REPLIKA MITSUBISHI EVO TME

SHARE

Saya pernah diajukan soalan oleh sorang kawan: “Kalau hang nak beli Evo, Evo mana hang pilih?” Jawab saya: “ Kalau aku, aku akan pilih Evo III. Tapi kat Malaysia nak cari yang ori memang susah, jadi aku akan pilih Evo VI”. 

DSC_1350

Kenapa Evo VI? Sebab saya sukakan barang yang unik. Evo VI boleh dianggap unik kerana ia merupakan model Evo terakhir yang diproduksi secara terhad. Evo VII ke atas, semuanya kereta produksi penuh, macam Subaru Impreza. Tidak ekslusif macam dulu.

Akhirnya, kawan saya itu pun beli Evo VI. Sebab dia memang akan dengar sahaja nasihat saya. Tetapi model yang paling rare dalam keluarga Evo sudah tentulah model edisi khas Tommi Makinen (TME).

DSC_1354

Walaupun saya tidak berapa pasti berapa buah kereta itu dihasilkan, tetapi yang saya pasti memang tak banyak. Model Evo VI standard pun hanya 5,000 unit dihasilkan, tentulah model TME lagi sikit.

Kalau tak dapat TME yang asli, dapat buat replika pun dah kira okay. Lagi-lagi replika ini dihasilkan di atas chasis Evo VI yang asli, bukannya Lancer CK2 yang biasa. Pada sesiapa yang pernah memandu jentera Evo, anda pasti dah tau betapa seronoknya memandu kereta ini. Kuasa daripada enjin seolah-olah tak ada had dan pengendaliannya, fuh! Memang best!

DSC_1375

Bagi saya, kalau biar standard enjin pun dah cantik. Tapi biasa lah, siapa-siapa yang dah layan Evo, takda masanya dia nak layan standard pekak. Muhammad Asnawi ialah pemilik Lancer Evo VI asli. Ubah suai yang dia buat pada enjin keretanya agak mudah.

Turbin asal dan intercooler tidak diusik cuma penapis udara asal diganti dengan penapis udara jenis pod terbuka daripada K&N. Paip-paip intercooler diganti dengan paip custom keluli tahan karat. Di atasnya diletakkan sebuah injap blow-off HKS SSQV.

BACA – MITSUBISHI EVO TALAAN D4MD

BACA – VOLVO S40 ENJIN EVO 5

Radiator asal enjin diganti dengan radiator aluminium dari WSR manakala kabel palam pencucuh diganti dengan kabel daripada NGK. Pam bahan api dinaik taraf dengan pam jenama Walbro. Untuk mengawal boost, sebuah pengawal boost elektronik HKS EVC VI digunakan.

Agak malang kalau sebuah kereta seperti ini mengekalkan sistem ekzos standard, sebab dengan sistem ekzos yang baik, lebih kuasa boleh dihasilkan. Untuk tujuan murni tersebut, Asnawi menggantikan paip tengah kepada paip custom 3 inci jenis saluran terus. Di belakang, peredam bunyi klasik model HKS Super Drager digunakan.

DSC_1358

Kelebihan utama mana-mana model Evo yang asli ialah sistem pacuan empat rodanya. Inilah sebenar rahsia kejituan pengendalian kereta keluaran Mitsubishi ini. Teknologi yang diambil daripada kejohanan rali dunia ini mampu menukar karekter sebuah kereta saloon biasa menjadi sebuah kereta super yang mampu bersaing dengan kereta-kereta seperti Ferarri dan Lamborghini di atas litar.

Walaupun kotak gear boleh sahaja dikekalkan standard, alang-alang baik masuk klac yang lebih baik. Asnawi memilih klac perlumbaan HKS plat berkembar dan flywheel ringan yang datang sekali dalam kit ini.

DSC_1364

Pengendalian mantap Evo VI dimantapkan lagi dengan kehadiran penyerap hentak boleh laras penuh daripada GAB. Walaupun GAB kini buatan Malaysia, sebenarnya memang sedap penyerap hentak ini sebab saya dah cuba pada kereta Subaru Impreza seorang kawan. Malaysia Boleh!

Satu lagi produk Malaysia yang dengan bangganya digunakan oleh samurai dari Jepun ini ialah tayarnya. Apa barang guna tayar Toyo atau Falken, layan Sime Tyre la baru rock. Tayar-tayar ini bersaiz 235/45/17 dan digunakan untuk membalut rim aloi Advan RG 17 inci yang asli, bukan dari Taiwan. Brek Evo masih kekal standard, set Brembo lengkap tetapi dengan pelapik brek jenama Bendix.

DSC_1355

Ingat saya rabun pasal edisi TME? Inilah yang memberi keistimewaan pada Evo VI. Asnawi berjaya mendapatkan bodykit asli Evo TME yang disalin terus kepada Evo dia. Secara asasnya, bodykit TME dengan Evo VI hampir sama, tetapi perbezaan ketara ialah pada bahagian bampar hadapan di mana versi TME tidak mempunyai lampu kabus.

Bonet depan Evo ini pula diganti dengan bonet gentian karbon yang meringankan lagi beban kereta. Kereta pulak dilayang dengan cat merah Milano untuk nampak hampir seiras dengan warna asli TME.

DSC_1370

Bahagian dalaman Evo ini turut mendapat sentuhan aksesori asli edisi TME. Tempat duduknya diganti dengan tempat duduk Recaro dengan sulaman khas Tommi Makinen. Stereng asalnya diganti dengan stereng sports daripada Sparco. Manakala tombol gear diganti dengan aksesori asli RalliArt. Akhir sekali, sepasang meter Defi melengkapi pengubahsuaian di ruang kokpit.

Walaupun ini bukan model TME yang asli, tapi yang pasti ini ialah Evo asli. Bagi anda yang ada simpan Evo 1 hingga Evo VI, simpan dulu kereta itu. Aku yakin, ia akan jadi kereta klasik yang bernilai tinggi pada masa akan datang.

Spesifikasi

Pembuat / Model: Mitsubishi Lancer Evolution VI

Ubah suai enjin: Paip intercooler custom, injap blow-off HKS SSQV, penapis udara K&N, radiator aluminium WSR, kabel palam pencucuh NGK, pengawal boost elektronik HKS EVC VI

Sistem ekzos: Paip tengah custom 3”, peredam bunyi HKS Super Drager

Kotak gear: Standard, klac dan flywheel HKS

Rim / Tayar: Advan RG 17” / Sime Tyre 235/45/17

Sistem gantungan: Penyerap hentak boleh laras GAB

Sistem brek: Standard Brembo, pelapik brek Bendix

Luaran: Bodykit lengkap Evo 6.5 TME, bonet depan gentian karbon

Dalaman: Tempat duduk lengkap Recaro TME, stereng Sparco, tombol gear RalliArt, meter Defi

Galeri

DSC_1347DSC_1349DSC_1352DSC_1353DSC_1357DSC_1362DSC_1366DSC_1371DSC_1373DSC_1374DSC_1376DSC_1379

 

Share this post

scroll to top