NISSAN GT-R DARI BULLETPROOF AUTOMOTIVE – 100% GENTIAN KARBON! (OK. MUNGKIN 90%)

SHARE

Ini adalah salah satu kereta sports yang cukup digemari rakyat Amerika. Ia murah (di Amerika) dan berbaloi dengan kuasa yang ditawarkan. Walaupun sesetengah geng Porsche mengutuk GT-R selaku kereta murah yang cuba menyaingi 911, itu tak jadi masalah. Kereta ni tetap laku di Amerika.

Yang mengutuk tu pun kadang-kadang pakai Cayman pekak je pun, lagi hina bila pakai Boxster klon, tak pun sambung bayar, tak pun piang lari finance.

Baiklah, motif utama projek dari Bulletproof Automotive ini ialah mengurangkan berat sebuah Nissan GT-R. Memang semua orang tahu bahawa GT-R sebuah kereta sports yang berat. Pada 1,740kg, ia 300-400kg lebih berat berbanding purata kereta sports dalam kelasnya.

Tapi itu bukanlah masalah besar kerana kereta ini mempunyai peralatan prestasi tinggi yang banyak. Jadi apa tujuan lain Bulletproof Automotive?

Mereka nak jadikan kereta ni kelihatan lebih cantik dan mahal. Dengar apa kata Ben Schaffer, CEO Bulletproof Automotive yang mukanya  sangat skema seperti seorang kerani pejabat tanah tapi mengetuai firma automotif yang disegani.

BACA: KENAPA NISSAN GT-R BEGITU BERKUASA?

Menurut Ben, mereka sudah berjaya mengurangkan berat kereta ini sebanyak 200kg hingga 220kg hasil dari penggunaan gentian karbon kering (dry carbon) seperti yang dapat dilihat. Bahagian luar menyaksikan semua panel badan dari hadapan hingga ke spoiler belakang dibuat semula dengan gentian karbon.

Tak cukup? Rim asal juga telah digantikan dengan ri, buatan gentian karbon oleh Carbon Revolution. Model CR-9 ini kemudiannya dibalut dengan tayar NItto NT-01 bersaiz 285/35 didepan dan 315/30 di belakang. Tayar ini didakwa jauh lebih ringan dari tayar run-flat asal. Ia juga lebih mencengkam dan kompaun getahnya lebih lembut.

Menariknya lagi, bahagian dalaman masih lengkap sebagai sebuah GT-R standard keluaran kilang. Kereta ringan biasanya dah togel bahagian dalamannya tetapi Ben memberitahu mereka mahukan sebuah kereta yang lengkap.

Ia mesti kelihatan mewah justeru beliau mendapat inspirasi dari Pagani. Jika anda kenal kereta Pagani, ia adalah kereta yang banyak peralatan karbon. GT-R ini mendapat ilham kabin yang sama menerusi setiap bahagian plastik dan vinyl yang boleh dibuka digantikan dengan gentian karbon.

Di bahagian enjin, ia dihiasai dengan aksesori titanum dengan peningkatan kuasa dalam pakej SPL Power System – pakej peningkatan enjin kelas pertengahan dari Bulletproof Automotive.

Set pengendalian GT-R ini juga telahg ditingkatkan dengan suspensi bolehlaras Sach. Ia adalah suspensi yang sama dipasang pada GT-R NIsmo – Z Tune pasukan yang digunakan oleh pasukan perlulmbaan Nismo GT Team. Akhir sekali ialah sistem brek Carbon SL dari Overtake.

Nah, tengok video ni untuk lebih faham.

GALERI

Share this post

scroll to top