare.

[quote style=”boxed” float=”right”]Kereta ini adalah versi recon Jepun tahun 1994 dan masuk Malaysia tahun 2001. [/quote] Entah macamana gua lupa nak tanya owner brader Mie macamana kereta ni dibeli. Tapi yang pasti, beliau tidak dapatlah senang-senang dengan enjin H22A, semuanya modifikasi kereta ni dibuat sendiri dari awal.

Enjin kereta ni tersangatlah pekaknya bila tiba ke tangan beliau. Tanpa membuang masa lagi, Mie berlari-lari ke kedai potong mencari half-cut H22A. Cari punya cari punya cari, akhirnya jumpa juga, half-cut CD6 yang agak rare kalau dibandingkan dengan half-cut Prelude BB4. Tanpa buang masa, semuanya dipasang semula kat Accord ni. Sekarang kan magik, jadi stereng belah kanan. Enjin ni pun tak diusik, semuanya dibiarkan dalam keadaan standard, gearbox pun auto. Apadahal.

[quote style=”boxed” float=”left”]Untuk meloweredkan sebuah kereta Jepun memang kacang tanah. Bersepah barangnya di kedai potong. [/quote] Semasa mencari suspensi gantiannya, Mie berjumpa dengan adsjutable Zeal yang masih elok sangat kondisinya. Tanpa berfikir panjang, beliaupun merembat suspensi itu. Maksud gua beli lah, bukan curik. Ni ada jenis sakai, pergi kedai potong tangan panjang cilok barang. Apa punya tak ada tamadun laa..

Bila sudah rendah, Mie pun menukar rim besi yang tak boleh blah itu kepada rim yang boleh blah. Rays 18 inci 2 pieces ni gua tak ingat model dia tapi amatlah bersesuaianya sekali dengan jantina laki pompuan depan belakangnya. Maksud gua, rim belakang lagi lebar dari depan. Tayar yang digunakan ialah Thunderer Mach II bersaiz 225/40/18, mak ai, brand negara mana ni? Rim ni juga ‘masuk’ ke dalam rekabentuk kereta sebab kereta ni warna putih. Kalau kereta besar ni kaler pink, mungkin nampak tolol.

Bahagian luar kereta ni dipasangkan dengan spoiler JDM, lips CD6 dan emblem gold Honda Accord coupe. Mana dapat entah. Bila tengok ke dalam, kereta ni memang sempoi tak nampak sukan langsung. Lebih sukan lagi Kancil Encik Baharuddin Blekberi bateri kembung. OK lah dah nak habis gua cerita perihal kereta ni.

OK. Benda yang terakhir ni agak seronok nak didengar. Brader ni ada hajat nak jual kereta ni pada enthusiast yang berminat. Harga bukak RM39k pada siapa yang berani mencabar kedaulatan VTEC. Kalau berani cuba call Mie di talian hayat 012-9760028. Ayuh!ayuh!

Spesifikasi

Model
Honda Accord Coupe 1994/2001

Enjin
H22A DOHC VTEC CD6,

Transmisi
Automatik 4 kelajuan

Suspensi
Adjustable Zeal

Brek
Standard CD6

Rim
Rays 18 inci 2 pieces

Tayar
Thunderer Mach II
225/40/18

Dalaman
Audio Pioneer, lain-lain standard

Luaran
Lips CD6, spoiler JDM, side marker Euro, Pearl white

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top