Modifikasi

HONDA EG KOPI TATT

Saya tidak boleh nafikan bahawa trend ini semakin menular dalam dunia modifikasi di Malaysia. β€˜Wire tuck’ atau sorok wire sebanyak yang mungkin supaya bay enjin kereta nampak bersih.Β 

Kalau anda pembaca setia majalah KERETA, beberapa bulan lepas saya ada Β tunjukkan satu contoh Honda EG dua pintu dengan bay putih, ini pula kembar dia sebenarnya dengan bay warna hijau fluorescent. Saya yakin, ramai yang cemburu, sakit hati, pedih mata bila tengok enjin bay cantik seperti ini.

SONY DSC

Mungkin ramai yang kata, β€œAh VTEC, bolehlah buat, wayar tak banyak”.

Itu kenyataan yang salah. Sebenarnya kaedah wire tuck boleh dibuat pada apa jenis enjin sekalipun. Cuma VTEC lebih senang kerana kit wire tuck-nya banyak dijual di pasaran. Bila guna kit, memang separuh daripada kerja dah tak perlu buat. Kit ini memudahkan kerja gumpalan wayar lama kepada satu-dua soket saja. Tetapi harus tahu yang kit ini bukanlah murah. Saya kurang pasti sama ada ia sudah dijual secara rasmi atau tidak di negara 1Malaysia ini.

SONY DSC

Selain guna kit, kaedah kedua adalah dengan melakukannya sendiri secara manual. Namun, ia memerlukan kepakaran yang tinggi. Sebabnya, kalau nak trouble shoot satu-satu masalah yang datang nanti memang pening kepala.

Kaedah ini apabila sudah sampai tahap ekstrem, jadilah seperti Honda Civic EG ini. Tak payah air cond, tak payah power stereng. Enjin yang ada adalah semata-mata enjin, malah crossmember bawah pun dibuang.

SONY DSC

Ini adalah antara kelompok terawal yang main wire tuck di Pulau Pinang. Mereka Β bergerak dalam kumpulan kecil, tetapi apa yang pasti semua kereta memang sangat kemas dan bersih.

Sekali tengok rasa macam kereta di Amerka Syarikat. Nama kumpulan mereka juga unik iaitu Kopi Tatt. Pengasasnya ialah brader Lee Eng Tatt, pemilik EG ini.

DSC_7583

Dari luar, Civic ini kelihatan tak banyak perubahan. Sepasang fender depan yang dibuat lubang vent, spoiler spoon di belakang, cermin sisi Spoon jenis karbon dan lips Mugen. Dalam ertikata USDM look yang ekstrem, selalunya ada roof rack Yakima mungkin, basikal atau snow board, sticker bomb dan penting sekali tayar yang dikangkangkan.

Jadi, sebenarnya EG kelabu ini tidaklah melambai pun kepada saya waktu sesi penggambaran hari tu. Sungguh, saya tidak sangka ruang dalaman dan enjinnya boleh jadi cantik sampai begitu sekali.

SONY DSC

Trend Civic EG sebegini sudah jadi macam kebangsaan di US. Sedangkan di Jepun pun orang dah berapa into dengan EG. Sementara di sini masih ada persimpangan di antara EG USDM dengan EG JDM. Saya memang suka sangat kalau trend beralih ke USDM.

Jika melihat pada ruang dalamannya, set roll cage 6 point jenama Cusco dipasang. Stereng Mugen FG360 super rare, knob gear Mugen dengan short shift J’S dan konsol gear yag ditanggalkan. Thats what we call it trend. U know trend?

SONY DSC

Mungkin ada yang perasan rimnya tidak kangkang. Itulah benda yang saya nak cerita. Geng kopitat lebih dipengaruhi stail Jepun pada rimnya. Rim Spoon Β SW388Β  15 inci dipadankan dengan tayar Advan Neova AD08 195/55/15. Anda tahu kenapa pakai Neova? Sudah tentulah hendakkan prestasi, kalau dah kepak tayar, nanti kena sakat dengan Kenari YRV mana nak lari?

Suspensi kereta digantikan dengan set boleh laras Cusco hi-lo-soft-hard dengan brek Mugen bersama disc 282mm Project U. Sangatlah sakit jiwa tengok kereta yang nampak sempoi tapi breknya sama harga dengan kos nak pergi Umrah. Brek belakangnya pula daripada DC5 dengan cakera Spoon. Semua brek ini kemudian diperkuatkan dengan selinder utama Wilwood. Bertambah-tambah lah sakitnya ulu hati saya ni.

SONY DSC

Adakah enjin kereta ini laju macam roket? Dimodifikasi sampai tahap bulletproof?Β TIDAK. Kereta ni masih dipandu sebagai pengangkutan harian, tanpa pendingin udara dan stereng kuasa. Ini bukanlah benda kelakar. Memang realiti sebab kelompok begini tak kisahpun panasΒ  dan penat tangan memulas stereng. Setiap kali panas, berenti tepi jalan, bukak enjin tengok radiator Koyo dengan enjin berkilat-kilat boleh buat hati jadi sejuk.

Apabila tiba masa nak beraksi, cucuk laptop, tune sana sikit Hondata S300 hati pun gumbira. Ekzos dengan B pipe dan muffler Boarder Max tu dah cukup mengubat hati lara kalau tengah sedih, bertukar ceria. Masuk gear satu, tekan pedal, bila LSD Cusco menggigit dan klac Ogura loceng dilepaskan, senyum boleh sampai telinga.

SONY DSC

Korang paham tak apa yang saya cakap ni?

[hr]Β Spesifikasi

Model: Honda Civic EG4 / 1992

Enjin: B16A VTEC EG6, wire tuck, radiator Koyo ECU Hondata

Transmisi: 5 kelajuan manual, klac Ogura, LSD Cusco, cross ratio gear 3 dan 4

Suspensi: Cusco boleh laras

Brek depan: Mugen, disc 282mm

Brek belakang DC5, rotor Spoon Master cylinder Wilwood

Rim: Spoon SW388 15 inci

Tayar: Advan Neova AD08 195/55/15

Dalaman: Seat full bucket Spoon dengan harness Takata, full EG6 facelift trim, stereng Mugen FG360, Cusco roll Cage 6 point

Luaran: Lips depan Mugen, side mirror spoon, carbon spoiler Spoon

[hr] GaleriΒ 

DSC_7569SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button