Modifikasi

MITSUBISHI EVO 8, KERETA SPORTS SEPANJANG ZAMAN

Saya rasa jurutera yang cipta Mitsubishi Lancer Evolution dan enjin 4G63 turbo ni mesti seorang yang genius.

Enjin versi asal 4G63T tahun VR4 dulu sama sekali berbeza dengan 4G63 versi terbalik Evo 7-10. Tapi saya syak mereka nak kekalkan populariti dan bagitahu pada industri bahawa mereka masih buat enjin kecil dua liter yang berkuasa, boleh dimodifikasi dan tahan lasak.

BACA – EVO 7 HANG TUAH

BACA – EVO 6, CUKUP LAJU TAK?

Itu memang terbukti apabila enjin ini diubahsuai dengan stroker, turbo besar dan dogbog yang banyak pula dibuat oleh pembuat transmisi. Lebih menarik lagi, enjin ini dimodifikasi di seluruh dunia, Asia, Eropah, Amerika sampailah ke Rusia.

mitsubishi-Evo8-mekanika (5)

Mengikut standard Amerika, kereta sports dengan enjin dua liter adalah sangat kecil. Jepun bukan saja-saja nak buat enjin kecil, tetapi itulah regulasi dalam negara yang menyebabkan mereka tidak buat enjin berseseran besar. Cukainya mahal dan belum tentu orang nak beli sebab minyaknya tidak jimat.

Jadi, idea enjin kompak dengan sistem turbo adalah gandingan yang tepat dan menjadi sangat popular dalam terma automotif. Setiap hari, teknologi induksi pendesak makin maju dan tidak lagi dipandang sebagai enjin yang mentekadarah minyak.

mitsubishi-Evo8-mekanika (15)

Ruang untuk modifikasi enjin 4G63 memang terbuka luas, tinggal apa cara yang betul boleh dipilih. Evo 8 milik Arrif ini adalah contoh modifikasi yang agak menyeluruh. Enjin asal kereta Evo 8 keluaran 2004 dipasang dengan turbo Garret bertekanan 20G yang saya kurang pasti model apa. Turbo sebesar itu adalah satu syarat bahawa banyak lagi duit mesti dilaburkan pada bahagian lain.

Kebuk enjin kereta telah dipasang dengan piston CP berdiameter 86.5mm dan sepasang cam Cosworth 272 darjah bersama valve spring Brian Crower. Kepala silinder dibuat port dan polish dengan boost lebihan dikeluarkan oleh injap blow off Blitz Super Sound dan wastegate Tial 38mm. Palam pencucuhnya ialah NGK Iridium bersama kabel prestasi tinggi Okada Plasma.

mitsubishi-Evo8-mekanika (16)

Penghantaran bahan api diselia oleh sebuah pam 255L/h Walbro yang cukup efisyen menghantar petrol ke penyuntik asal dan injektor tambahan FIC 800cc. Minyak RON97 sekali tarik jangan tanya berapa ringgit. Sebab kalau kos minyak jadi isu jangan pandu Evo, beli Isuzu D-Max, masih turbo dan jimat minyak.

Tekanan boost sekarang ialah 1.8 bar yang dilaras menggunakan Greddy Profec B Spec II. Tidaklah mengejutkan apabila Ariff masih gunakan radiator standard kerana katanya ia masih berkhidmat dengan cemerlang. Cuma penyejuk transmisi sahaja yang ditukar kepada HKS jenis 16 sisik itu. Sistem ekzos dibuat semula dengan manifold banana custom, downpipe Tomei dan set keluaran ekzos lengkap stainlees steel daripada HKS.

mitsubishi-Evo8-mekanika (2)

Semua modifikasi yang dibuat ini diatur semula dengan komputer tunggal Motec M400. Kuasa kemudiannya dihantar ke permukaan jalan menerusi kotak gear enam kelajuan asal dengan klac HKS twinplate bersama LSD Kaaz.

Kalau anda pernah tengok atau beli buku tuning EVO, ada macam-macam panduan suspensi dan rim yang siap dengan gambar dan review sekali (tapi dalam bahasa Jepun).

mitsubishi-Evo8-mekanika (6)

Di dalamnya tercatat suspensi paling best ialah Aragosta dan digunakan oleh Ariff. Apa yang saya tahu, suspensi boleh laras ini memang mahal kalau dibeli baru. Cuma setting pegasnya terlalu keras, jadi Ariff menukarnya kepada spring Swift dengan bouncing rate 10kg di depan dan 12 kg di belakang. Sekarang memang sedap gila!

Brek-brek Brembo asal kereta ini masih mampu berkhidmat cemerlang apabila dipadankan dengan pad Endless 800 darjah pada keempat-empat calipernya. Untuk memastikan kereta ada gaya dan pengendalian, rim asal digantikan dengan rim CE28N saiz istimewa. 18X9.5 dengan ET22, cukup untuk buat ia nampak gemuk. Kalau cambernya dikepakkan lagi, boleh jadi US stail dah.

mitsubishi-Evo8-mekanika (18)

Bahagian kokpit Evo memang tak perlukan sentuhan mengarut. Tak payahlah tukar tempat duduk Bride kalau ia cap ayam. Lagi baik pakai Recaro ini. Saya tak pasti scene kereta-kereta JB ni selalu kena pecah ke tidak, tetapi mungkin tidak separah KL agaknya. Ariff memasang deretan meter Defi di atas papan pemuka, timer Greddy dan RSM APEXi. Aksesori lain ialah knob Ralliart dan pemain DVD dengan monitor Pioneer AVH4150.

Kemasan luaran kereta Evo juga perlu sentuhan yang betul supaya kereta nampak senonoh. Banyak juga bodykit kereta ini yang tak boleh blah rekaannya. Baik guna lips dan splitter sikit-sikit atau jangan pasang langsung. Standard+rim+lowered sudah.

mitsubishi-Evo8-mekanika (12)

Ariff menggabungkan bonet depan dan belakang carbon Varis dengan sekeping lips karbon Varis juga. Tak dilupakan, vortex generator pada bumbung belakang. Ringkas tetapi nampak cukup kemas dengan warna putih dan spoiler belakang yang ditanggalkan.

Setiap orang ada pilihan tersendiri. Kalau ada kereta yang tidak terlalu lama usianya, praktikal untuk pemanduan harian dengan kos penyelenggaraan yang munasabah, Evo ini mungkin jadi calon teratas. Serius. Anda tidak akan menyesal beli kereta ini sebab permintaannya masih tinggi. Nak jual balik walaupun tanpa pinjaman bank pun masih senang.

[hr]GALERI

mitsubishi-Evo8-mekanika (4)mitsubishi-Evo8-mekanika (10)mitsubishi-Evo8-mekanika (13)mitsubishi-Evo8-mekanika (14)mitsubishi-Evo8-mekanika (17)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button