SUBARU IMPREZA STi – SI MATA HELANG…

SHARE

Hakikatnya, penguasaan Subaru untuk pasaran sebelah sini taklah besar mana. Macam tak boleh jual, padahal ia cukup dikagumi di Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak sebab yang mendorong kepada hal ini dan perkaitan dengan Proton suatu ketika dulu, mungkin alasan paling kukuh mengapa Mitsubishi lebih mudah diterima ramai.

BACA: SUBARU XT, PERMATA YANG HILANG…

Dalam pada tak ada tu, terdapat juga kumpulan pemilik yang masih percaya dengan kehebatan model ini. Selain reputasi sebagai sedan berdarah rali, ia turut memiliki karektor tersendiri hasil penggunaan enjin tinju yang unik.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Kepada yang kurang maklum, Subaru Impreza WRX STi Version 9 ini pernah disiarkan beberapa kali dalam majalah modifikasi tempatan. Kejap keluar sana, kejap keluar sini. Memang famous jugaklah.

Namun selepas beberapa kali bertukar tangan, kelibatnya hampir gagal dikesan, sehinggalah terserempak bersama pemilik baru sepurnama yang lalu. Alang-alang dah jumpa tu, kasi tembak jelah!

Servis kini bertukar tangan kepada Fiereus, yang masih mengekalkan warisan pemilik asal. Tak banyak yang berubah dan ia masih lagi bertompok seperti dulu. Benda elok lagi, takat tukar minyak itam jelah.  Kot-kot jumpa kit stroker yang murah-murah, dah tentu lain ceritanya.

BACA: IMPREZA LIMITED V-555!

Di bawah hood tersergam enjin Boxer EJ20 yang telah digunakan dengan meluas pada siri Impreza. Sebagai pakej tingkat taraf, kedudukan intercooler telah dialihkan ke ruang bumper depan menerusi pemasangan kit intercooler dari Blitz. Semua dah bikin siap-siap, tinggal pasang jer.

Sistem pendesak masih dikekalkan dan dipadankan bersama wastegate dari Tial. Lebihan boost yang tidak digunakan, seterusnya dibawa keluar menerusi injap pelepas tekanan Greddy Type S. Perjalanan enjin kemudian dibantu unit ECU yang diprogramkan semula, termasuk dihubungkan kepada unit Apexi AFC Neo untuk memudahkan proses talaan.

Lebihan gas ekzos dilepas keluar melalui sistem ekzos titanium dengan muffler Blitz Nur Spec di hujungnya. Bunyi paham-paham jelah, dah tentu motobot abes. Sistem pacuan AWD dengan kotak gear 6-kelajuan kemudian ditambah mantop, hasil penempatan set klac berprestasi tinggi Ogura Racing.

Yang paling menjolok mata tentulah penampilan bahagian luaran. Selain penggunaan kaler kuning yang terang, ia turut dikembangkan dengan kit badan ala WRC, dengan efek tikar mengkuang di sana-sini.

Banyak jugak sebenarnya, meliputi bahagian hood, grill, lip, penutup lampu fog, fender, cermin sisi, pembuka pintu, skirt sisi, spoiler bumbung, fin vortex, bonet, diffuser, serta fender belakang jenis tampal yang tidak dimatikan. Nampak macam pelik pun ada. Tak kisahlah, dah gitu cara dia.

BACA: LAGENDA STi VER 8!

Pengisian bahagian roda menggunakan rim Volk Racing TE37 berukuran 18-inci, yang perlu dianjak keluar selari dengan sisi fendernya. Memastikan kuasa kendalian yang sempurna, sistem gantungan dinaik taraf menggunakan set suspensi boleh laras dari HKS. Kuasa hentian pulak, memadai dengan sistem brek Brembo yang asal.

Kemasan corak tikar mengkuang ni, turut menyelinap ke ruang dalam khususnya di bahagian panel pintu dan papan pemuka. Bahagian utama lain tidak berubah dan masih mengekalkan kehenseman komponen asal.

Untuk tujuan pemantauan disertakan rangkaian meter Defi pada ruang tengah, termasuk paparan digital Defi OLED dan Apexi AFC Neo yang disebut tadi.

Jika EVO dilihat terlalu mainstream, model Impreza seperti ini mungkin pilihan terbaik untuk merasai nikmat sebuah sedan berprestasi yang sebenar. Janji ada minat. Tapi kalau payah sangat nak pilih antaranya, beli ajer dua-dua macam Fiereus…

Spesifikasi

Pemilik                        Fiereus (Man)

Pengeluar                    Subaru

Model                          Impreza WRX STi Ver 9

Tahun                          2006 / 2010

Enjin asal                    EJ20

Modifikasi Enjin         Kit intercooler Blitz, wastegate Tial, injap pelepas GReddy Type S, penapis udara HKS, talaan semula ECU, Apexi AFC Neo

Transmisi                    Manual 6-kelajuan, klac Ogura Racing

Ekzos                          Paip titanium 3-inci & muffler Blitz Nur Spec

Luaran                         Kit badan ala WRC, hood, grill, lip, penutup lampu fog, fender, cermin sisi, pembuka pintu, skirt sisi, spoiler bumbung, fin vortex, bonet, diffuser & fender belakang karbon fiber

Suspensi                      HKS

Brek                            Brembo

Rim & Tayar               Volk Racing TE37 Blue Black 18-inci & Altenzo 245/40ZR-18

Dalaman                      Trim & panel karbon fiber, meter tambahan Defi, Defi OLED

Bengkel                       ABC Garage, Temerloh

-PAK MAUN-

KREDIT: KAKIKERETA.COM

GALERI

Share this post

scroll to top