Modifikasi

PROTON SATRIA NEO ENJIN ‘TERBALIK’

Enjin bagi saya adalah satu keajaiban kejuruteraan buatan manusia. Sebabnya, enjin ialah sebuah relau pembakaran terkawal di mana berlaku letupan di antara bahan api dan udara bagi menghasilkan kuasa kinetik. 

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (3)

Bayangkan sebenarnya kita memandu kenderaan yang dipacu oleh sebiji ‘bom’! Saya mesti memberi penghormatan tertinggi kepada Karl Benz, jurutera Jerman yang mencipta enjin pembakaran dalaman yang kini berada dala, semua jenis kenderaan di dunia.

Kita memerlukan sumber bahan api, udara dan mampatan bagi menghasilkan letupan. Letupan yang kuat, lebih banyak tenaga dihasilkan. Jadi modifikasi untuk menghasilkan kuasa tinggi daripada enjin sebenarnya adalah modifikasi untuk menguatkan lagi letupan campuran petrol dan udara di dalam enjin.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (13)

Cara paling mudah, sumbatkan turbo atau supercharger yang menambah jumlah udara ke enjin dalam jumlah yang tinggi bagi mendapatkan letupan yang besar. Bagi enjin N/A, cara terbaik adalah memastikan enjin mampu menyedut udara dengan jumlah yang besar tanpa sebarang halangan.

Pada zaman dahulu, cara ini dilakukan dengan menggantikan karburator enjin lebih besar. Misalnya karburator buatan Weber, Mikuni atau Del’Orto.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (18)

Haa… Macam Proton Satria Neo ini. Ubah suai yang dilakukan kepada enjinnya hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh pengubah suai enjin zaman dahulu, tetapi guna teknologi moden.

Modifikasi yang dilakukan agak ekstrem, mungkin yang pertama seumpamanya. Mula-mula, saya ingatkan enjin Campro asal masih ada. Kemudian saya perasan kenapa manifold ekzosnya di belakang? Selepas berbual dengan pemiliknya, Saiful, barulah saya tahu cerita sebenarnya.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (19)

Saiful menggunakan blok dan kepala silinder enjin 4G93 yang berasal daripada keluarga enjin Proton Putra atau Satria GTi, sebelum menggabungkannya dengan kotak gear standard Satria Neo CPS!

Sebab itulah blok enjin ini kelihatan ‘terbalik’. Cagak enjin buatan custom terpaksa dibina bagi memuatkan blok enjin pada chasis Neo. Enjin ini juga banyak diubah suai dari segi dalamannya. Semua omboh diganti dengan omboh mampatan tinggi daripada CP berdiameter 81mm. Bearing utama enjiin pula diganti kepada bearing ACL.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (25)

Kepala silinder enjin mendapat khidmat sepasang aci sesondol jenis perlumbaan jenama Tomei 316° yang datang lengkap dengan spring injap. Kepala silinder itu pun sudah menjalani kerja-kerja port dan polish. Sepasang cam pulley jenis boleh laras daripada Works turut digunakan.

Bagi memastikan enjin dapat menyedut udara semaksima mungkin, Saiful memilih untuk memadankan throttle body jenis individu (individual throttle body atau ITB) buatan custom bagi setiap liang port kepala silinder enjin. Tidak ada penapis udara digunakan di sini, cuma ‘trumpet’ aluminium custom yang mampu menyalurkan udara dengan baik kepada throttle body.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (23)

Pelaras bahan api SARD dan rel bahan api Works digunakan bagi menyalurkan bahan api kepada satu set alat pancitan bahan api 390cc. Pam bahan api dipertingkatkan kepada pam bahan api bertekanan tinggi daripada Walbro 255lph.

Enjin ini diselaraskan operasinya menggunakan alat ECU boleh program sepenuhnya daripada MicroTech LT10. Semua kabel plug digantikan dengan kabel silikon buatan Ultra bersama palam pencucuh NGK. Igniter jenama X4 kemudian dipasang bagi memastikan aliran voltan elektrik kepada palam pencucuh berada dalam keadaan stabil dan berarus tinggi.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (15)

Sistem ekzos enjin ini memerlukan kerja tangan custom, memandangkan enjin diletakkan secara terbalik di dalam ruang enjin. Manifold yang digunakan adalah buatan custom daripada keluli tahan karat. Manifold tersebut disambung kepada paip tengah custom berdiameter 2.5 inci dan diakhiri dengan peredam bunyi M7.

Ingat pasal kotak gear Neo yang aku ceritakan awal tadi? OK, kotak gear buatan Mitsubishi itu mendapat nisbah gear custom. Klac dan flywheel pula diganti dengan  klac perlumbaan 4 kaki dan flywheel jenis lightened berjenama Exedy. Sebuah LSD jenis full-lock kemudiannya dipasang bagi mendapat sistem gear yang terbaik untuk kegunaan jalanan atau di atas trek.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (14)

Pengendalian Satria Neo yang terbukti antara yang terbaik dalam kelasnya dinaikkan ke tahap lebih tinggi menerusi penggunaan penyerap hentak boleh laras buatan GAB. Brek jentera ini tidak banyak disentuh, kecuali untuk pelapik brek depan yang mendapat khidmat pelapik brek Endless.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (5)

Rim 15 inci berbentuk kipas yang didatangkan standard diganti dengan rim Rota 15×8 inci. Ia dibalut oleh kombinasi tayar berlainan jenama dan saiz. Di depan, Saiful memilih tayar Toyo bersaiz 205/50/15. Di belakang, tayar jenama Federal bersaiz 195/50/15. Kombinasi terbaik untuk kereta FR berprestasi tinggi seperti ini.

proton-satria-neo-enjin-terbalik-mekanika (16)

Hiasan dalaman Neo ni amat mudah, sangat mudah sebenarnya sebab semuanya standard kilang lagi. Saiful memang lebih mementingkan prestasi pemanduan daripada gaya. Jadi dia cuma pasang sebuah takometer dengan shift light daripada Pivot dan meter suhu air jenama Auto Gauge.

Pada bahagian luar, kereta ini dibiarkan hampir standard. Ubah suai yang dilakukan pun sebab nak membantu kereta memecut dengan lebih laju. Tidak ada bodykit mengarut digunakan ataupun pelekat yang berserabut. Cuma bonet depan digantikan dengan bonet jenis gentian karbon buatan Race Craft yang mampu mengurangkan berat kereta.

DSC_2413

Selain itu, skirting dan spoiler belakang R3 dipasang bagi memberikan sedikit rencah yang menyerlahkan gaya sporty hatchback buatan Proton ini.

Saya lupa nak cerita yang kereta ini adalah hasil kerja orang Selatan, bengkel Fast Work Garage yang terletak di Johor Bahru. Setakat ini, kereta-kereta dari Johor tak pernah mengecewakan dari segi kreativiti mereka mengubah suai kereta. Memang cara la!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button