Modifikasi

PIKAP OLDSKOL DATSUN SUNNY GB120

Olskool? Kereta apa yang ada dalam wishlist anda? Saya yakin Hakosuka mesti tersenarai. Untuk beli KPGC10, statusnya adalah mustahil sama sekali. Tetapi masih boleh dibeli dengan beberapa cara, termasuklah menggunakan AP pelajar. Ini saya jelaskan pada akhir artikel nanti.

Datsun GB120 Sunny bukanlah kereta yang best pun masa dulu. Pada yang tak tahu, banyak pikap ini didaftarkan sebagai kenderaan komersial untuk bawa barang. Masa kereta ini dibuat selepas perang dulu pun, Jepun memerlukan pengangkutan yang efisyen berenjin petrol kecil. Jadi pikap macam ini menjadi idea para pengeluar di sana.

BACA: RESTORASI MAZDA UTE 1000

Setengah dekad kemudian, pikap ini jadi viral dan harganya meletup tak disangka-sangka. Beli yang nak runtuh pun harganya lebih RM20,000 paling murah. Itupun kalau dapat. Hendak jalan singkat, beli saja yang dah siap tapi memanglah mahal. Kalau rasa tak mau sakit kepala itu saja caranya.

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNYDatsun milik Ken Yeap ini antara yang terkenal di KL. Kalau anda pernah dengar BWB (Backwheel Bit**es), itulah kelab mereka. Berbeza dengan kelab yang menyatukan ahli dari satu model kereta, BWB pula tak ada jenis kereta yang spesifik, janji olskul. Seperkara yang menarik tentang BWB ialah mereka ni kerjanya melepak saja. Kadang-kadang saya pelik masing-masing ni tak ada kerja ke apa?

Jarang-jarang orang buat trak tahun 1972 bagi laju. Nak dapat body pun sekian susah, sebab itu saya yakin ramai yang lagi tak tidur malam kalau parking kereta ini di luar rumah, berbanding parking sebuah GTR.

BACA: CELICA TA22 1000 KUASA KUDA!

Apa yang buat saya lebih respect kereta Ken Yeap ialah dia pandu kereta ini setiap hari. Kereta belasahan yang dibeli, dimodifikasi dan digunakan setiap hari, perkara  yang jarang pengumpul (collectors) buat.

Dalam hud depan terletak sebuah enjin A15 asal yang telah menjalani proses port dan polish pada kepala silindernya. Penutup rocker itu buatan Tomei yang rare, tapi saya dengar dah ada pula yang cap ayam sekarang.

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNYMenyuapkan bahan api pada enjin 4 silinder OHV ini ialah dua buah karburetor Mikuni yang disambung dengan mulut trumpet udara individu. Tengok enjin ini boleh buat air mata menitik kalau banding dengan enjin Ford Ranger keluaran 2013 saya yang tak pernah kena basuh pun. Adoiii!!!!

Serius tentang kuasa? Ken Yeap memesan kotak gear jenis Dogleg lima kelajuan yang dikatakan pilihan terbaik untuknya. Sesalur ekzos pula keluar menerusi manifold custom 4-1 dan diakhiri dengan peredam bunyi Super Trapp. Bunyinya garing betul!!!!

BACA: BLUEBIRD 510 COUPE RESTOMOD

Untuk tujuan kosmetik, ada dua perkara yang penting mesti dibuat pada trak kecil ini. Pertama, mesti lowered dan kedua rim mesti champion. Merendahkan kereta berteknologi klasik agak senang kerana bahagian belakang dipasang dengan lowering block 3 inci.

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNYSementara bahagian depan digantikan dengan set adjustable kedai potong dengan pillowball mount. Bahagian depan boleh masuk apa saja model asalkan panjangnya lebih kurang sebab ia hanya memegang hub brek dan tierod stereng. Sangat asas.

Rim pilihan Ken ialah Enkei Apache yang pada pendapat saya padan sangat dengan bentuk kereta ini. Bersaiz 13X9, ia rim zaman batu yang bukannya model moden klasik buat semula. Jadi ia lagi rare, lagi mahal dan lagi susah dapat.

Kelebaran rim tadi memaksa fender arch dikembangkan dengan arch custom mengikut lengkok badan kereta. Kit depannya pula dipasang dengan muka Hakosuka dengan sekeping bajak sawah untuk melengkapkan pakej kosmetik keseluruhan. Akhir sekali warna kuning. Settle.

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNYIngat pasal Hakosuka yang saya bagitau tadi? Kalau ada duit, boleh beli kereta ini dari Jepun dan uruskan dengan AP klasik. Boleh mohon dengan MITI,  tapi proses turun naik pejabatnya makan masa lama.

Itu masalah pertama, masalah kedua ialah Hakosuka sekarang sangat mahal. Harganya meningkat setiap tahun. Badan asal KPGC10 GTR paling bangang siap Shaken pun dah 8 juta yen, hampir RM260,000 duit Malaysia. Kalau yang fully restored sekarang berbelas juta harganya kalau nak tau. Lagi mahal daripada  GTR 35 baru!

Nah. Nak beli ke tak?

GALERI

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button