KERETA TERPANTAS DI TERENGGANU DRAG 2016 – KING FWD TRUE STREET!!

SHARE

Ia mungkin nampak biasa, sama seperti mana-mana Satria yang biasa kita jumpa. Nak kata ada kepak acah-acah boleh terbang jauh sekali. Kepak mengangkang macam ibu mengandung pun idok. Dah tu, di mana terletaknya kekuatan kereta nih? Di enjinnya kah, atau di namanya kah?

Kepada yang tak perasan atau kurang cakna dengan perlumbaan drag tempatan, inilah sebenarnya jentera yang telah menjuarai kategori ST2 – King FWD True Street di Terengganu Drag Battle 2016 tahun lalu.

Hadiah kemenangan bukan calang-calang, boleh buat hantaran untuk mak dengan anak terus. Sekaligus meletakkan statusnya sebagai hadiah yang terbesar pernah ditawarkan dalam perlumbaan drag di negara ini. Kalau kira yang halal punya lah…!

BACA: SATRIA BAJA MERAH KUASA EVO!

Suasana perlumbaan ketika itu memang tegang. Hadiah besar der, jangan buat pasal. Kulit kacang menyibok atas trek pun boleh jadi gaduh.

Dengan catatan masa 7.861, ia berjaya mengatasi lawannya hanya 0.096 saat di depan. Fuhhh, sipi-sipi dah tu. Kalau pandai godek-godek youtube atau facebook, korang masih boleh jumpa videonya di Facebook.

Apa rahsianya? Percaya atau tidak, Satria milik Mat Jan ini tidak menggunakan blok 4G63T sebagai asas, tapi blok 4G61T yang lebih pendek. Sebabnya, ia bukan kereta belasahan dan masih memiliki cukai jalan yang sah. Nak bawak pegi pasar pun boleh, cepat sikit sampai…

Kereta ini dibina hasil kerjasama Mie Ayam Motorsport dan B’ Machine Development, dua nama besar yang tidak asing lagi dalam sukan drag tempatan.

Di ruang blok terdapat set piston Wiseco 86mm dengan galas enjin ACL Race. Ia kemudian disatukan dengan kepala silinder 4G63T, yang mengandungi spring injap BC, sepasang camshaft HKS 272° dan cam pulley HKS. Itu aje? Ringkas betul…

Sistem turbo agak tersorok ke bawah berbanding setup mendongak untuk kereta-kereta laju seperti ini. Turbo Garrett GT3582 yang digunakan, digantung pada manifold turbo Tonnka lengkap bersama wastegate Tial 44mm.

Sambungan diteruskan ke bahagian intercooler GReddy, sebelum disedut masuk menerusi throttle body Super90. Lebihan boost yang tidak digunakan kemudiannya dilepas keluar melalui injap pelepas Tial.

Bekalan petrol menjadi sangat kritikal untuk sebuah enjin power seperti ini. Selain pam Walbro 455 di dalam tangki, ia turut menggunakan sebuah tangki surge kustom dengan dua pam tambahan jenis Bosch 044 yang ditempatkan di dalam kereta.

Ia akan melalui rel bahan api Sard yang bertugas memegang set injektor ID 2000. Jumlah tekanan dan proses balikan dikawal unit regulator Sard, manakala Haltech Platinum Sport 1000 berfungsi menyelenggara sistem pemetaan enjin.

Bahagian dalam tidak direntungkan sesuka hati. Nama pun main True Street. Nanti kena protes, saja je balik awal. Kesemua komponen ini disalin dari Mirage Cyborg R, kecuali tempat duduk depan yang hanya dihuni sebijik bucket mati jenis Bride Zeta.

Ruang sebelah lagi dah tak boleh guna, akibat sistem hantaran petrolnya yang kompleks. Aksesori lain yang turut membantu termasuklah stereng Momo Race, tuas gear Cusco, tombol gear Sparco dan sebuah meter boost Apexi.

Satu perkara yang harus dipuji adalah aspek penampilannya yang tidak selekeh. Banyak kali dah kami cerita kepentingan benda ni dan ia mula diterima baik kebanyakan pemain industri.

Selain penggunaan kit badan Mirage Cyborg R, bahagian hood telah dikacuk dengan komponen EVO III, termasuk penggunaan bumper depan HKS Kansai, cermin sisi Ganador dan binaan arch fender kustom.

Rim pulak datang dalam saiz berbeza. Depan pakai Rays Gram Lights 16-inci, manakala belakang diberi rim Volk Racing TE37 15-inci yang lebih kecil.

BACA: PROTON SATRIA NEO YANG SEMAKIN DILUPAKAN…

 

(Visited 7,650 times, 7,650 visits today)

Share this post

scroll to top