Rex Lapan

SHARE

Jujur cakap, gua tak pernah suka kereta ni dan gua percaya ramai peminat tegar JDM tidak boleh menerima konsep moden siri RX8 yang mana DNA asalnya ialah sebuah sport FR yang ringan, 50-50 dan paling penting rotary dengan turbo. Masalah dengan RX8 ialah ia terpaksa dicipta dalam persekitaran yang tidak sama dengan RX7. Tahun 2003 tidak sama dengan undang-undang pencemaran dan keselamatan tahun 1993. Bila mengambilkira fakta-fakta yang menyusahkan ini lahirlah SE3P enjin tanpa turbo. Nak lagi praktikal, body coupe asal RX dibuat menjadi 4 pintu. Ia tidak dipanggil sedan, tapi quad coupe.

Rekabentuk kereta ni pun nampak pelik tetapi bagi sebuah dunia yang semakin kecik pilihan kereta-kereta sukan, RX8 akhirnya mendapat tempat di kalangan peminat JDM. Itupun setelah kereta ni nak ditamatkan pengeluarannya pun. Ah. Buat gua sedih saja di pagi-pagi ramadhan yang ke 10 ni.

Kereta ni kepunyaaan Mohd Iskandar Bin Mokhtar dari Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Beliau punya kereta ni adalah versi Zenki atau pre facelift, model pertama keluaran 2003. Sebenarnya Kouki RX8 ni pun tidaklah beza manapun. Kalau jenis yang memang suka main bodykit, beli model awal pun tidak mengapa. Jimat belanja dan boleh spare duit untuk buat benda lain.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Amat jelas sekali Mohd Iskandar Bin Mokhtar ni bukanlah jenis yang suka laju-laju. Sebab itu juga beliau pilih untuk beli model automatik. Bukanlah lucu kereta sport kecik denngan gear auto malah RX7 Efini dulu pun ada versi auto yang mana minyak dia Subhanallah, sekali tekan menitik air mata tengok jarum fuel gauge turun. Enjin kereta RX8 putih ni jugak tak diubahsuai langsung, cuma ECU sahaja yang dipetakan balik untuk mendapat tork curve lebih awal. Sekali lagi, bukannya untuk berlumba di traffic light pun, supaya lebih ada daya angkat pada RPM awal. Peh ayat gua memang IKM habis.

Enjin rotary genesis RX8 ni adalah antara kereta moden Jepun yang gua rasa sangat kemas penampilannya. Mungkin gara-gara pengaruh enjin bay kereta Eropah yang tidak nampak wayar dan semuanya bertutup. Bateri dia pun gua tak tau kat mana!

Pengubahsuaian yang jelas pada kereta ni ialah bahagian kosmetiknya. Penggunaan tema pelekat naga, RE Amemiya dan tuner terkenal memang buatnya kelihatan ditala untuk trek. Tapi untuk kekal dalam keaadaan begitu, kit asal kereta ni telah digantikan. Bumper depan kereta ni diinspirasikan dari rekabentuk bumper RE Amemiya yang ditambah dengan canard gentian karbon.

Bumper belakang pulak dari INGS+1 yang dilekapkan dengan canarad Amemiya di kedua-dua belah sisi. Bumper ni nampak pelik sikit sebab agak labuh dan 2 tona warnanya. Bertenggek di atas hud belakang kereta ialah GT wing jenis karbon dari J’S Racing. Bahagian tepi kereta ni dipasangkan dengan skirting skirting Mazdaspeed. OK. Lepas ketiadaan RX8 ni nanti, Mazdaspeed nak buat apa lagi? Nak tune Mazda Bongo pergi trek?

Penggunaan rim otai pada kereta moden bukanlah sesuatu yang baru. tapi lain ceritanya dengan RX8. Susah betul nak match kan rim bukan moden dengan badan kereta ni. Silap padanan, kereta akan nampak kelakar habis. Tapi gua terkejut juga bila pertama kali tengok kereta ni, nampak padan walaupun Volks Racing 18 inci tahun berapa punya design. Bukannya popular mana pun. Gua syak mungkin sebab kombinasi spesifikasi tayar 235/35 depan dan 265/35 belakang yang buat dia nampak agak terkeluar dari fender arch. Rim asal 18 buat kereta ni nampak ‘menguncup’, offsetnya besar sangat!

Walaupun kereta ni 4 pintu, tetapi pembahagian beratnya sama cemerlang dengan RX7 terdahulu. Bukan sahaja kereta nampak cantik, pengendalian juga perlulah bagus supaya bolehlah layan korner sekali sekala dan pecut kat highway dengan konfiden. Mohd Iskandar Bin Mokhtar menggunakan suspensi jenis bolehlaras Tanabe di belakang. Depan? Dia pakai absorber asal tapi springnya ditukar dengan spring TEIN. Gua pun tak tahu apasal settingnya macam tu.

Sejak pengeluaran pertamanya pada 2003, RX8 telah melambangkan keberanian Mazda dengan enjin kontroversi untuk produksi massa. Banyak versi yang dilahirkan antaranya Shinka, Evolve, PZ, Nemesis, Kuro, edisi Ulangtahun ke 40, True Red Style, Mazdaspeed, NR-A, R3 dan juga versi terakhir Spirit R pada tahun ni. Dari tahun lepas lagi ada rumours kata Mazda nak keluar 16X ganti RX8 tapi itu tak akan berlaku. Yang pastinya RX8 Spirit R adalah yang terakhir meninggalkan kilang Mazda di Hiroshima Jepun.

Realitinya, Mazda lebih kecik skalanya dari Hyundai, malah anak didik mereka Kia sekalipun. Mereka tidak lagi mampu berdiri sendiri tanpa Ford dan persaingan yang makin sengit. Perlu ada halatuju yang jitu kalau tidak bangkrap lagi nanti kompeni China beli jadi serupa apa entah kereta mereka.

Oklah. gua dalam mood sedih.

Spesifikasi
[hr_invisible]

Model
Mazda RX8 SE3P/ 2003

Enjin
13B-MSP Renesis. Ekzos Trust, ECU remap

Kotak gear
Automatik 6 speed.

Suspensi
Depan abs standard, spring TEIN.
Belakang adjustable Tanabe

Brek
OEM

Rim
Volks Racing 18

Tayar
Goodyear 235/35 depan
Goodyear 265/35 belakang

Dalaman
Standard E spec

Luaran
Bumper depan RE Amemiya dengan CF Canard, bonet depan CF sticker. Bumper belakang INGS+1, canarad Amemiya, GT wing carbon J’S Racing, skirting Mazdaspeed.

Gallery
[hr_invisible]


 

 

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top