Modifikasi

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION TOMMI MAKKINEN – PADU!

Sudah menjadi lumrah, model tertinggi yang diperkenalkan pada setiap varian akan menjadi penanda aras kepada para pemilik untuk cenderung ke arah itu. Jarang sangat yang minat nak patah ke belakang, kecuali di kalangan mereka yang benar-benar inginkan kelainan.

Bagi pemilik Lancer CK / CM waima EVO CN / CP sekalipun, benchmark mereka tentulah model EVO VI TME yang terus dijulang sebagai model edisi khas paling sempurna pernah dihasilkan oleh Mitsubishi. Satu dunia mengejar benda yang sama, menyebabkan kebanyakan komponennya masih bernilai tinggi.

BACA: REPLIKA EVO TOMMI MAKKINEN

Dengan niat itu juga, Abe turut menetapkan matlamat untuk menjadikan Lancer miliknya sebijik macam EVO VI TME. Makan tahun jugaklah nak siapkan, sebelum mampu berbangga dengan apa yang kita lihat kini.

Untuk luar, Abe telah menyarungkan kit badan EVO VI TME tanpa ada satu pun komponen yang tertinggal. Diselitkan juga unit sunroof EVO VI di bahagian bumbung, serta sepasang cermin sisi Ganador dengan kemasan karbon fiber.

Walaupun EVO VI TME pernah datang dalam 5 warna berbeza, pemilihan warna merah lebih mendapat tempat memandangkan ia mirip kepada jentera milik Tommi Makinen yang sebenar.

Kalau yang lain sibuk carik rim deep dish, Abe nampaknya masih berpuas hati dengan rim Enkei RalliArt yang diperolehinya. Benda boleh tahan susah nak jumpa, kena pulak dengan konsep yang dibawa. Bagi membetulkan kembali pengendalian, kedudukan kereta kini ditongkat menggunakan set suspensi boleh laras dari D&D.

Tinjauan ke bahagian dalam juga menyaksikan salinan penuh komponen milik EVO VI TME, bermula dengan papan pemuka, stereng, panel pintu, termasuk tempat duduk yang masih lagi meninggal harganya.

Kalau tak kisah kena penyakit gatal-gatal, yang copy dari Thailand pun kacak juga. Itu pun tak murah seperti yang disangka. Paparan tambahan pulak cukup dengan seketul meter boost Apexi, unit RSM serta unit SAFC II yang berfungsi sebagai alat kawalan kepada kotak ECU asal.

Umum mengetahui tentang siri 4G63T yang mesra ubahsuai. Alang-alang nak jadi EVO tu, Abe turut memilih enjin ini sebagai gantian. Memandangkan kedudukan cagaknya yang hampir sama, ia boleh dicelup masuk tanpa perlu diubahsuai. Nak dapat kelulusan pun senang. Memang rugi kalau tak guna peluang yang ada.

Kemasukan enjin ini disertakan dengan senarai tingkat taraf yang bersesuaian. Tak banyak mana, tapi ada la buat geli-geli. Antaranya penggunaan gasket keluli Cometic serta stud dari ARP.

Untuk sistem pendesak, kemasukan udara datang dari penapis udara HKS, sebelum dimampatkan oleh unit turbo TD05HR-20G. Ia masih digantung pada manifold cast iron asal, yang turut mengandungi sebuah wastegate Turbosmart Comp Gate 40mm.

Boost yang terbentuk kemudian dibawa ke unit throttle body menerusi binaan paip intercooler kustom. Lebihan tekanan yang tidak digunakan, seterusnya dilepas keluar menerusi injap pelepas Turbosmart Race Port. Memastikan enjin ini tidak kelaparan, bekalan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, sebelum dilaras menggunakan unit regulator Tomei.

Tidak cukup dengan enjin, salinan yang dibuat turut melibatkan sistem pacuan, di mana keseluruhan komponen AWD EVO VI telah dimuat naik. Memastikan tujahan kuasanya tidak sia-sia, bahagian kotak gear kini dilapik set klac jenis plet berkembar dari Competition Clutch.

Banyak ke abis nak jadi macam ni? Boleh tahan juga lah. Kalau bumper depan sebijik pun dah makan RM3.5K, kau rasa…?

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button