KE30 ENJIN ROTARY?: INI MEMANG KETERLALUAN!

SHARE

Anak dara saya yang baru darjah satu bernama Dora itu kalau dia bercakap dalam Bahasa Melayu lengkap memang cukup skema. Ada sekali tu dia cakap “Ini memang dah keterlaluan!”. Saya lupa pasal apa dia boleh cakap macam itu. Tetapi ayat itu sampai sekarang saya ingat. 

Keterlaluan?

Mungkin. Corolla E30 ini mungkin sangat melampau bila dipasangkan dengan enjin Mazda rotary 13B. Jarang dibuat orang dan saya tak fikir ramai yang sanggup buat hingga ke tahap ini. Enjin rotary 13B pada KE30 mungkin sudah jadi benda biasa. Tetapi pada model E30 dengan casis yang tua, takut tercabut pula enjin bay bila pecut nanti.

BACA – COROLLA KE30- SIMPLE PLAN

BACA – KE30: ENJIN BOLEH JILAT PUNYA!

Namun, kalau hati sudah suka dan duit bukan penghalang, modifikasi begini adalah ‘permata’ bagi saya di Mekanika Malaysia. Bukan main masuk macam itu sahaja. Sebaliknya ia dimasukkan dengan kemas dan sangat cantik berbanding projek Kancil L2 yang baru saya tengok semalam. Pada hal plug & play sahaja pendawaiannya, tetapi dia punya serabut rasa macam nak lempang owner dia pun ada.

DSC_9360

Nama dalam surat beranak sebenar kereta ini ialah Toyota Corolla KE55R CS Sedan. Ia tergolong dalam keluarga E30, tetapi lebih popular disebut sebagai KE30. KE30 mempunyai banyak varian seperti coupe, hardtop, sport coupe, wagon, malah versi van pun ada (di Jepun lah).

Masa kereta ini mula-mula dikeluarkan dahulu, ia menjadi Corolla paling berjaya di pasaran Amerika Syarikat. Kecil, ekonomikal, tidak banyak kerenah dan minyaknya super jimat. Waktu itu krisis minyak sedunia sedang melanda dan orang sudah tidak terima idea gila enjin V8 atau kereta muscle yang pelahap petrol.

30 tahun selepas itu, ada lah seorang mamat bernama Abdul Manaf bin Junoh yang menampilkan idea lebih baik. Jimat mana sangatlah kalau dah pakai enjin motobot ini dengan meletup-letup bunyi ekzosnya. Kalau boleh saya nak dengar enjin ni idle (melahu) tiap-tiap pagi!

DSC_9341

Modifikasi paling penting pada kereta ini ialah ekzos 5Zigen. Kalau dah nama enjin rotary, mesti pasang ekzos yang boleh mengejutkan orang satu pekan barulah gempak. Apabila enjinnya ialah 13B N/A (aspirasi biasa), lebih memekak lagi lah bunyinya apabila buat paip ekzos salur terus.

Enjin ini langsung tidak diusik. Pasang paip stainless steel, hos Samco dan penapis udara K&N sudah. Intercooler pun tak nampak belakang bumper krom tu. Eh lupa, kalau dah NA mana nak ada intercooler. Modifikasi penting ialah gandar belakang dengan bahan kitar semula Mitsubishi Lancer A174 dengan LSD. Ada lagi, klac dia guna Twinplate OS Giken!

Apabila kereta dah laju suspensi mestilah berada dalam kondisi cemerlang. Kereta ini masa dijual dulu untuk pergi pasar dan cikgu pergi sekolah. Maka mustahil nak guna suspensi yang asal. Abdul Manaf kemudian memasang set suspensi boleh laras TRD depan belakang. Rim replika Enkei RS Evolution itu 17 inci saiznya. Nampak besar betul pada kereta ni. Tayarnya ialah Falken Ziex 215/40 depan dan 215/45 Continental di belakang.

DSC_9353

Satu lagi faktor bunuh diri pada projek hibrid sebegini adalah jika breknya tidak ditukar. Kereta laju, tetapi guna brek Kancil baik gali kubur siap-siap. Tak pun tempah bilik hospital wad kecemasan. Sedar bahawa keretanya yang laju mesti diperlahankan dengan cepat, Abdul Manaf kemudian memasang brek FD Efini depan dan belakang. Selesai masalah.

Kalau anda rasa projek begini caca marba, harap enjin dan body saja yang terjaga memang anda silap. Bahagian dalaman dikemaskan dengan sepasang seat Recaro merah hitam yang telah dibalut semula. Papan pemuka di trim semula dengan pelekat karbon. Sementara meter asal FD ditanam dalam casis dengan kelongsong asal KE55 dibiarkan pada posisinya. Bijak kan? Ini tidak, main letak meter FD setongkol yang memang buat dashboard nampak semak.

DSC_9354

Benda lazim yang orang buat pada kereta old skool ialah fender flare supaya lebih ‘Shakotan’ (OK ni tak ada istilah dalam Bahasa Melayu). Di Jepun bukan main popular lagi, tetapi KE55 ini lebih kepada restorasi standard kilang. Tanpa rim, kereta ini mungkin nampak macam KE55 cikgu pencen.

Kemasan akhirnya ialah warna kuning Ferrari yang nampak lain sangat sebab kuningnya begitu terang. Bukan saja catnya yang kemas, tetapi kerja restorasi badannya juga memang cemerlang.

Bukan senang nak buat balik kuda tua pada tahap begini. Perlu sabar, bagi kerja pada mekanik dan tangan yang betul. Kalau jenis mekanik tahunya cuma nak untung, jangan haraplah kereta boleh siap seminggu dua Gu!

DSC_9351

Sekarang bila kira balik semua bil, susah nak terima kenyataan bahawa banyak duit dah habis. Baiklah, kalau anda gila kamera, ada orang yang sangat taksub dengan dunia filem 35mm dan belanja melampau-lampau banyaknya. Kerja lebih susah kalau banding beli terus MK IV. Tapi inilah realiti hidup. Kalau semua nak kerja senang macam mana kami nak cari makan?

 

Spesifikasi

Model: Toyota Corolla KE55 / 1987

Enjin: 13B Mazda RX7 rotary NA, penapis udara K&N, stainless steel piping, hos Samco, ekzos straight piping, 5Zigen muffler.

Transmisi: Manual 5 kelajuan, axle Lancer GSR A174, klac OS Giken twin plate.

Suspensi: TRD boleh laras

Rim: Replika Enkei RS Evolution 17

Tayar:

Depan: 215/40 Falken

Belakang: 215/45 Continental

Dalaman: Meter FD, seat Recaro re trimmed merah hitam, audio Pioneer.

Luaran: Standard, fully restored KE55. Warna kuning Ferrari

Galeri

DSC_9331DSC_9332 DSC_9334DSC_9336DSC_9338DSC_9342 DSC_9347DSC_9345DSC_9355DSC_9356DSC_9360

 

(Visited 7,966 times, 24 visits today)

Share this post

scroll to top