KELISA DUA PINTU

SHARE

Ini ialah Kelisa. Eh silap, Daihatsu Cuore. Memang bukan senang nak dapatkan body dua pintu ini kecuali anda ada lubang-lubang ajaib dengan pendaftaran nombor ganjil. 

DSC_6430

Maksud saya, beli body pekak tak potong casis. Tetapi jangan haraplah nak pandu atas jalan. JPJ negara mana nak beri geran?

Kereta ini dibuat untuk tujuan suka-suka. Pemiliknya nak buat berlumba sebab tak ada kerja sangat. Dalam perut kereta ni jauh sekali enjin EJ Kelisa Cuore atau  JB 4 silinder Twincam. Paling tak disangka ialah enjin EF L200s.

slider dlm (1)

Namun kalau ikut ensiklopedia pemain K-Car, inilah enjin paling versatil untuk dimodifikasi. Boleh lenjan sampai hancur. Kalau jahanam pun, enjin kosongnya  sekali petik sepuluh yang datang.

Macamana nak jadikan enjin L200s ni power?

DSC_6424

Perkara pertama yang dibuat oleh pemiliknya, Lan ialah merojakkan enjinnya terlebih dahulu. Kuatkan bahagian blok dengan conrod dan piston dari keluarga lain.

Mula-mula dia tak mau bagitau. Akhirnya terlepas cakap juga, pistonnya Nissan, conrod Toyota. Jadi macam tidak logik mana ada piston kecil yang boleh muat blok ini.

DSC_6429

Sebenarnya, bok kereta ini telah disarungkan dengan blok EJ 1000cc. Head yang kena port & polish L200S itu memang sekadar wayang. Dalam head itu pun ada cam yang dibuat custom oleh Ujang Resing dengan cam pulley Works Engineering.

Turbo kecil L200 digantikan dengan Garret GT25. Bagi memastikan turbo ini cukup minyak dan oksigen untuk buat enjin bernafas, intake manifold asal empat segi digantikan dengan intake bulat custom dengan mulut ke blok empat kali lagi besar.

DSC_6465

Injektornya juga digantikan dengan injektor GSR. Disebabkan isu bahan api selalunya jadi berita utama, dua buah pam dipasang. Dalam tangki pam Walbro dan untuk sedutan lebih cepat dari depan dipasangkan pam luaran daripada Subaru.

Benda lain yang dipasang ialah MSD iginition coil, blow-off Sard, wastegate Turbosmart dan sistem ekzos cangggih yang keluar pada bampar depan sahaja.  Sementara intercooler yang serupa papan kenyataan itu datangnya daripada kit intercooler Greddy.

DSC_6416

Paling best ialah transmisinya. Bukanlah ajaib ada 6 kelajuan atau sebagainya. Tetapi kotak gearnya dikacukkan dengan tiga makhluk Daihatsu yang berbeza. Perumahnya dari Kelisa, synchromesh, ratio dan gigi dari Detomaso G200 dan Charade G11. Dia punya pikap mencanak-canak jangan tak tau…

Seterusnya, suspensi. Dalam banyak-banyak kereta Lan yang saya tengok, ini kereta yang senonoh sikit sebab guna suspensi boleh laras TEIN. Apa ada hal, dalam 24 sehari, 20 jam dia duduk menghadap kontena kedai potong. Kalau saya pun mungkin pasang Aragosta, peduli apa.

DSC_6432

Breknya pula depan guna GTTi turbo dan belakang daripada Detomaso. Bahagian kabin macam kereta lumba dengan tempat duduk jenis bucket, helmet, papan pemuka lompong sana sini dan rare juga karpet Minilite biru yang diletak macam tu saja. Masa saya mula-mula main Kelisa dulu, Fairus Bain beli karpet tu RM400 tau.

DSC_6439

Membezakan kereta ini dengan Kelisa ialah ia tak ada pintu belakang. Jadi apabila dilayangkan dengan warna kuning dan sticker kiri kanan depan belakang atas bawah , ia nampak seperti kereta racing yang sebenar. Ia juga nampak laju, walaupun sebenarnya memang laju.

SPESIFIKASI

Model: Daihatsu Mira Cuore L700

Enjin: L200s dengan blok EJ-DE 1000cc, piston Nissan, Conrod Toyota, race cam, pulley Works Engineering, head L2, injektor GSR, intake custom, MSD Iginition, fuel pump luar Subaru, fuel pump dalam Walbro, blow-off Sard, intercooler kit Greddy, ekzos custom keluar muffler depan

Transmisi: Manual 5 kelajuan gabungan G11, Detomaso dan Kelisa

Suspensi: TEIN boleh laras

Brek: Depan GTTi, belakang Detomaso

Rim: Sparco Racing 15”

Dalaman: Papan pemuka Minilite, karpet Minilite, stereng Momo walnut, tempat duduk bucket

Luaran: Bodypart lengkap Gino Minilite

GALERI

DSC_6422DSC_6431DSC_6433DSC_6452DSC_6455DSC_6466

 

 

 

Share this post

scroll to top