MITSUBISHI EVO IX

SHARE

Tak kisah lah sama ada anda minat atau tidak kereta yang bernama Evolution. Tetapi apa yang pasti, kereta ini sudah pun menempa nama dalam lipatan sejarah dunia pemotoran.

SONY DSC

Walaupun ia bukan kereta rali pertama yang menggunakan sistem pacuan empat roda atau enjin berkuasa turbo, kereta ini bagaimanapun telah menjadi lagenda selepas menjuarai beberapa kejohanan rali dunia. Paling penting, kereta ini boleh dibeli dan dipandu oleh sesiapa sahaja yang berduit.

Evo dan seterunya, Subaru Impreza berjaya dari segi komersial apabila ia diminati di serata dunia. Saya rasa sebabnya ada satu, kereta ini cukup mudah untuk diubah suai.

SONY DSC

Ya. Pembeli kereta berprestasi tinggi seperti ini biasanya tidak suka kereta mereka kekal standard. Apatah lagi kereta macam Evo ini mempunyai pelbagai aksesori yang mampu meningkatkan prestasi kereta dengan harga munasabah.

Kita agak jarang bertemu dengan Lancer Evolution IX, model Evo terakhir yang menggunakan enjin 4G63. Enjin itu telah digunakan oleh semua model Evo bermula daripada Evo I sehinggalah ke model ini. Pada versi terakhir, Mitsubishi telah menaik taraf enjin ini dengan kepala silinder yang menggunakan satu lagi teknologi terbaiknya, sistem MIVEC.

SONY DSC

Izwan, pemilik Evo IX ini tidak mengambil masa yang lama untuk mula memulakan ubah suai. Modifikasi yang dilakukan sebenarnya agak mudah, tetapi hasil akhirnya  memang mengujakan. Turbin TD06 asal tak diusik, tetapi turbo itu sekarang bertenggek di atas manifold tune length buatan custom yang juga menjadi rumah untuk wastegate jenis external Tial.

Semua paip intercooler asal diganti dengan paip keluli tahan karat custom yang bersambung pada sebuah intercooler HKS. Tak sah kalau kereta turbo tak ada bunyi bersin semasa tukar gear kan? Jadi untuk menunaikan permintaan itu, Izwan memilih injap blow-off daripada HKS. Kotak udara asal dibuang jauh-jauh dan diganti dengan penapis udara Hurricane.

SONY DSC

Talaan enjin dikawal sepenuhnya oleh ECU jenis programmable jenama Motec dengan pam petrol dinaik taraf kepada pam Walbro. Boost ditala pada tahap 1.4 bar menggunakan pengawal boost GReddy yang juga dilengkapi dengan butang trigger overboost.

Pelaras bahan api SARD kemudian ditambah. Jadi, sebuah penstabil voltan daripada Pivot juga mendapat tempat di dalam ruang enjin Evo ini. Untuk melepaskan asap, gas-gas ekzos disalur melalui paip tengah rekaan custom berdiamter 3.5 inci dan diakhiri dengan peredam bunyi A’PEXi.

SONY DSC

Enjin itu disambung dengan kotak gear pacuan empat roda sepenuh masa yang bertindak menyalurkan kuasa keempat-empat buah roda dengan sekata. Izwan menggunakan klac perlumbaan plat berkembar daripada Ogura sebagai ubah suai tunggal kepada kotak gear keretanya itu.

Untuk memperhebatkan lagi pengendalian kereta yang sudah pun hebat, Izwan memilih satu set penyerap hentak boleh laras buatan custom daripada Titan. Kalau nak tau, penyerap hentak jenama Titan ialah buatan tempatan 100% dan dihasilkan di belakang rumah kedai sahaja. Hebat juga orang Malaysia ni kan? Penyerap hentak ini dilaras supaya tidak terlalu rendah atau tinggi untuk keselesaan.

SONY DSC

Rim pilihan Izwan ialah rim Volk Racing CE28N berdiameter 17 inci. Tayarnya pula  Bridgestone berukuran 235/45/17. Brek Evo ini masih mengekalkan brek jenama Brembo standardnya, tetapi telah digandingkan dengan pelapik brek Endless.

Menjenguk ke ruang kokpit, ternyata Izwan lebih gemar membiarkannya dalam keadaan asal. Cukup dengan beberapa aksesori bolt-on yang saya rasa memang wajib ada untuk kereta bernadikan turbo.

SONY DSC

Antaranya ialah turbo timer A’PEXi dan meter boost GReddy. Selain itu, Izwan juga ada memasang sebuah shift light jenama Pivot sebagai petunjuk untuk menukar gear pada tahap rpm yang tepat.

Kat luar? Hmmm… Biasa la, pemilik Evo sebenarnya jarang nak letak bodykit lain sebab bodykit yang datang standard dengan kereta ni pun dah cantik. Untuk Evo IX, mungkin aksesori standard yang paling banyak kereta lain nak tiru ialah vortex generator di atas bumbungnya yang membantu kereta ni dari segi aerodinamik.

SONY DSC

Tak lupa juga, Mitsubishi ada menggunakan diffuser udara pada bampar belakang yang membantu aerodinamik kereta. Dalam erti kata lain, anda boleh memandu kereta ini pada kelajuan melebihi 200km/j serta masih rasa stabil dan selamat.

Diam tak diam, Evo IX ini kini sudah berusia lapan tahun, satu petanda bahawa kereta ini dah makin susah untuk dapatkan pinjaman.

SONY DSC

Nak tunggu harganya turun dan beli tunai? Maaf la, Evo III yang dah dekat 20 tahun itu pun orang jual dalam RM60,000. Mimpi je la…

GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

 

Share this post

scroll to top