Modifikasi

PERODUA KANCIL AVANZATO R

Kereta ini mengingatkan saya kepada awal-awal musim Perodua Kancil ‘dimainkan’. Waktu itu, semua orang terpaksa membayar harga super tinggi untuk aksesori yang susah nak dapat.

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (9)

Kepada golongan die hard fan, harga bukanlah lagi satu halangan apabila siapa yang dapat dulu, dialah yang jadi dewa. Untuk mencapai status ‘king’ bukan senang, kena pandai bodek kedai potong, tunggu depan kontena bila tong turun dan jadi orang pertama yang melompat masuk rembat apa yang patut. Saya syak masa ini Bank Rakyat tersenyum gembira.

Berbelas tahun kemudian, harga pasaran bagi barang- barang Kancil tidaklah semakin turun. Tapi kalau anda tak biasa dengan kereta kecil ini, jangan harap semua barangnya boleh dibeli pada harga murah.

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (4)

Ada juga harga aksesorinya semakin mengarut macam reflektor Avanzato belakang dan antena Toshiba twin blade. Dua barang ini boleh beli sebuah Honda EX5 baru di Kedai Motosikal Tenaga, Cheras.

Karut? Ya. Memang karut sekali kalau mengambil kira benda yang dicari ini sekadar aksesori dan tidaklah terlalu berfungsi. Ia tidak serupa lampu belakang 510 SSS atau spoiler KPGC10 yang seluruh dunia berebut. Walaupun benda ni berlaku hanya di Malaysia, kuasa beli yang tinggi dalam kalangan pemain K-Car ni menyebabkan harganya terus melambung. .

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (13)

Macam musim pula, apabila ramao rakan saya di Facebook berkongsi koleksi rare yang mereka ada. Bukan guna pun, simpan bawah katil sahaja. Barang-barang ini tiada inflasi. 10 tahun lagi saya rasa boleh buat modal down payment Audi A4 TFSI. Itu maksudnya harga yang meningkat lebih pantas daripada seketul emas.

Sebagai menyokong industri JDM yang tidak pernah mati, Ramlan membuktikan sebuah Kancil pekak 850 tahun 2003 masih lagi mampu bergaya dengan segerombolan aksesori yang dipasang padanya.

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (1)

Kereta ini masih bergerak dengan enjin standard sebab setiap bulan dan tahun terpaksa kumpul duit buat body. Bila rasa dah siap, ada saja barang rare yang ditemuinya. Sebagai contoh, tak ramai yang masih setia dengan PCD 110mm Kancil. Kereta ini sebenarnya masih menggunakan PCD asal dengan rim 14 inci TE37 original. Susah nak dapat dan harganya sangat subjektif.

Bahagian dalaman dan kosmetik menjadi sasaran utama apabila kita bercakap tentang konsep JDM. Pada peringkat ni, tengok dalam saja dah boleh justifikasi berapa banyak yang telah disalin.

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (17)

Papan pemuka L5 dengan trim walnut berganding dengan stereng, panel pendingin hawa dan kandang tepi. Tali pinggang keledar, panel pintu, trim switch, tempat duduk  L2 Limited, pemegang minuman, tong sampah, bumbung ombak, laci sikat, karpet merah pada but belakang, reading light, lampu peta dan semua pillar cover.

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (8)

Sistem audio juga diselaras dengan jenama Carrozzeria yang terdiri daripada pemain utama Pioneer, tweeter dengan stand, crossover mini, speaker tiang gol Carrozzeria dan speaker pintu.

Kosmetik luaran pula melibatkan peralatan asas bodypart Mira L200S. Mira lampu kaca ini memang paling simple. Apabila dipadankan dengan aksesori, kereta masih tak nampak melampau.

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (3)

Ia kemudian digandingkan dengan skirt Kei S-mode dengan spoiler belakang J-Mode. Refelktor Avanzato pada tailgate belakang tu kalau kena curi mungkin boleh buat pemiliknya bunuh diri. Aksesori lain ialah arrow wing wiper PIAA, door handle krom, antena krom, skup udara krom dan cermin depan jenis dua tona. Warna, tembak fire red.

Kereta ni bukan dibuat untuk pretasi. Enjinnya masih stok Kancil 850 yang masih sejuk pendingin hawanya. Suspensi yang digunakan ialah daripada L200S. Bukan sebab nak keras saja, tapi nak nampak rendah sikit dengan rim 14 TE37 dan tayar Bridgestone 165/55r14 tadi. Simple yet looks good.

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (12)

Di tengah-tengah keributan USDM, performance, Itasha, custom, klasik dan kereta trek,  nampaknya trend JDM masih lagi mendapat perhatian segelintir kelompok kecil. Saya jenis beli rim JDM tak apa lagi, lebih daripada itu rasa macam tak padan dengan duit yang penat nak cari. Tapi tak main langsung pun tak boleh sebab bukannya kerja majalah Mangga!
[hr]GALERI

Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (5)Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (11)Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (15)Perodua-kancil avanzato-r-mekanika (18)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button