Modifikasi

KELISA DAIHATSU YRV

Satu masa dulu, orang kata enjin Daihatsu YRV overkill pada chasis Kelisa.

SONY DSC

Memang saya tidak nafikan bahawa kalau main kereta Kelisa dengan enjin Jepun, maka calon paling tepat pastinya enjin KE-VET. Dapat enjin K3-VE pun tak apa. Tak ada turbo. Dengan DVVT dan enjin 1,300cc tu pun bukan main sedap lagi Kelisa dipandu hari-hari.

Tapi adakah enjin kelisa ini lemau? Sudah tentu tidak. Enjin EJ-DE 1,000cc pada Kelisa jauh lagi sedap daripada pasangan enjin 4G13 pada sebuah Wira dengan bonet Evo pastu kelam kabut nampak Fortuner warna oren.

SONY DSC

Berbalik kepada Kelisa dari Terengganu ini. Sampai hari ini, saya masih ada hati nak beli sebuah Kelisa. Paling tak banyak kerenah dan barang-barangnya juga semakin murah.

Kereta ini milik Ayie yang bekerja sebagai seorang juruteknik. Ayie tidaklah seperti anak muda yang lain. Semasa saya sampai di Stadium Sultan Mizan atau stadium runtuh itu, dia yang sampai dulu.

SONY DSC

Nampak dari luar, biasa sahaja. Macam Kelisa yang guna bodypart TR. Tapi apabila buka bonet depan, nah enjin K3-VET. Saya pun baru dapat tahu yang harga enjin ini dah naik semula. Mungkin disebabkan oleh harga Myvi terpakai sudah makin murah. Manakala Kenari dan Kelisa pula dah ramai yang mampu beli secara tunai.

Enjin ini boleh masuk terus ke dalam Kelisa, tak payah buat apa-apa modifikasi. Cagak enjin (mounting) hampir sama. Cuma apa yang orang khuatir biasanya ialah kotak gear semi auto yang tak berapa lasak kalau ada hasrat nak tambah kuasa enjin.

SONY DSC

Ayie membiarkan enjin dalam keadaan stok. Apa yang ditukar ialah penapis udara K&N, paip stainless steel ke perumah turbo dan sistem ekzos baru dengan paip 2.3 inci saluran terus.

Kalau ada benda yang lemau untuk sebuah Kelisa keluaran kilang sudah tentu suspensinya. Memang tidak boleh blah bila top speed. Bergoyang tak ingat punya. Bergegar satu kereta. Ini disebabkan kelembutan dan keayuannya yang direka untuk pemanduan bandar.

SONY DSC

Atas alasan itu, Ayie amat tidak yakin dan menukarnya kepada set suspensi jenis boleh laras HWL. Keras dan meyakinkan apabila nak masuk selekoh. Apabila dipandu laju, stereng duduk tegak.

SONY DSC

Meningkatkan lagi pengendalian kereta ini ialah set brek YRV di depan dan brek cakera L500 di belakang. Mengakhiri bahagian ini ialah set rim Enkei RPF1 15 inci yang disarungkan dengan tayar Archilles K-Sport 165/50r15.

SONY DSC

Bahagian dalaman macam tak terkesan dengan enjin YRV yang dipasang. Kecuali kalau perhati betul-betul, konsol gear dah tak ada di lantai. Tuil gear dipasang di bahagian kolum mengikut spesifikasi YRV. Didatangkan bersama ialah meter, stereng dan set karpet YRV yang menutup terus bekas gear di bahagian tengah kereta.

Kerusi asal ditanggalkan dan digantikan dengan Recaro. Kalau buat railing yang betul maka akan dapat posisi duduk yang sedap. Kalau buat cincai memang duduk atas kerusi 3V lagi sedap. Tempat duduk belakang Kelisa ini dipasangkan dengan kerusi Coure TR. Akhir sekali, pemain audio Kenwood.

SONY DSC

Untuk kosmetik, saya akan pilih bodykit TR. Bukan tidak boleh Gino, tapi cabarannya amat berat untuk ditempuhi apabila berjumpa dengan Fortuner kaler oren seperti yang pernah dialami oleh ramai pemilik Kelisa Gino.

Pada hal, bahaya apa lah sangat setakat tukar bodypart yang pasang balik skru lama sahaja? Bersepah lori yang tak ikut spesifikasi, itu belum lagi badan bas dan lori yang dibina semula. Itu lagi bahaya.

SONY DSC

Inilah yang orang kata, gajah depan mata tak nampak, antena twinblade di Fukushima pula boleh teropong.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button