NISSAN GTR 720 HP CABAR MCLAREN 720S – SIAPA LAGI LAJU? (VIDEO)

SHARE

Jika dilihat dalam laman Youtube, ramai betul yang ingin mengalahkan McLaren 720S dan mencari kereta mana yang berkemampuan untuk mengatasi kehebatannya. Sudah tentulah model yang dipilih mesti mempunyai kapasiti yang hampir sama. Seperti kata Pak Amid, mana aci kalau nak banding Tiara hibrid dengan Zonda R.

Kali ini pencabar McLaren 720S ini ialah Nissan GTR. Siapa tak kenal Nissan GTR boleh berhenti membaca dan pergi chatting di ‘wicet’. Sepertimana yang kita ketahui GTR mempunyai potensi naiktaraf yang tidak terbatas. Kalau setakat modifikasi 700-800 bhp tu dah biasa sangat kita dengar pada sebuah Nissan GTR. Itu belum termasuk GTR yang digunakan untuk perlumbaan drag.3

Bagi mencabar 720S ini, GTR dalam video telah dinaiktaraf dengan modifikasi bolt-on sehingga mampu menghasilkan 625 bhp (hampir menyamai kuasa 720S) dengan menggunakan bahan bakar E85. 720S pula merupakan stok standard tanpa sebarang modifikasi.

BACA: 3 PERKARA YANG MEMBUATKAN NISSAN GTR NISMO SANGAT LUAR BIASA

Terima kasih juga kepada pemilik kereta-kereta ini kerana sudi berkongsi video ini untuk kita semua. Kalau tidak biasanya kena tunggu perlumbaan seperti ini muncul dalam siri TV Top Gear ataupun The Grand Tour. Bukan senang nak buat ujian dengan kereta-kereta mahal macam ni. Kalau kat Malaysia, pujuk keluar airmata darah pun jangan harap pemiliknya akan benarkan.

Macam mana hasilnya setelah beberapa ujian dilakukan. Ujian meliputi pecutan dari 0 km/j sehinggalah ujian pecutan sambil bergerak. Hasilnya bagaimanapun tetap sama. Kalau nak tau keputusannya sila tonton video di bawah. Korang agak siapa yang menang?

 

 

Share this post

scroll to top