SILVIA S15 – BERAKHIRNYA LAGENDA SR20DET

SHARE

Kereta ini direka oleh jurutera yang suka kereta. Tak berapa ada duit, malam-malam race haram di lebuh raya Tomei, anti kedai fibre, hujung minggu pergi cari rim FR dan di rumah tonton D1GP.

SONY DSC

Itu membolehkan S15 lahir dalam dunia moden yang mana orang bila cakap pasal FR, mesti ingat BMW atau Mercedes. Ini kereta sports murah yang boleh dibeli oleh pekerja McDonalds daerah Koganei atau kakitangan Tokyo Disneyland.

BACA – COROLLA WAGON SR20DET

Kereta ini memang disasarkan untuk golongan street racer, basic dan tidak ada apa-apa yang menarik pun kalau nak berlagak bawa pergi pejabat. Namun, kegemilangan itu dah berlalu apabila pengeluarannya ditamatkan.

SONY DSC

Itulah kehendak industri. Saya rasa pasukan jurutera yang buat kereta ini sama ada kerja di supermarket atau balik ke Fukuoka tanam padi. Mereka bukan jurutera yang hendak buat projek Sylphy atau Grand Livina.

Baiklah, kalau ada duit, rasa nak beli kereta sport yang casisnya tidak setua RX7, Silvia S15 adalah jawapannya. SR20DET, tarik belakang, 50-50 dan boleh drift kalau suka.

SONY DSC

Tetapi di negara kita yang keretanya mahal-mahal belaka, S15 bukanlah tergolong dalam kereta murah. Nak beli pun kena ada deposit yang besar walaupun harganya dah dapat bawah RM100,000 untuk model pekak.

Sekarang saya tengok Spec R 6 Speed pun dah tak mahal sangat. Tapi harga bukanlah mesra sangat kalau dibandingkan dengan jumlah pinjaman yang bank bagi. Pendek kata, kalau berangan nak dapat pinjaman penuh, baik baik beli Myvi.

SONY DSC

Pemilik S15 ini saya jumpa di Ampang. Seorang kontraktor berjaya, Sham suka-suka beli Silvia ini empat tahun lepas sebab minat dengan karekternya. Kereta ini body tahun 2003 dan didaftarkan pada tahun 2008.

Biasanya ubah suai enjin pada model ini memang minimum. Enjin SR20DET sudah sedap, jadi ubah suai lebih kepada alat ganti jenis bolt on. Banana manifold turbo, blow-off Greddy, intercooler kit Greddy dan wastegate Tial. Aksesori kecil yang lain ialah oil cap Nismo dan air filter HKS.

SONY DSC

Masa klac dah menipis dulu, Sham gantikan dengan klac HKS Twin plate. Ia tidaklah menyebabkan kelajuan bertambah seperti yang selalu didakwa, tapi cukuplah setakat nak elakkan spinning yang tak perlu apabila memecut. Akhir sekali, set Ekzos Titanium TRUST.

Semasa kereta ini dibeli dulu, bodykit sudah dipasang di Jepun. Memang tidak dapat dinafikan, bodykit S15 memang banyak dihasilkan kerana bentuknya yang senang dimodifikasi.

BACA – KITA LUPA TENTANGNYA, SILVIA S14

BACA – SPEC R, SILVIA TERBAIK DALAM PRODUKSI

Untuk memastikan rendahnya padan dengan kereta, rim oren Buddyclub P1Racing QF dipasang. Spesifikasi rim pun lain macam, 17 dengan lebar 9 inci dan offset 28. Kalau kasi camber -5 memang menarik, automatik jadi USDM.

Silvia ini direndahkan dengan suspensi boleh laras TEIN Type Flex di segenap sudut. Brek asal tidak digantikan dengan AP Racing atau Brembo palsu yang banyak betul dijual di Sunway sekarang. Sebaliknya Sham menggantikannya dengan brek R33 Skyline GTS. Walaupun tidak ada tulisan Brembo atau Wilwood, kualiti berhentinya lebih meyakinkan.

SONY DSC

Bahagian dalaman kereta ni dibuat semula dengan sepasang tempat duduk Sparco bucket. Aksesori dalamannya pula ialah stereng Vertex, Apexi AVCR Digital boost controller, Defi Link Digital meter, Apexi Timer Digital, tombol gear Nismo dan sistem bunyi Alpine, lengkap dengan monitor.

SPESIFIKASI

Model: Nissan Silvia S15, 2003/2008

Enjin: SR20DET, Greedy inter cooler kit, HKS Air filter, Greedy blow off valve, Tial wastegate, Nismo engine oil cap, banana ekzos, titianium paip sampai muffler TRUST

Kotak gear: Klac HKS Twin plate

Suspensi: TEIN Type flex boleh laras

Brek: Skyline R33 GTS dengan pad Endless

Rim: Buddy club P1 Racing QF

GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

(Visited 1,562 times, 13 visits today)

Share this post

scroll to top