Modifikasi

PROTON WIRA PODIUM GREEN

Saya ingat kereta ini dah nak pupus. Tetapi disebabkan ia sebuah kereta Proton yang boleh diharap, alat ganti berlambak-lambak, Wira terus kekal berada di atas jalan raya sebagai pengangkutan yang ekonomikal.

Walaupun rebadging, kereta ini ada kualiti berbanding generasi selepasnya macam Waja dan Gen2. Kepercayaan juga membuatkan kereta ini masih bertahan harga pasaran terpakainya. Cuba periksa Putra, Satri GTi berapa harga sekarang kalau tak percaya.

Kereta ni ada 2 pilihan, nak modifikasi sampai pitam atau sekadar nak guna begitu saja. Enjin 4G15 (atau 4G13) dah pupus di Jepun.

Tetapi casis kereta ni sangat universal untuk terima bermacam enjin daripada versi pekak 4G91, twin cam biasa 4G92, Mivec, Mivec MD 92, 6A10 V6 1,6. 4G93 SOHC pekak, 4G93 NA DOHC, 4G93 turbo GSR atau barisan Evo 4G63 moden. Kira saja berapa duit yang ada dan boleh pilih arah tuju mana yang anda mahukan.

Bagi golongan hardcore, tak ada enjin lain yang paling best selain 4G93RS. Enjin daripada Lancer GSR generasi bawah Evo ini seimbang dari segi petrol dan kuasa, buat harga kereta jadi naik.

Kepala selinder enjin 4G93 ni dah di port dan polish kemudian dipasangkan dengan sepasang cam Duratech dan cam pulley boleh laras. Blok tak diusik tapi turbo asal kerdil digantikan dengan TD06 yang dipasang pada manifold banana Tonnka.

Ruang enjin yang ada tu pun masih boleh memuatkan sebuah radiator aluminium custom, ram funnel dengan penapis udara K&N, wastegate Tial dan blow-off Blitz.

Pendawaian menggunakan wiring Evo III, air flow sensor dengan SAFC dan Super ITC untuk tala api dan AFR. Kadang-kadang, tangan yang terer boleh tune alat konvensional ini bagi lagi power.

Untuk seimbangkan kuasa ini, sebuah pam bahan api  Walbro dan sistem ekzos 3 inci dengan peredam bunyi kedai potong.

Proton-Wira-modified-mekanika (7)

Pada tahap kuasa macam ni, benda penting yang janganlah mengada-ngada nak berjimat ialah set suspensi. Naim memasang set boleh laras tinggi rendah keras lembut GAB dengan semua lower arm bawah kereta ditukar kepada jensi aloi. Teorinya, ringan-laju. Untuk breknya pula, pasang brek depan Skyline GTS 32 dan belakang brek Evo III.

Stail Wira mungkin tak banyak berubah bab pemilihan rim. Satu masa dulu, Advan RG kena bergaduh berebut nak beli. Sekarang tak lagi, harganya pun tak mahal macam TE, CE dan RE. Dah jatuh taraf Type C. Rim ini bersaiz 17 inci yang dipakaikan dengan tayar Potenza bersaiz 225/45r17.

Proton-Wira-modified-mekanika (14)

Wira boleh pilih-pilih dashboard yang berkilat cantik pun banyak lagi. Dashboard Evo ni nampak lagi king bila digandingkan dengan stereng Momo 4 kaki. RSM, SAFC dan boost meter Apexi tu diletak atas dashboard kasi keliling driver pening nak tengok yang mana 1 entah.

Kerusinya ialah SSCUS gaya Recaro SR3. Bahagian dalamannya dikemaskan dengan panel pintu GSR/Lancer/Evo, karpet Lancer dan sunroof Evo ori.

Proton-Wira-modified-mekanika (2)

Bahagian luar pula guna kepala Evo III dengan bonet karbon. Bahagian belakang kena modified banyak juga nak masukkan bonet Evo III dengan spoiler yang tak berapa ngam dengan Wira ni. Akhir sekali, kereta ni dilayangkan dengan warna Podium Green.

Google ads
Back to top button