Modifikasi

MADBUL – JENTERA DRIFT KACUKAN MAZDA RX-7 & RX-3

Pelumba drift terkenal dunia, ‘Mad’ Mike Whiddett  memang diketahui mempunyai beberapa jentera drift yang menarik. Namun semua itu tidak dapat menandingi sebuah Mazda RX-7 yang diberi nama ‘MADBUL’.

MADBUL bersaing dalam banyak kejohanan drift di seluruh dunia, termasuklah Goodwood Festival of Speed. Kini, jentera tersebut telah menjalani transformasi yang komprehensif dan menjadi kacukan di antara model RX-7 dan RX-3.

Whiddett dilaporkan bekerjasama rapat dengan pihak Rocket Bunny untuk membangunkan bodykit dan bahagian hadapan yang kelihatan seperti bonet RX-3 tahun 1970-an.

Sebagaimana yang anda boleh lihat daripada foto-foto ini, hasilnya memang menakjubkan. Setiap komponen yang dibina cukup sepadan. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan rim jenis deep-dish daripada Rotiform.

“Kereta ini mempunyai sejarah yang mengagumkan. Ia mempunyai cop pasport yang lebih banyak daripada orang biasa. Kami memanggil kereta ini sebagai Gen 7.3 kerana ia menggabungkan Mazda RX-3 yang merupakan kereta kegemaran saya sejak dahulu lagi dan RX-7.

BACA: PERHIMPUNAN 7’S DAY DI DAIKOKU

“Tema ini memang kena dengan gaya jentera perlumbaan old school Mazda,” kata Whiddett.

Google ads
Back to top button