Modifikasi

KUASA NISSAN SILVIA S14

Di zaman GST sekarang, memang susah dah nak cari kereta dengan sifat macam Nissan Silvia ni.

Nissan-Silvia-S14-mod-mekanika (12)

Enjin 2 liter turbo, pacuan roda belakang, body coupe dan rendah. Sekarang, sibuk buat kereta kompak, hybrid dan jimat minyak. Bosan betul.   Baiklah. Apa yang bagus pasal kereta ni?

Pertama, ia sebuah kereta sports FR murah di Jepun dan seluruh dunia yang ada import masuk secara rasmi. Apabila murah, maksudnya banyak dijual dengan teknologi yang asas untuk sebuah kereta sports. Tapi sebaliknya berlaku di Malaysia sebab kereta ini cuma masuk dalam versi recond. Masa awal-awal masuk dulu, ya tuhan, harga mahal iblis.

Nissan-Silvia-S14-mod-mekanika (9)

Apabila fasa pertama berakhir, kereta ini masuk ke fasa model terpakai. Nah generasi pemilikan kedua yang memang kemaruk modifikasi. Dengan barang dan aksesori semakin banyak, tidak syak lagi, inilah pilihan muktamad. Kereta mampu milik bagi mereka, tetapi masih lagi kereta ‘mampu tengok’ bagi kebanyakan daripada kita.

Nissan-Silvia-S14-mod-mekanika (1)

Walaupun nampak garang, cantik dan laju, kereta ini tak pernah digunakan dalam trek atau drift. Ia cukup disayangi sekali oleh pemiiknya, Wan. Tengok enjin pun sudah tahu laju. Kereta ini ditala ke tahap 530 kuasa kuda dengan talaan Adaptronic untuk pemanduan harian. Memang sepadan. Kalau dah masuk 700hp ke atas tu biasanya nak bawa pun kemain susahnya.

Nissan-Silvia-S14-mod-mekanika (2)

Enjin SR20DET dilerai dan dicantum dengan kit modifikasi Tomei. Ia terdiri daripada cam pulley 280-12.5, rocker arm, dual valve spring type B yang digabungkan dengan metal head gasket 87.0-1.8mm dan diikat bersama ARP head stud.

Penambahan lain ialah injektor tambahan Sard 690cc, fuel rail  Sard, fuel pump Tomei dan 4 buah piston Nissan VG 30. Punca kuasanya iaitu turbin Garret GTX35 diselaras dengan injap blow-off & wastegate HKS 60mm.

Nissan-Silvia-S14-mod-mekanika (14)

Sensor ditukar iaitu boost solenoid Haltech dan  02 sensor Haltech. Seperti yang diberitahu tadi, untuk pemanduan harian, kotak gear kekal dalam keadaan asal.

Sebuah kereta Jepun klasik-moden sebenarnya boleh guna rim apa saja asalkan bukan krom dan VIP. Boleh muntah darah tengok. Taste peminat JDM ni boleh dikatakan hampir senada semuanya.

Nissan-Silvia-S14-mod-mekanika (10)

Kereta Wan dipasang dengan rim Volks RE30 18 inci yang dibalut dengan tayar Toyo Proxes R888 bersaiz 235/40r18. Apabila dipadankan dengan kit yang simple, ia nampak solid dan tak keterlaluan.

Bahagian dalaman masih nampak ideologi sports ekeskutif berbanding sport-litar. Puncanya mungkin kerusi bersalut kulit. Lebih kreatif lagi, bahagian pemandunya menggunakan kerusi Bride bucket yang dibalut.

Nissan-Silvia-S14-mod-mekanika (4)

Wan memilih modifikasi audio yang terdiri daripada pemain CD Alpine, midbass Alpine, 4 channel amp, 12′ Subwoofer, sebuah Monoblock dan sistem penebat bunyi soundproof lengkap. Sekali masuk kereta, mungkin kau ingat pemiliknya nak masuk pertandingan audio.

Apabila lengkap macam ini, saya pun pelik apa pasal brader ni nak jual pula. Rupa-rupanya dah sampai seru nak pandu Godzilla R35 pula katanya…

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button