Modifikasi

HONDA JAZZ MUGEN PRO!

Sedar atau tak, model pertama Honda Jazz GD sudah berusia lebih 10 tahun. Tetap  satu perkara yang saya faham, reka bentuknya masih relevan. Malah lagi cantik kalau dibandingkan dengan beberapa kereta moden yang ada di dalam bilik pameran sekarang.

Honda memang kalau buat kereta dalam segmen baru, dia akan cuba pastikan model itu mampu bertahan laman dari segi rupanya. Jurutera Honda ni datang dari masa depan ke apa?

Dengan 2 model dah berganti, bukan senang nak bagi Jazz ni nampak menarik. Lebih-lebih lagi apabila orang dah mula beralih kepada model baru. Bila sudah lama, bererti pasaran terpakainya makin murah.

Honda-Jazz-GD-Mugen-Pro-mekanika (7)

Jadi bolehlah yang dulu main K-Car atau dah bosan dengan GSR masuk ke kategori kereta bandar macam ini.

Bagi pengikut setia JDM, tidak ada benda paling memuaskan hati selain dapat siapkan projek kereta lengkap dengan satu tema. Susah nak pilih satu konsep sebenarnya sebab barang yang sampai kat half-cut tak semestinya lengkap.

Mizi ialah antara yang bertuah sebab usahanya yang tak pernah putus membolehkan dia menyalin semula versi Mugen Pro Jazz GD yang lengkap. Banyak juga duit habis ni.

Enjin yang nampak sama dengan versi kilang Honda Indonesia dan Thailand ni sebenarnya sudah diganti kepada half-cut JDM L15A. Ramai budak Jazz buat begini sebab nak dapatkan transmisi manual.

Honda-Jazz-GD-Mugen-Pro-mekanika (13)

Untuk rekod, Jazz di Malaysia memang tak pernah dijual dengan pilihan gear manual. Enjin ini boleh masuk terus ke dalam bay enjin dengan direct bolt-on enjin, kotak gear, papan pemuka, brek dan pendawaian. Macam Kancil masuk L200.

Kepala selinder enjin kecil ini kemudian menjalani proses port & polish, sebelum dipasang dengan cam Cat Cams. Itu sahaja lah barang performance yang ada untuk L15A. Selain penapis udara drop in Mugen dalam kotak penapis udara asal.

Ekzos manifold Mugen dipasang  terus ke muffler berkembar Mugen belakang. Akhir sekali, kotak ECU kereta di reflash semula dengan talaan terbaik.

Kotak gear manual 5 kelajuan L15A dipasang dengan pelapik klac Exedy Organic dan synchromesh gear untuk gigi 2, 3 dan 4 ditukar kepada M-Factory. Flywheel juga dari M-Factory.

Honda-Jazz-GD-Mugen-Pro-mekanika (14)

Sebenarnya, barang performance untuk enjin ni memang tak banyak di pasaran. Mungkin tuner ingat orang semua beli kereta ni tak suka laju. Pada hal pelik juga kalau tengok di Jepun dan Thailand, siap ada kategori perlumbaan khas untuk Jazz/Fit. Bersangka baik, mungkin dia orang lumba siapa sampai paling akhir.

Namun begitu, set suspensi aftermarket untuk kereta ni ada banyak. Untuk mendapatkan sebuah kereta yang selesa dan stabil, Mizi kekal menggunakan set Macpherson Mugen dengan spring asal digantikan dengan Eibach.

Set-up ini sebenarnya jauh lagi sedap daripada yang standard. Brek kemudian  ditingkatkan dengan caliper 6 pot mini ATS yang saya rasa lebih kepada bersifat kosmetik berbanding keperluannya.

Bodykit yang menggunakan satu tema adalah satu konsep yang cantik kalau dapat lengkap. Mizi dapat semua set bodykit Mugen Pro dari bumper depan sampai spoiler belakang.

BACA: HONDA JAZZ BAKAL GUNA ENJIN 1.0 TURBO

BACA: WARNA BARU JAZZ CARNIVAL RED

Tidak dilupakan sunroof Fir GD,  dan rim lagenda Mugen MF10L 15 inci dengan tayar 195/50r15 Advan Neova AD08R. Rim putih ni berlawan dengan kaler JDM Y66P kuning GD strandard kilang Hamamatsu Jepun.

Bahagian kokpit adalah gabungan peralatan JDM yang menyeluruh. Ia terdiri daripada papan pemuka Type S, stereng Fit multi fungsi, sepasang kerusi Mugen, meter Mugen assist, gear knob dan pelapik pedal kawalan Mugen.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button