PROTON WAJA LAJU

slider-dlm-216.jpg

Saya paling suka kalau bercerita mengenai Proton. Ada saja benda yang saya nak komen, kritik dan komplen. Bercakap tentang Proton lebih daripada yang pernah saya komplen terhadap kereta lain. 

DSC_0432

Oh ya, ada sekali saya komplen Chevrolet Optra hatchback semasa sesi pandu uji. Penulisan saya ‘panas’ sampai kecoh ke ibu pejabat Chevrolet. Saya tulis benda betul. Dah tak sedap, takkan nak cakap pandu kereta macam Phantom?

Masa Proton Waja dikeluarkan dahulu Tengku Mahaleel masih jadi orang nombor satu di Proton. Idea pada kereta ini sangat bijak kerana pada pendapat saya, Proton mengutamakan kualiti pengendalian lebih daripada segalanya.

DSC_0436

Walaupun berkongsi chasis dengan Mitsubishi Cedia dan VolvoS40, Waja lebih bagus dari segi pakejnya. Cuma idea yang bagus tidak selalunya berakhir dengan praktik yang tepat. Saya tidak pasti idea gila siapa letak tuil signal sebelah kiri dan jurutera mana yang reka suis tingkap kuasa kurang cerdik itu.

Kemudian, enjin 4G18 daripada Mitsubishi digantikan dengan Campro 1.6. Masa itu juga Proton Savvy dan Gen2 dipasarkan. Enjin Campro ada pengikutnya yang tersendiri dan bermacam-macam jenis modifikasi telah mereka buat. Memang boleh jadi power dan laju. Cuma belanjanya bukan sedikit. Hendak dapatkan tork yang tinggi pun bukan main susah kerana Campro masih kategori N/A (enjin aspirasi biasa).

DSC_0445

Ramai juga orang yang cuba gabungkan Campro dengan sistem turbo (sebelum CFE keluar). Tetapi satu golongan berhaluan kiri percaya perkara paling senang nak bagi Waja laju ialah gunakan enjin Mitsiubishi.

Dengan kedudukan mounting yang sama, enjin 4G series boleh dimuatkan tanpa masalah. Pemilik Waja ini, Azizie Ayob pun fikir benda yang sama. Tidak payah buang masa modifikasi sana-sini. Jadi dia pasangkan enjin 4G93 GSR bagi menggantikan enjin Campro S4PH asal yang semakin lemau. Bagi menyenangkan kerja pemasangan dan pendawaian, papan pemuka Lancer CK GSR dipasangkan sekali.

DSC_0450

Enjin ini mendapat pengubahsuaian lanjut menerusi gabungan pendawaian Evo 4. Turbonya digantikan dengan unit Garret TD05HR16G, manakala intercooler Evo 5 menyuapkan udara secukupnya. Throttle body, AFS (Air Flow Sensor) semuanya daripada Evo 4.

Pemancit bahan api berkapasiti 510cc bergabung dengan pam Walbro 255LPH. Palam pencucuh NGK dipasang. Sementara blow-off Blitz, wastegate 38mm Tial dan penapis udara HKS melengkapkan perkakasan hi-po bolt-on enjin ini.

DSC_0447

Enjin ini diaturcara oleh sebuah komputer bypass E-Manage yang ditala oleh Mike Lim. Saya pun tak kenal siapa Mike Lim. Terer la kot, kalau tidak takkan Azizie sebut  nama dia. Seterusnya, sistem ekzos dipasang dengan paip 3 inci dan peredam bunyi HKS Hyper.Apa lagi? Kotak gear. Seperti biasa, transmisi 4WD asal kereta dikunci menjadi 2WD. Manakala klac dan flywheel Evo 4 dipindahkan ke dalam kotak gear GSR tersebut.

Pengendalian Waja yang sudah lengkap itu sudah jadi tempang apabila digandingkan dengan enjin penuh kuasa ini. Jadi, Azizie menukarnya dengan set boleh laras Cusco, lengkap bersama pillowball daripada Evo 4. Brek depan ialah Evo 3 jenis dua pot. Brek ventilasi Campro pada roda belakang dikekalkan.

DSC_0410

Mahukan keselesaan dan yakin ketika memandu? Bertukarlah kepada tayar berprestasi tinggi Nitto Gen bersaiz 225/45r17 yang dipasang pada rim Advan RGII bersaiz 17 inci. Offset 31 dan lebar 7.5 inci.

Bahagian dalaman kereta lebih menyerupai Evo 4 berbanding Lancer CK GSR. Papan pemuka, stereng dan kerusi Recaro itu dipindahkan daripada Evo 4. Aksesori lain ialah bosst meter APEXi, HKS falve controller dan sebuah timer. Audio tak mahu kalah, ada pemain Kenwood di situ.

DSC_0444

Banyak sudah hari ini saya tengok orang sibuk convert body Waja jadi Evo sampai Evo 10 pun ada. Kesimpulannya, BURUK! Tak payah nak kreatif sangat kalau kena kerat tampal bagai sana sini.

Idea Azizie lebih ringkas, dia cuma pasang skirt dan lips saja. Mula-mula, saya pun tak perasan. Satu lagi ialah cermin sisi Evo 4 yang berjaya diubah suai dan dipasang pada kereta ini. Bahagian badan lain tak buat, warna pun yang asal.

DSC_0404

Hasilnya, sebuah kereta yang ringkas dan tidak keterlaluan atau mengada-ngada. Mat saleh kata neat and clean. Ringkas itu lebih baik apabila kita bercakap pasal praktikaliti. Kalau kereta dengan lampu kelip-kelip, airbrush dengan body berkepak bagai nak pandu pergi pejabat?

Spesifikasi

Model: Proton Waja Campro/ 2006

Enjin: Asal Campro S4PH, tukar kepada 4G93 GSR CK, pendawaian Evo 4, turbin Garret TD05HR16G, intercooler Evo 5, throttle body, AFS (Air Flow Sensor) Evo 4, injektor 510cc, pam Walbro 255LPH, plug NGK, blow-off Blitz, wastegate 38mm Tial, penapis udara HKS, Ekzos HKS Hyper, Greddy E-Manage.

Transmisi: Manual 5 kelajuan Lancer CK GSR, flywheel dan klac Evo 4.

Suspensi: Cusco boleh laras + pillowball

Brek: Evo 4 (depan) Campro (belakang)

Rim: Advan RGII 17 x 7.5 ET31

Tayar: Nitto 225/45r17

Dalaman: Papan pemuka, stereng dan tempat duduk Evo 4, boost meter Apexi, HKS timer, audio Kenwood

Luaran: Lips dan skirting Evo4, cermin sisi Evo 4

Galeri

DSC_0403DSC_0407DSC_0411DSC_0409DSC_0419DSC_0413DSC_0415DSC_0420DSC_0421DSC_0422DSC_0424DSC_0433DSC_0440DSC_0448DSC_0454

The following two tabs change content below.
Syukran adalah salah seorang penulis di Mekanika.com.my

Latest posts by syukran (see all)

Share this post