Artikel PilihanModifikasi

PENIPUAN DI SIANG HARI – LAMBORGHINI DIABLO PALSU DENGAN ENJIN BMW V12

Sewaktu Abang Japar menerbitkan majalah modifikasi dulu, pergi ke pameran modifikasi Indonesia adalah yang paling Abang Japar suka. Tahap kreativiti diorang memang tak terjangkau dek akal.

Kereta sedan jadi coupe/spider tu biasa, kereta hatchback jadi wagon pun biasa. Mereka juga mampu bina kit car dalam ertikata sebenar. Mereka boleh buat sebuah Bugatti CVeyron menggunakan kerangka kereta Mitsubishi Galant.

BACA: DIABLO SEBENARNYA PAKAI LAMPU NISSAN

Dan dunia kereta replika ini lebih luas dari itu. Di United Kingdom, sebuah Lamborghini Diablo telah diiklankan untuk dijual. Bila melihat pada harganya macam tak masuk akal.

“dah kenapa murah sangat?”

Sebenarnya, ini bukanlah Diablo sebenar. Ia sebuah kereta replika yang dibina semula dari kerangka kosong.

Ia digelar Lamborghini Diablo GT Final Edition yang direka oleh bengkel Parallel Designs.

BACA: FERRARI TIPU TOYOTA MR2

Pada harga 37,500 GBP atau sekitar RM200,000, “Diablo” ini dikuasakan oleh enjin BMW 5.0 liter V12 dan dipadankan dengan transmisi manual daripada Audi.

Bahagian dalamannya merupakan salinan terus daripada model Diablo sebenar. Parallel Designs memberitahu, kerangka kereta ini direka mengikut acuan Diablo sebenar. Ia mempunyai dimensi dan ukuran setepat kerangka asal.

Di UK, kereta ini telah diluluskan dan dibenar untuk dipandu di atas jalanraya awam.

Katakanlah kau ada RM200,000, nak beli ke?

Kalau Abang Japar, RM20,000 pun tak bayar. Kah! kah! Kah!

 

 

 

 
 
Google ads
Back to top button