Modifikasi

HONDA ACCORD WAGON

Dalam dunia pencinta kereta sejati, tidak ada perkara yang paling menggembirakan selain memiliki kereta-kereta pelik Jepun.

Kalau tak caya, cuba anda cari Toyota SEG wagon, Subaru Impreza 22B GM8, Mitsubihsi Fiore Wagon, Toyota AE86 GT Apex atau mungkin Honda NSX. Kita bukan cakap pasal mahal atau murah, kita lihat dari sudut rarity. Maksudnya, kalau ada duit pun belum tentu boleh beli. Kalau barang ada pun belum tentu pemiliknya nak jual.

BACA: TOYOTA TOURING WAGON 100% JDM

BACA: COROLLA AE90 WAGON MEMANG WUJUD?

Kisah Honda Accord wagon ini, Fadhil nak cari kereta buat main dalam koleksinya.  Setelah terdengar ada orang simpan kereta ini di Batu Pahat, Johor dia terus bergegas menyiasat. Jumpa pemilik asal dan puas jugalah nak pujuk suruh jual.

HONDA ACCORD WAGON

Kalau kena jenis pakcik atau makcik yang tak tahu harga pasaran memang seronok. Teapi bila pemiliknya tahu bahawa kereta buruk yang dipandunya itu jadi kegilaan budak-budak JDM, jadi kena lah pandai bodek dan justifikasikan harga untuk membelinya.

Setelah puas pujuk, akhirnya berjaya juga dibelinya. Satu perkara yang saya yakin, pada saat kereta ni dibawa balik, dialah orang paling gembira dalam dunia. Sebaik sampai dalam bengkel, kereta ini diparkir paling depan dan bermulalah proses penukaran enjin super lemau CF2 ni kepada enjin ultra power H22A.

Memandangkan Fadhil ada banyak kereta laju yang lain, kereta ini ditabalkan sebagai kereta keluarga yang baru. Modifikasi yang tak berkenaan pun tidak dibenarkan. Sentuhan sikit-sikit yang dibuat ialah pasang VAFC dan satu set ekzos FKG Fujitsubo dari depan sampailah ke muffler belakang.

Kotak gear pun auto. Jadi apa masalah dengan auto? Tak ada. Bagus masa jam di  Melaka yang asal hujung minggu je jam, asal hujung minggu je jam, asal jam je hujung minggu.

HONDA ACCORD WAGON

Di Jepun, model Accord Wagon tak popular langsung. Kereta ini sebenarnya dibuat untuk pasaran Amerika. Kereta ini pun dipasangkan di Amerika. Mesti anda pelik macam mana ada kereta ‘made in America’ tapi stereng sebelah kanan? Realitinya, orang Jepun dapat apa yang mereka nak. Maksudnya, kereta ini dipasang dengan spesifikasi pemanduan sebelah kanan di kilang Honda Motor Amerika dan diekesport semula ke Jepun.

Sama kisahnya dengan kereta-kereta Jepun pasaran khas Amerika macam Honda EG, EK coupe, Odyssey AS (yang balik ke Jepun sebagai LAGREAT) dan Subaru Baja, Exiga dan macam-macam lagi.

Kereta-kereta seperti ini biasanya dibuat secara kosmetik. Selain daripada mengusahakan sebuah bengkel yang cukup luas untuk menempatkan berbelas-belas buah kereta, di sebelah bengkel Fadhil ialah sebuah kedai half-cut. Pun dia punya.

HONDA ACCORD WAGON

Secara jujurnya, saya suka kalau ramai Melayu yang masuk dalam bisnes ini. Tak tahu apa sebabnya, tapi orang macam tak berani nak buka kedai half-cut, adakah modalnya besar sangat? Memang lah, tapi kalau ikut dengan minat dan susur galur hobi main kereta ni, saya yakin, ini lah antara bisnes paling stabil. Orang tak pernah berhenti buat modifikasi kereta.

Fadhil berjaya mendapatkan model pasangannya di Jepun dari spec SiR. Hood karbon, spoiler, lips dan spoiler belakang (yang rupanya macam sunroof visor) semuanya dicari sendiri di Jepun dan dibawa balik.

Bahagian dalaman pula dipasang dengan Recaro Tomcat, beberapa gajet dan set audio daripada Carrozeria. Kalau kita tengok dari sudut modifikasi memang ringkas. Kemudian, kereta pun dicat dengan warna baru.

Nah. Sekarang dah siap. Tinggal nak pasang rim. Sekarang ni musim stance dan hellaflush yang mana di Malaysia tak kira apa jenama kereta pun. Trend ini bermula di AS. Bila dipilih untuk calon kereta Accord AS memang sesuai sangat. Spec rim Rota TE37 ialah 17X9 dengan tayar Proxes C1S bersaiz 215/45-17, macam nak tersiat tayar. Rim pula warna merah.

HONDA ACCORD WAGON

Selepas pasang rim, tinggal suspensi yang menjadi sentuhan terakhir. Saya ingin kongsi sikit pengalaman. Kalau main SV4/CF2, barang macam suspensi memang senang dapat berbanding Accord lokal S88, CM2.

Apa yang boleh digunakan pun barang local juga. Untuk Accord ini, dia dapatkan satu set adjustable hi low soft hard TEIN FLEX yang saya rasa sangat-sangat ok bila dipasangkan pada kereta famili macam ini. Brek ialah CL1 Accord Euro iaitu adik kepada CF4 Euro.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button