Modifikasi

MITSUBISHI FIORE C12 WAGON – PAYAH BETUL DAH NAK JUMPA

Di Malaysia, tidak ramai si antara kita yang minat dengan kereta berbentuk wagon.

Ada lima tempat duduk juga, cuma bahagian kargo lebih panjang. Baik beli MPV terus, dapat kerusi belakang lagi sebaris. Jadi sangat tak hairanlah kalau Alza Sette boleh jual sampai berpuluh-puluh ribu unit setahun.

Stigma ini menyebabkan para pengeluar, lebih berhati-hati untuk memasukkan varian wagon dalam katalog jualan mereka. Naya jer bawak masuk banyak-banyak, tapi boleh jual. Proton sendiri pun tak berani bikin wagon. Baik buat Tiara, ada juga orang nak beli.

Dalam pada tak minat tu, ada segelintir yang melihatnya sebagai sesuatu yang unik. Airi misalnya, antara kaki keta yang obses dengan wagon. Pantang melintas, yang lepat macam kereta pasar malam pun dia kata cantik.

Disebabkan minat, tak peliklah kalau dia simpan sampai dua buah wagon di rumah. Yang baru sedikit untuk kegunaan keluarga, manakala unit lebih lama ket pula jadi kereta mainan.

Namun begitu, kereta mainan Airi bukan calang-calang. Sebuah Lancer Fiore C12 Wagon yang boleh membuatkan ramai peminat Proton Saga cemburu.

Mamandangkan ia sebuah kereta projek, proses ubah suai perlu dibuat secara beransur-ansur. Barang makin pupus der, memang makan tahun lah nak siap.

Keseluruhan bahagian luar merupakan set Fiore C12 Wagon yang lengkap. Nak bikin apa lagi, memang ini yang dicari. Moonroof berkembar itu pun memang datang sebagai standard. Apa yang Airi tambah cuma gril depan MMC, visor krom, getah pintu Lancer A174 dan tailgate dengan penggilap cermin daripada varian Wagon 4WD.

Sistem suspensi masih mengharapkan keutuhan komponen standard. Brek pun sama. Nak nampak lagi senonoh, rim asal digantikan dengan rim SSR Watanabe RS8 berukuran 16 inci bersama tayar jenis Bridgestone Turanza. Itu pun masih buatkan kereta ini nampak kecil.

Wagon ini datang dengan enjin Orion 1.5 liter yang sangat tahan gasak. Karburetor sahaja, tapi digunakan dengan meluas pada varian terawal Lancer, Colt dan Mirage. Enjin 4G15P pada Proton tu pun, asalnya dari enjin ni…

Mengekalkan enjin yang terlalu tua macam ni sebenarnya kurang praktikal. Lainlah kalau enjin itu memang jenis susah nak jumpa. Tapi dalam kes Airi, pilihan enjin yang boleh digunakan sangatlah banyak. Sampai 2-liter turbo pun ada. Tapi lepas berkira-kira pasal belanja susu anak, enjin 4G91 yang lebih murah telah dipilih sebagai ganti. Minyak mahal der nak kepish-kepish.

Keseluruhan enjin boleh dimasukkan terus tanpa perlu sebarang ubah suai. Buat masa ini, Airi belum lagi terfikir nak bikin apa-apa. Nombor kedai halfcut pun belum buang lagi.

Cuma barang jenis lusuh sahaja yang ditukar. Ini termasuklah penapis udara open pod aftermarket. Kotak gear pula dilapik dengan set klac Supertouring. Sementara ekzos menempatkan sebuah muffler kontot di bahagian belakang.

Bahagian dalam masih mengekalkan rupa Fiore Wagon yang asal. Papan pemuka, tempat duduk dan semua tiang ialah komponen standard yang masih lagi cantik.

Kalau dulu panel pintunya jenis pusing, sekarang ni dah ada suis. Barang champion lain macam stereng Fiore C12 4WD serta songkok meter Saga UK Spec yang sangat-sangat rare pun ada.

Diberitakan, kurang dari 20 buah Fiore Wagon yang masih sihat berkeliaran. Sayang benar kalau pupus dan usaha Airi menyelamatkan salah satu daripadanya, patut kita hargai.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button