Modifikasi

HONDA S200 INI DIPASANG ENJIN V6 3.2 TURBO, DAPATLAH 500HP…

Honda S2000 sememangnya menjadi model dengan enjin aspirasi biasa yang menjadi idaman ramai.

Walaupun sudah berusia puluhan tahun, tarikannya tidak pernah padam. Malah, harganya juga dilapor semakin meningkat. Sekali fikir, pelaburan beli S2000 macam lebih baik daripada beli emas.

Dalam keadaan standard, enjin VTEC N/A bersesaran 2.0 liter itu mampu menjana kuasa sehingga 240hp. Dengan rev mencecah 9,000rpm, kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual enam kelajuan.

Tidak puas hati dengan prestasi sedia ada, saluran YouTube popular Hoonigan baru-baru ini memuatkan naik satu klip video yang menarik untuk ditonton.

Dalam video tersebut, Hoonigan menemuramah seorang tuner yang mahu menyelesaikan ‘masalah itu. Jason Shmuck memulakan kerja modifikasi dengan memasang enjin V6 3.2 liter daripada model Acura TL sebelum memasukkan beberapa unit turbo.

Hasilnya, jentera itu kini mempunyai kuasa sekitar 497hp pada low boost dan sebarang isu low down torque sudah tiada.

Kemasan untuk ruang dalaman dan luaran juga cukup kemas. Jason telah mengubah suai bahagian hud untuk menonjolkan dua unit turbo. Kereta itu kemudian disembur dengan cat biru (Protonic Blue), warna yang sama dengan BMW i8.

Trunk lid pula diperbuat daripada gentian karbon dengan kemasan berwarna biru dan rim aloi lebar untuk penampilan lebih garang.

kredit: carbuzz.com

Google ads
Back to top button