BUKAN ACAH-ACAH POWER, MYVI+K3VET MEMANG POWER!

SHARE

Permulaan cerita ni agak sentimental sikit, bagaimana seorang anak berusaha menjaga kereta peninggalan arwah ayahnya sebaik mungkin. Memandangkan dia sendiri dah ada kereta lain, ia kemudian diserahkan kembali kepada ibu dan adiknya untuk digunakan sebagai kenderaan keluarga. Okey, insaf kejap…

Myvi kalau sehari tak jumpa atas jalan, memang boleh menimbulkan rasa pelik. Pergilah ke mana sekali pun, kelibatnya pasti mudah ditemui. Formula rekaannya yang tepat, menyebabkan ia sangat popular di negara ini. Dah dekat sejuta pun terjual. Jangan kata awek baru dapat lesen, yang sado-sado pun ramai memilih Myvi sebagai kereta harian.

Sebagai model saduran, menjeponkan model ini sememangnya mudah. Banyak komponen gantian yang boleh ditemui. Runer-runner kedai potong pun ramai yang kaya raya kerana Myvi. Jangan kata Passo / Boon, varian Hana yang tak berapa nak ngam tu pun ada yang sanggup beli. Potong pun potonglah, janji jadi Doraemon!

Pendekatan Hasrul (bukan nama sebenar) bagaimanapun agak berbeza. Kalau ada yang perasan, Myvi ini sebenarnya masih menggunakan kit badan SE yang asal. Kasi orang tua pakai boh, takkan nak bikin lebih-lebih. Dibuatnya kantoi kat ngan sarjan misai, saja jer kena ceramah…

Kerana itu, usaha mencantikkan semula kereta ini difokuskan kepada penggunaan cat yang berkualiti. Giler punya memanchor, sampai bayang gua amik gambo pun nampak. Ini diikuti penambahan beberapa komponen hiasan seperti corong udara, spoiler TRD dan cermin sisi Ganador karbon fiber, skup udara YRV serta lampu belakang Passo 07.

Baju dah cun, tapi kalau masih dengan selipar 14 rawang mana nampak sokan. Kasut 16-inci Volk Racing TE37 telah dipilih dan dipadankan bersama tayar Toyo Proxes T1R berukuran 205/45R-16. Kedudukan kereta kemudian dibetulkan semula hasil pemasangan set suspensi boleh laras HWL. Komponen brek depan masih dikekalkan, kecuali belakang yang menerima set brek cakera Honda Civic SR3.

Kuasa enjin disegarkan semula menerusi penggunaan enjin turbo popular di kalangan peminat spesis kompak, jenis K3-VET dari Daihatsu YRV. Seperti dijangka, enjin ini juga sekadar disalin dan tidak dibikin sewenang-wenangnya. Yang ada hanyalah penapis udara Blitz dengan ram udara kustom, sambungan paip intercooler kustom, serta injap pelepas GReddy Type FV.

Sementara unit AFC Neo Apexi, membantu membetulkan parameter enjin dan kadar guna petrol dengan lebih tepat. Bersama kotak gear Tiptronic yang dibekalkan, ia mampu menghantar kuasa pada julat rpm yang lebih besar.

Tidak seperti peminat tegar Passo/Boon yang lain, ruang dalaman Myvi ini juga agak ala kadar dan masih mengekalkan kebanyakan komponen asal. Dua harga yang berbeza, kenapa bayar lebih? Takde Momo Euro riban-riban, tapi digantikan dengan stereng tiptronic Toyota Celica.

Tempat duduk depan pulak jenis Recaro yang lebih kepit. Diikuti rangkaian gajet elektronik seperti pemasa enjin Apexi, meter Defi, serta unit AFC Neo Apexi yang disebut tadi…

BACA: PERODUA MYVI RACY

BACA: MYVI STAIL DAIHATSU BOON X4

 

 

 

 

 

Share this post

scroll to top