Modifikasi

MAZDA NEO INTERPLAY – INI MEMANG RARE!

Sakitnya bila bermain dengan model kereta yang pelik ialah, kesukaran mendapatkan alat ganti lebih-lebih lagi bila terlibat dengan sesuatu yang tak diduga. Kalau sendiri cari pasal boleh maaf lagi. Tapi kalau orang lain punya hal, memang naik hantu dibuatnya. Sama jugak macam main kereta lama. Sebarang masalah perlu ditangani dengan usaha yang jauh lebih gigih.

Inilah risiko yang perlu Keman hadap, sebaik mengambil keputusan untuk memiliki kereta ini. Kalau jenis tak kisah mana, boleh jer kacuk ngan komponen kereta lain. Namun bagi yang pentingkan faktor originaliti, komponen ubahsuai merupakan jalan terakhir yang akan mereka fikirkan, sekaligus menambah cabaran dalam usaha mencari komponen gantian asal.

Sekali pandang, kereta ini mungkin nampak macam Ford Laser Lynx yang kita kenali. Tapi lampu depannya tak pulak bulat. Dah kena kacuk ke hapa? Kepada yang kurang maklum, ini adalah Mazda Familia Neo, sebuah model 2-pintu dari generasi ketujuh Familia BH, yang memang berkongsi DNA dengan Laser Lynx.

BACA: MAZDA FAMILIA GTX TURBO

Tapi kenapa susah nak jumpa? Mungkin sebab perjanjian yang wujud antara Ford dan Mazda dulu-dulu. Kalau ada yang tak tahu, Ford sebenarnya mempunyai kepentingan dalam Mazda, yang membolehkan mereka berkongsi model yang sama untuk pasaran sebelah sini.

Memandangkan trend mereka yang suka menghasilkan lebih dari satu varian untuk model yang sama, Ford diberi hak memasarkan model 2-pintu Laser Lynx, manakala Mazda menawarkan model 5-pintu Lantis.

Dalam pada tak ada tu, ada jugak yang pernah sesat di sini. Sebijik yang ditemui, milik Keman yang masih lagi tegak segak bergaya. Selain berbeza logo, model Lynx dan Neo ini juga mempunyai rekaan depan dan belakang yang tersendiri. Paling ketara lampu depan Neo yang petak dan condong berbanding bulat pada Lynx. Begitu juga dengan rekaan hood, grill, lampu belakang, spoiler dan kedua-dua bumpernya.

BACA: LAGENDA B8 POWER DARI MAZDA

Aspek penampilan kereta Keman ni, rasanya tak perlu dibincang mana. Hampir kesemuanya, masih standard kilang Yamaguchi. Nak ejes kit badan aftermarket, takut digelar abeng. Terbiar senteng macam ni pun dah ramai yang garu kepala.

Sistem gantungan diperkemaskan dengan set suspensi boleh laras Pro Gear yang diubahsuai. Sementara bahagian rodanya, mengandungi rim Sein Racing berukuran 16-inci, beserta tayar Achilles ATR Sport dari saiz 205/45R-16. Keperluan sektor hentian pulak, memadai dengan kemampuan komponen asal.

Kemasan ruang dalam sebenarnya masih lagi standard. Mujur ia datang dengan kaler kelabu gelap, sekaligus mengurangkan belanja nak salin itu ini. Yang Keman tukar hanyalah sepasang tempat duduk Recaro SR3 di bahagian depan. Rangkaian gajet pemantau pulak, terdiri daripada meter rpm Defi, meter boost Apexi, serta deretan meter NRG pada pilar A.

Kereta ini datang dengan enjin B5 automatik. Kira cukup makan jelah. Memandangkan Keman sudah memiliki sebuah lagi Mazda sebelum ini, enjin BPT yang digunakan pada kereta tersebut telah disumbat masuk, bagi memberi lebih kuasa kepada kereta ini.

Tiada sebarang perubahan dilakukan di bahagian dalam enjin. Tak perlu kot, benda pun dah makin pupus. Keman hanya merombak sistem pendesak, untuk janaan boost lebih baik. Antaranya penggunaan turbo TD05 20G, wastegate Tial 38mm, injap pelepas Blitz Super Sound, intercooler EVO VII, serta unit pengawal boost Blitz Dual SBC. Nampak kelibat paip intercooler di bawah bumper depan tuh? Stail jugak…

Sistem bahan api dipertingkatkan dengan pam Walbro 255. Ia ditembak menggunakan set injektor Sard 700cc, sambil dikawal oleh unit regulator Arospeed. Selepas dinyalakan dengan koil COP K20A, sistem talaan enjin telah dipetakan semula menggunakan unit ECU Haltech Sprint 500.

Proses naik taraf kereta ini masih lagi berlangsung, khususnya di bahagian enjin. Bukan nak kejor podium bagai. Sekadar membetulkan catatan peribadi, untuk kepuasan

-PAK MAUN-

GALERI

Google ads
Back to top button