Modifikasi

HONDA CIVIC J’S RACING ITASHA R!!

Selepas melangkaui EK9 dan EP3, body FD bakal mencetus nostalgia anak cucu kita nanti bila R hanya tinggal sejarah. Sejarah yang saya maksudkan ialah zaman kegemilangan sebenar sebuah kereta pacuan roda depan, empat pintu dengan kesediaannya dipandu di litar. Ini kereta yang memang dicipta untuk litar dan pejabat. 

Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (17)

Suspensi kereta ini boleh buat anda bermusuhan dengan jalan Kuala Selangor-Tg Malim. Dia punya keras, hanya SIC saja yang tahu. Bagi saya, kerasnya agak melebih-lebih.

Tetapi, seperti yang dimaklumkan oleh jurutera rekaannya, Honda memang secara sengaja mencipta karekter begitu. Mereka mahu melakar sejarah kereta litar pertama dengan sedan empat pintu. Sejarah juga menyaksikan ia adalah keluarga terakhir Type-R.

Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (3)

Pemilik kereta ini namanya AC. Sebagai seoarang pemandu EG perang yang sudah bosan dengan B series, dia cuba beralih mendapatkan mesin lebih maju dan liar.

Pembeliannya tidak salah sama sekali. Kereta ini kemudiannya diubahsuai secara berperingkat-peringkat. Sesuai dengan kerekternya, ia kereta yang menghabiskan hujung minggu di litar dan beberapa perlumbaan amatur.

Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (13)

Modifikasi kereta ini bermula dengan kerja penambahan aksesori enjin dengan produk J’S Racing. Berapa banyak? Barang dari J’S Racing terdiri daripada sistem intake Tsuchinoko, throttle body 66.5mm, engine torque damper, hos penyejuk, termostat SPL bersuhu rendah, radiator cap, hybrid cooling water, oil filler cap, SPL magnet oil sump drain bolt, SPL magnet gearbox sump drain bolt dan termasuklah minyak pelincirnya sekali – J’S Racing Tuning Factory Oil (5W40).

Peralatan tambahan lain ialah palam pencucuh perlumbaan NGK, radiator aluminium Koyorad dan Hondata Flash-Pro. Sistem ekzos pula terdiri daripada set lengkap J’S Racing FX PRO Titanium 70RS dengan tip akhir 2.7 inci.

BACA – HONDA EG KOPI TATT TUCK KING

BACA – BILA VTEC BERTEMU TURBO

Suspensi kereta ni adalah antara yang terbaik untuk kereta yang keluar dari bilik  pameran. Kalau setakat nak tukar suspensi TEIN monoblok atau berharga RM4,000 hingga RM5,000 lebih baik tak usah.

Suspensi asal kereta ini memang sudah ditala untuk keras. Cukup untuk melambung-lambung di jalan biasa. Tapi cuba pandu di trek tengok. Apa yang dibuat oleh AC adalah menambah ketegapan dan larasannya. Tower bar J’S dipasang di depan dan belakang. Upper arm belakang dipasangkan dengan pillowball yang membolehkan camber belakang dilaras menjadi negatif.

Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (18)

Sistem brek Brembo kereta ini pun tak ada cacat celanya. Melainkan nak pasang jenis monoblok 6 pot atau AP Racing. Brembo ini cukup dengan pad brek Endless S500 dan hos jenis braided.

Gabungan itu dikemaskan lagi dengan tayar RE070 yang merupakan tayar asal dari kilang Honda. Cuma rimnya digantikan dengan rim CE28N Genesis yang teramatlah rare dalam kalangan keluarga CE28N. Rim yang dibeli baru dengan harga sebuah Satria GSR. Memang tak ada orang jual sekenhen pun.

Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (11)

Bahagian dalaman lebih kepada aksesori berbanding prestasi. Ada orang suka tukar seat asal kepada Recaro, tapi AC mengekalkannya kerana kontur dan keselesaannya.

Barang yang ditambah ialah Floor Bar J’S Racing, push switch jenis LED, room mirror karbon, panel stering J’S karbon, Shift Knob J’S Racing, J’S Waza shift pattern plate dan tali pinggang keledar empat poin TAKATA.

BACA – MODIFIKASI CIVIC EP3 TYPE-R!!!

Bahagian luaran pula dipenuhi pelekat pelbagai rupa. Kebanyakan pelekat ini ditempah khas dari Jepun dan sudah pastinya asli. Pemegang plet itu asli J’S Racing, begitu juga dengan duck tail spoiler kecik atas hud belakang itu. Barang J’S itu dah tak ada dalam pasaran sekarang. Kalau jual, mungkin boleh beli TV LCD 57 inci.

Setakat ini, AC sangat berpuas hati dengan pengubahsuaian yang dibuat. Semuanya dilakukan secara berperingkat supaya kesan (dan masalah) boleh dikenal pasti dengan cepat. Bukan main pasang itu ini kemudian bila dyno tak cun mula maki pomen.

Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (18)

Kereta ini sekali sekala diuji di trek supaya dapat tau apa yang perlu dibuat. Perancangan masa depan nak pasang LSD 1.5 traksi tinggi J’S, Drag Cartel cam dan klac Toda pasal kerap sangat slip. Mungkin kalau ada rezeki lebih nak masuk Aragosta.

Ah! Dunia ini memang tidak adil!!!
[hr]GALERI

Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (2)Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (6)Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (7)Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (8)Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (12)Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (15)Honda-civic-type-r-istasha-mekanika (17) 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button