MITSUBISHI TRITON – EZ ROCKETZ

SHARE

Penerimaan ramai terhadap kenderaan jenis trak pikap, sedikit sebanyak mengubah corak milikan kenderaan jenis ini. Ikut akal bukan sedap mana pun, macam naik lori pun ada. Tapi dalam hal tertentu, ia sangat membantu khasnya untuk mereka yang ingin membawa barangan keperluan dalam kuantiti yang besar.

Ketika ini, pasaran trak pikap terus melonjak menerusi pengenalan model-model baru yang semakin canggih dan selesa. Kebanyakan pengeluar cuba mengubah stigma asalnya dari sebuah kenderaan utiliti kepada rekreasi.

BACA – TRITON LULUS UJIAN BORNEO SAFARI

BACA – MODIFIKASI PIKAP TRAK TRITON X2

Ada yang mula dipasangkan siap sunroof, siap paddle shift, yang lengkap dengan sistem ESC pun ada. Dah macam kereta pulak, walaupun hakikatnya ia masih menggunakan casis jenis ladder-frame.

Is memilih Triton ini bagi memenuhi keperluan dirinya sebagai kontraktor. Senang nak angkut pasir katanya. Tapi lama kelamaan, beliau tersampuk dengan dunia kelajuan hasil racunan rakan-rakan yang lain.

Dari sebuah kuda kerja, gayanya mula berubah menjadi roket yang laju. Siap main drag lagi dan pernah merangkul beberapa kemenangan yang boleh dibanggakan.

triton-mod-4

TEMA HITAM PUTIH

Ton “taik cicak” yang Is buat, sedikit sebanyak mengubah gaya penampilannya. Nampak garang juga, ditambah penggunaan aksesori jenis karbon fiber Monza untuk bahagian hood, tailgate dan spoiler.

Bagi memotong angin lintang ketika beraksi, cermin sisi digantikan dengan komponen dari Craft Square yang lebih kecil.

Mana-mana komponen yang kurang perlu juga telah ditanggalkan untuk mengurangkan lagi berat keseluruhan. Kedudukan trak kemudian diubah pada kadar yang lebih rendah, menggunakan set penyerap hentak boleh laras Winner di bahagian depan.

BACA – HILUX VERSI KAKI MODDERS 4X4

BACA – BELANTARA LAND CRUISER EKSTRIM 

Sementara belakang, lapisan spring dedaunnya perlu dialihkan ke bahagian bawah gandar sambil dibantu set penyerap hentak dari GAB.

Paling menjolok mata, rim 18-inci ala Weld Racing yang dipadankan bersama tayar premium Nitto NT420S berukuran 255/55R-18. Jangan ajak masuk site sudah, mau melecet dibuatnya.

ENJIN

triton-mod-7

Triton ini dibekalkan dengan enjin turbo diesel 4D56 yang dilengkapi unit turbo jenis VGT. Bagi meningkatkan lagi kuasanya, ia perlu melalui fasa tingkat taraf yang bersesuaian seperti penggunaan unit crankshaft yang diringankan, proses port & polish kepala silinder, termasuk padanan set camshaft kustom dan spring injap titanium.

Unit turbo VGT yang sememangnya bijak, terus dikekalkan. Berbanding unit turbo biasa, turbo jenis ini mempunyai kebolehan untuk mengubah saiz geometri di bahagian perumah turbinnya mengikut putaran enjin. Tak kisah rpm berapa pun, kadar putaran turbin ini akan sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Bagi menggalakkan lagi proses pembakaran, kemasukan udara kini disejukkan oleh sebuah intercooler kustom yang lebih besar.

Bekalan disel diperkuatkan dengan beberapa komponen penting seperti pam Bosch 910, pam common rail 3 rotor dan unit SVC berprestasi tinggi, sebelum ditembak menggunakan set nozzle GTX V1.

Bagi mengatur semula perjalanan enjin, kawalan elektronik dibuat menggunakan unit piggyback Alpha Tech Like Box dan Ecu-Shop Boost Speed.

Tidak ketinggalan perubahan pada kotak gear, yang katanya menggunakan torque converter dari enjin Toyota 2JZ-GTE. Yang ni kami tak kaji lagi. Harap-harap boleh membantu memberi respon yang lebih mantap.

DALAMAN

triton-mod-3

Ruang ini dipertingkatkan menerusi penggunaan pelbagai komponen aftermarket yang bersesuaian. Paling jelas kehadiran seketul tempat duduk bucket Bride Low Max di bahagian pemandu.

Bentangan papan pemuka mengandungi stereng dari OMP, termasuk trim karbon fiber di bahagian tengah dan konsul gear. Aspek pemantauan pulak datang dari meter blower Auto Meter, meter suhu Apexi dan unit integrasi Alpha Gauge.

 

 

(Visited 529 times, 14 visits today)

Share this post

scroll to top