Modifikasi

MAZDA3 MASCONI

Kereta bagus dengan sistem audio terbaik. Kedengaran seperti sebuah sedan mewah dari Jerman atau SUV premium Jepun. 

Mazda3-masconi-mekanika (4)

Padahal, ia sebuah Mazda 3 MPS. Sebuah hatchback yang agak biasa sahaja dari segi profilnya. Kereta ini boleh dibeli pada harga RM170,000 semasa mula diperkenalkan dahulu, diimport sepenuhnya dari Jepun dan merupakan model tertinggi dalam keluarga Mazda3.

Enjin berinduksi turbo dan transmisi manual enam kelajuan itu sesuatu yang susah untuk ditemukan dalam dunia automotif moden hari ini.

Mazda3-masconi-mekanika (7)

Namun hakikat bahawa model ini boleh dibeli merupakan satu peluang bagi pemiliknya dari Ipoh yang saya kira mungkin satu-satunya MPS yang boleh anda lihat di bandar raya tersebut. Kereta ini tidak dipasarkan seperti Vios. Pasarannya kecil dan pembelinya benar-benar khusus.

Namun, sama seperti Honda Civic Type-R, Mitsubishi Evolution dan Subaru Impreza, kereta berorientasikan sports tidak akan datang dengan sistem audio yang premium.

Mazda3-masconi-mekanika (6)

Bunyi enjin dan ekzos lebih mendapat perhatian jurutera berbanding audio yang keluar daripada pembesar suara. Justeru, pemilik tidak mempunyai pilihan lain jika memiliki telinga yang sensitif dan nafsu kelajuan yang buas.

Pertama kali melihat kereta ini di salah sebuah pusat pengedar Mosconi di Ipoh, saya agak terkejut ada juga orang luar Lembah Klang yang membeli kereta ini. Maksud saya, kereta begini pasarannya lebih tertumpu di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Mazda3-masconi-mekanika (12)

Dipasang dengan pemain DVD Pioneer 1DIN AVH P5350DVD bersama pemproses DEH 80PRS (bukan pemain P80RS – jangan keliru!) ia adalah gandingan mantap yang menghasilkan kualiti keluaran audio dan visual yang tiada tandingan.

Jarang yang memilih set-up begini melainkan anda mahu kedua-duanya, audio dan visual. Kalau 10 tahun lalu, tidak ada produk di pasaran yang menawarkan kualiti sebaik ini. Namun sekarang pilihannya semakin banyak. Malah pemain biasa sekalipun telah menggunakan chipset yang mampu menghasilkan suara yang ‘crisp’ tanpa pemproses luaran.

Mazda3-masconi-mekanika (9)

Ia kemudiannya disambungkan kepada 3 unit amp untuk penetapan sistem bunyi dua hala. Amp tersebut bukanlah unit biasa-biasa. Ia terdiri daripada dua buah amp 2 chanel G One 120.2 (175watt) dan sebuah amp G One 240.2 daripada Mosconi. Pembuat audio dari Itali ini amat serius dalam menghasilkan komponen buatan tangan yang menepati kehendak pemain audio SQ premium.

Susunan lazim sistem dua hala ini meliputi bahagian penting. Sepasang tweeter Audio System HX165 dengan perumah asal digantung di bahagian tiang. Secara teorinya, ia bukanlah posisi pemasangan yang mampu menghasilkan kualiti bunyi optimum.

Mazda3-masconi-mekanika (16)

Sebenarnya unit-unit tweeter ini memerlukan ruang belakang untuk memastikan kedapan yang cukup bagi membolehkan udara menolak kon depan.

Kerana itu jugalah pillar jenis custom direka agar sudut pemasangan juga boleh diubah mengikut kehendak penala pada posisi yang dikehendaki. Namun bergantung pada logiknya juga, saya kira mungkin pemilik kereta ini sayang untuk mengorbankan pillar asal dan mengambil keputusan untuk menebuk 2 lubang sahaja untuk ‘menggantung’ tweeter dengan perumah aluminium tersebut.

Mazda3-masconi-mekanika (13)

Speaker mid 6 inci diposisikan semula di bahagian panel pintu. Kali ini, pemasangan dibuat secara terbuka pada perumah asal dengan tebatan papan nipis. Speaker ini tidak dilindungi jejaring dan dibiarkan dengan sepasang pagar asal.

Unit mid ini merupakan siri Audio System Dust MK II yang sangat popular di pasaran. Di Eropah, mereka menggunakan mid ini bagi menggantikan unit standard dan hanya dipacu oleh amp tanpa menukar pemain utama. Ia memang mid yang dengan reputasi band wave yang tinggi, selain bunyi vokal nyata dan jelas.

Mazda3-masconi-mekanika (15)

Audio System dipilih lagi untuk mengekstrak bunyi bass. Kali ini, sub Audio System MX10 Plus dipasang bersama amp 2 chanel G One 240.2. Saiz 10 inci itu bukanlah justifikasi kepada bunyi bass berdentum-dentam, tapi cukup dengan keharmonian bunyi keseluruhannya.

Kereta ini dibina bukan sahaja untuk bunyi, malah penampilan keseluruhan binaan dibuat dengan sangat kemas. Komponen amp dipasangkan di bahagian lantai but belakang bersama alatan membaiki yang disimpan kemas di dalam bekas lutsinar.

Mazda3-masconi-mekanika (2)

Sentuhan yang diberi memaparkan imej yang serhana tetapi masih memukau. Inilah sentuhan audio sebenar!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button