Modifikasi

MITSUBISHI EVO 9 WAGON – KERETA SPORT BAPA MITHALI

Mitsubishi Evo 9 Wagon, ideanya mungkin baru dan gila bagi kita. Tetapi tidak di Jepun yang mana kereta ini memang sudah ada pesaing lamanya seperti Subaru Impreza, Toyota Caldina, Stagea dan macam-macam lagi. 

Jepun sememangnya menjadi pusat R&D kereta-kereta terbaik di dunia. Pengeluar kenderaan di sana menghasilkan inovasi untuk pengikut jenama mereka atau sekadar nak mengada-ngada. Saya pun baru tahu Toyota Altezza pernah ada versi hatchback. Boleh?

BACA: TOYOTA CAMRY WAGON TURBO JDM!

BACA: PROTON SAGA KE MITSUBISHI FIORE WAGON?

Memang satu benda yang sangat baru bila beberapa tahun lepas kita nampak dalam majalah Motortrader ada orang iklankan Lancer Evolution IX dan ia sebuah Wagon. Wagon satu hal, apa yang membuatkannya lebih terhad dalam 2,500 unit pengeluarannya adalah tawaran Mitsubishi dalam versi automatik.

Ada orang menggelarkannya sebagai Evo 9 GTA. Pada hal namanya memang CT9W, tidak ada GT-A. GT-A eksklusif untuk model Evo 7 sahaja.

Kereta sebegini kebanyakannya dipilih oleh mereka yang berkeluarga. Seperti Suhaimi yang memang rasa tidak salah apabila membeli kereta ini. Tidak banyak kereta di pasaran yang menawarkan pilihan seperti Evo yang terkenal dengan kuasanya dan sistem pacuan empat (4WD) lasak.

Enjin 4G63 itu bukan sahaja senang untuk diselenggara, malah barang-barangnya pun murah seperti memandu sebuah Proton Perdana. Kuasa dan sifatnya yang tahan lasak mendorong Suhaimi untuk tidak langsung mengusik enjin tersebut yang mana semua bahagiannya kekal macam keluaran kilang.

Kereta ini digunakan sebagai kenderaan harian. Terima kasih kepada transmisi semi automatik 5 kelajuanya. Memang kotak gear INVECS yang tidak canggih. Tidak ada klac berkembar atau Direct shift yang canggih macam Volkswagen.

Nak canggih sangat, cuba anda pergi pusat servis VW tengok berapa banyak DSG yang tersadai. Gila apa dah MK 7 dah, tapi masalah kotak gear masih belum selesai  sampai sudah. Sehinggakan di China, VW macam sudah tak larat hendak panggil semula dan terpaksa membuat permintaan maaf secara terbuka. Gila apa. Kereta Jerman wooi!

Memang ada lag semasa penukaran gear sebab sistem kotak gear automatik konvensional Evo tidaklah serumit mana. Macam gerigi gear Civic, Airtrek dan model bertransmisi automatik yang lain. Transmisi ini biasanya tidak bagi masalah kepada pemiliknya. Peralihan kuasa tork sistem 4WD juga sangat lasak, memang teruja ketika memanndunya.

Kereta ini menggunakan rim Advan RG II 18 yang cantik offset dan lebarnya. Baiklah. Kalau anda rasa harga CE28 dan TE37 itu sangat merapu, sila beralih pada rim yang tak kurang menariknya macam RG, RGII atau RPF1. Masih nak yang forged penuh? Ada SE37 yang mana separuh dari harga CE dan TE.

Ini bukan main-main. Saya baru periksa TE37 15 inci nak masuk Kancil, harganya dah lebih RM4,000 dan ada yang cecah RM5,000. Pengsan. Dah masuk kawasan harga Mugen MF10L brader!

Rim ini dipasang dengan tayar Kenda bersaiz 235/40. Jangan kompromi soal suspensi sebab kereta ni memang payah. Suspensi paling best untuk Evo ialah set standardnya. Memang cukup keras, tetapi tak melantun bila lalu jalan tak elok. Masalahnya, ia tinggi. Justeru peranan suspesi boleh laras diperlukan dan tak lain tak bukan TEIN Type FLEX mengambil tempat. Apabila dipadankan dengan rim 8.5, kereta ini nampak kegagahannya.

Kit badan untuk CT9W tidak banyak pilihan sebab ia bukanlah model tumpuan tuner Jepun. Pun begitu bukanlah tak ada, kena cari dan terus mencari sampailah  Suhaimi jumpa benda-benda kecil seperti skirt dan fender Garnish ARC carbon. Di bumbungnya ada voltex generator. Benda paling rare pada Evo 9 kalau boleh pasang ialah lips karbon Ralliart. Kalau boleh dapat dengar khabar harganya sama seperti Honda EX5.

Kereta ini siap seperti seadanya. Bahagian dalam cukup dengan gajet asas seperti boost meter APEXi dan timer APEXi. Tempat duduk Evo 9 memang separuh kulit dan separuh fabrik.

Semakan tidak rasmi yang sempat saya buat mendapati harga model ini adalah  sekitar RM150,000. Memang tak masuk akal sungguh dengan pendapatan saya yang biasanya bertahan sampai 20hb sahaja ni.

[hr]Spesifikasi

Model: Mitsubishi Lancer Evo IX Wagon / 2005

Enjin: 4G63 standard

Transmisi: Semi automatik lima kelajuan dengan shiftronic

Suspensi: TEIN Type Flex

Brek: Standard CT9W

Rim: Advan RG II 18

Tayar: Kenda 235/40r18

Dalaman: Standard CT9W, Apexi timer & boost meter

Luaran: Skirting dan fender garnish karbon ARC Voltex generator

[hr]Galeri

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button