Modifikasi

MAZDA 323 INTERPLAY – PERBUALAN KLASIK

 

Membesar pada era awal 1990-an membuatkan saya  peka dengan perkembangan kereta-kereta yang kini dah masuk dalam kategori klasik moden dengan lebih baik.

Pada zaman itu, ramai cikgu yang membeli Mazda Familia 323 yang bersaing dengan Honda Civic EG, Corolla SEG dan Nissan Sentra B13. Saya tidak tahu sebab apa ramai cikgu yang membeli model Mazda ni.

BACA – MAZDA 808 KUASA LEVIN 4AGE

BACA – BABY MERC TWO TEN

Kalau dibandingkan dari segi teknologi, kereta Mazda ini agak ketinggalan. Ia masih menggunakan enjin karburator. Sedangkan semua pesaingnya sudah menggunakan enjin dengan pancitan bahan api elektronik.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan versi hatchback dua pintunya. Model ini  diimport sepenuhnya dan bersaing dengan Civic Hatchback dan Ford Laser TX3. Tak ramai yang mampu beli, sebab itu seusah nak jumpa.

Pemilik Interplay ini namanya Kucit. Familia yang dijadikan bahan modifikasi biasanya sudah disumbat dengan enjin BPD B8 turbo, diambil daripada half-cut Mazda Familia GT-R atau enjin B8 210.

Mazda-323-Interplay-mekanika (1)

Enjin B8 210 ni ialah enjin yang paling berkuasa untuk siri model Familia. Ia hanya disumbat pada GT-R, model homologasi khas untuk kejohanan rali dunia. Lebih kurang macam model Lancer Evolution.

Blok enjin dibuka untuk disumbat dengan satu set piston Toyota 2JZ. Kepala silinder enjin dilakukan kerja-kerja port dan polish. Kucit kemudian menggantikan turbo IHI asal kepada turbo TD06 yang dimuatkan pada manifold ekzos buatan custom.

Turbo daripada Mitsubishi ini diteman oleh wastegate jenis external dan injap blow-off Tial yang dipasang pada paip intercooler buatan custom. Petrol dari tangki disalurkan melalui pam bahan api Walbro yang dilaras tekanannya oleh pelaras SARD.

Untuk menyejukkan enjin dan turbo, Kucit menggunakan radiator jenis aluminium dari Energy. Turbo TD06 pula disejukkan oleh intercooler OEM Lancer Evo VI. Sistem ekzos yang lebih lancar diperlukan.

Apatah lagi jika tahap boost turbo diselaraskan pada tahap 1.5bar maksimum. Jadi, Kucit menggunakan satu set ekzos custom berdiameter 3 inci dengan peredam bunyi HKS Silent Hi-Power.

Jentera ini dipasang dengan set rim Volk Racing TE37 16 inci yang dibalut tayar Toyo T1R bersaiz 205/55/16. Set penyerap hentak boleh laras HWL digunakan dan sepasang strut bar daripada Mazdaspeed dipasang bagi mengukuhkan lagi chasis kereta. Demi keselamatan, semua brek asal diganti dengan brek cakera lengkap Mazda Interplay GT-R.

Kucit berjaya mendapatkan satu set bodykit asli Mazdaspeed untuk model GT-R yang amat susah nak dijumpai. Barang asli GT-R yang digunakan hanya pada bahagian bonet depan dan belakang, yang lain semuanya daripada Mazdaspeed.

Di dalam kabin, aksesori asli Mazdaspeed sekali lagi boleh dijumpai. Paling nyata ialah tempat duduk depan bucket Mazdaspeed. Tidak terkecuali, stereng dan tombol gear Mazdaspeed.

Barang OEM Interplay GT-R yang boleh ditemui ialah papan pemuka lengkap dan tempat duduk belakang. Aksesori lain ialah pedal kaki aluminium OMP, meter-meter tambahan dari A’PEXi dan pengawal boost elektronik GReddy Profec-B.

Walaupun agak tenggelam dari segi populariti berbanding Lancer Evo atau Subaru Impreza, modifikasi Mazda macam ini mempunyai peminat yang tersendiri.

BACA – MODIFIKASI MAZDA BG TURBO

BACA – MAZDA FAMILIA GTX POWER!

Dengan modifikasi yang betul ditambah pulak dengan berat badan kereta yang ringan, Mazda kecil ini selalu berjaya ‘membunuh’ Evo yang memandang rendah ke atas keupayaannya.

Google ads
Back to top button