Modifikasi

PERODUA KENARI ADAMS DIGITAL

Tahukah anda bahawa setiap hari ada sahaja kereta audio baru yang dibina? Ya. Ia satu perkembangan menakjubkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

perodua-kenari-adams-digital-mekanika (9)

Realiti bahawa audio kenderaan adalah satu industri besar yang tidak hanya berkisar dalam kalangan peminatnya sahaja. Dengan harga yang semakin kompetitif, anda tidak perlu menjadi peminat audio tegar untuk membeli sepasang speaker mid komponen, sebuah sub dan sepasang amp untuk menguasakannya.

Namun, bagi pembina audio yang tidak pernah berhenti memeriahkan dunia malam minggu dengan dentuman bass yang jitu, pastinya melihat peluang persaingan ini sebagai satu kelebihan buat mereka.

perodua-kenari-adams-digital-mekanika (4)

Kereta binaan SPL kini juga sudah tidak lagi dianggap luar biasa. Pencarian kami tidak hanya menemukan variasi di lokasi super maju di Lembah Klang, perjalanan hingga ke Batu Bahat juga membuktikan bahawa peminat SPL kini ada di mana-mana.

Kereta ini dibina oleh Adams Digital menerusi salah sebuah cawangan pengedarnya di sana. Melihat dari luar, tiada siapa sangka bahawa Kenari ini telah dibina dengan begitu ekstensif. Sebaik but belakang dibuka, kelihatan gugusan speaker yang lengkap. Dentuman yang dihasilkan seindah komponen yang dipadankan.

perodua-kenari-adams-digital-mekanika (11)

Sistem kereta ini dibina bermula dengan pemain cakera padat Pioneer DEH3050UB. Penalaan frekuensi bunyi seterusnya dipertanggungjawabkan kepada dua buah pre-amp Adams ADP100MS yang berkemampuan menala 7 laluan freekuensi berasingan. Kedua-dua unit ini dipasang dengan laluan yang berbeza, satu untuk sub dan satu lagi untuk midbass dan tweeter.

Secara teorinya, penapis frekuensi 7 band kelihatan tidak berguna apabila ia digunakan hanya untuk menapis frekuensi sub. Namun dalam banyak situasi, ia adalah cara paling murah untuk mematikan terus signal yang tidak diperlukan yang dihasilkan oleh amp.

perodua-kenari-adams-digital-mekanika (22)

Jika sub dikawal oleh pemain sahaja, nescaya masih ada frekuensi di atas 100hz yang bakal ‘terlepas’. Ia tidaklah banyak tetapi dengan hanya sekitar beberapa ratus ringgit, fungsi pre-amp ini memang berbaloi lah.

Sebanyak empat buah sub Adams Digital EX100 dipasang di bahagian belakang Kenari ini. 12 inci dan empat unit bukanlah satu masalah untuk sebuah Kenari yang tinggi. Ia dipasang dalam kotak-kotak binaan khas yang ditebat sepenuhnya.

perodua-kenari-adams-digital-mekanika (20)

Ia dikuasakan oleh sebuah amp kelas monoblok daripada model EAM2400.1D. Produk Adams memang terkenal dengan keupayaan SPL. Mana-mana amp kelas D mereka dikatakan antara yang paling stabil dalam industri audio SPL.

Pembinaan di belakang juga melibatkan komponen midbass yang disatukan dengan horn tweeter. Empat buah midbass Adams EX600 dipasang di bahagian atas kotak sub tadi bersama dengan sepasang tweeter di kiri dan kanannya.

perodua-kenari-adams-digital-mekanika (17)

Kuasa diperoleh daripada sebuah amp 4 saluran Adams ADS80-4 yang dipasang di bahagian dalam kenderaan. Di belakang kotak speaker tadi dengan lingkaran pendawaian yang kemas (tetapi mungkin kurang teratur)

Kemasan audio seterusnya termasuklah beberapa lingkaran lampu LED yang dipasang di sekeliling sub dan pemuka pintu. Padanan ini mencakupi aspek estetik kecil yang turut menyumbang kepada penampilan kereta ini secara keseluruhannya.

perodua-kenari-adams-digital-mekanika (3)

Bahagian luar kereta ini dikemaskan dengan spoiler double layer dan bumper belakang Aerodown RS. Keseluruhan kereta direndahkan dengan pegas gegelung sport dan rim asal 14 inci digantikan dengan rim replika Volks Racing TE37V berwarna putih.

Audio kenderaan ialah dunia tersendiri yang kian digilai ramai. Ia adalah hasil usaha berterusan pihak pengedar, penjual, pemasang dan pengguna.
[hr]GALERI

perodua-kenari-adams-digital-mekanika (1)perodua-kenari-adams-digital-mekanika (6)perodua-kenari-adams-digital-mekanika (12)perodua-kenari-adams-digital-mekanika (13)perodua-kenari-adams-digital-mekanika (14)perodua-kenari-adams-digital-mekanika (16)perodua-kenari-adams-digital-mekanika (23)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button