LAMBORGHINI AVENTADOR INI SEBENARNYA SEBUAH HONDA ACCORD

SHARE

Supercar adalah idaman setiap orang yang waras. Namun, membeli supercar bukanlah dalam kemampuan ramai orang waras. Bukan sahaja mahal, nak selenggara pun satu hal lain. 

Eksklusiviti dan kemahalan supercar telah membuatkan ramai orang seluruh dunia bertukar menjadi tidak waras. Err.. atau mungkin juga kreatif. Kita dah lihat beberapa contoh sebelum ini yang agak bagus hasil kerjanya. Pernah kami siarkan dulu sebuah kereta yang dbina daripada kerangka kosong, enjin BMW dan body Lamborghini Diablo.

BACA: LAMBORGHINI PALSU DENGAN ENJIN BMW

Dan, ini lagi satu contoh kreatif yang dibina oleh Executive Modcar Trendz yang terletak di Amerika. Bukan. India sebenarnya. Mungkin disebabkan pengaruh filem Hindustan yang sering ada kelaku tak masuk akal, maka mereka membina kereta yang tidak masuk akal juga.

Apa yang lebih tidak masuk akal X 1000 ialah, model asas yang digunakan untuk membina Lamborghini Aventador ini.

BACA: FAKTA PENJAGAAN SEBUAH GALLARDO

Ia adalah sebuah Honda Accord. Ya. Accord tuan-tuan. Macamana dia potong sambung sebuah sedan 4 pintu jadi begini hanya kemahiran yang membolehkannya.

Sebenarnya, hasil akhirnya agak bagus juga dengan penggunaan lampu depan dan belakang agak mirip. Warnanya juga mengikut skema pilihan Aventador – Arancio Argos oren.

Sebenarnya Abang Japar ni nak pergi makan. Lepas tengok gambar kereta terus hilang selera. Tak apa lah, Abang Japar makan esok je lah.

GALERI

 

Share this post

scroll to top