Modifikasi

SUZUKI SWIFT SPORT

Masa mula-mula dilancarkan, Suzuki Swift diimport dari Jepun sepenuhnya (CBU). Apabila laku, DRB-HICOM buat keputusan untuk memasangnya (CKD) di Pekan, Pahang.

SONY DSC

Apabila CKD, dapat insentif pemotongan cukai. Daripada harga asal RM80,000 kereta ini jadi RM60,000 boleh tahan mengamuk juga siapa-siapa yang beli model CBU dulu.

Kualitinya tidak banyak beza menyebabkan kereta ini pantas jadi laku selepas Myvi. Jarang-jarang ada kereta Jepun kompak yang boleh dijual pada harga yang dekat dengan kereta Perodua.

SONY DSC

Ini ialah model Suzuki Swift Sport, versi sport untuk Swift bandar. Dipasang hanya di Jepun, kereta ini sebenarnya pendek beberapa milimeter berbanding versi biasa. Masa pandu uji dulu, saya rasa enjin M16A antara yang paling best pernah Suzuki hasilkan untuk sebuah enjin N/A pada sebuah kereta bandar.

Harga masa mula-mula lancar adalah sekitar RM102,723 untuk versi auto, manual pula dalam RM97,000. Tidaklah murah, tetapi untuk harga sebegitu kereta apa yang boleh dibeli? Kereta ini dalam kelasnya yang tersendiri. Sebuah kereta untuk mereka yang mahukan sebuah kereta bandar berkuasa dan bagus kualiti pengendaliannya. Spesifikasinya tidaklah agung sangat, tetapi kalau dilihat pada pakej keseluruhan, kereta ini memang bernilai untuk wang.

SONY DSC

Secara asasnya, diubah suai kereta ini agak ringkas. Enjin M16A yang mampu menghasilkan 125hp ditambah dengan penapis udara APEXi dan funnel silikon sahaja. Itu menyebabkan penutup rocker plastik asal ditanggalkan dan plug cover disembur warna biru sama dengan rangka G.

Enjin ini tidaklah power mencanak-canak serupa VR4. Ia sedang-sedang sedap yang direka untuk karekteristik pemanduan. Kuasa daripada enjin disalurkan ke permukaan jalan dengan kotak gear automatik empat kelajuan. Memang komanlah, tapi ini pun teknologi tahun berapa. Tapi jujur cakap, say suka betul masa enjin mengerang kalau pedal ditekan secara paksa dan gear turun terkejut.

SONY DSC

Memang penangannya serupa VTEC kecil punya bunyi. Enjin asal kereta memang direka dari kilang dengan kompresi tinggi 11.1:1, aci sesondol lift tinggi, piston jenis forged dan valve spring yang diperkuatkan. Akhir sekali DVVT bagi enjin meraung sikit. Apabila bab isi minyak, pemilik pun meraung sebab spesifikasi asalnya mesti guna minyak RON98.

Pengendalian adalah satu perkara lain. Walaupun suspensi jenis torsion beam, ia sangat rigid kerana badannya tidak sama dengan Swift 1.5. Titik kimpalannya jauh lebih banyak dan suspensinya lebih keras.

SONY DSC

Begitupun, pemilik kereta ini terpaksa akur bahawa spec asal memang jinjang. Jadi dia pun pasang Eibach Pro kit yang merendahkan kereta, tapi masih kekalkan kerekter pemanduan asal.

Rim asal digantikan dengan rim K1. Tayar asal kereta ini memang pelik 195/50/16 yang memang susah nak dapat. Pilihan yang ada tak banyak dan kereta ni menggunakan saiz 195/55 jenama Federal. Brek asal dikekalkan tapi dikemaskan dengan pelapik brek Endless.

SONY DSC

Bahagian dalaman kereta tidak diusik kerana pemilik asalnya beli pakej Recaro. Kelebihan lain model Sport banding dengan 1.5 ialah set audio dengan enam unit pembesar suara.

Bahagian luar Swift Sport memang sporty. Sebab itu Swift 1.5 banyak yang dinaiktaraf jadi model ini. Pemiliknya menukar bonet depan belakang jenis karbon dan bonet klip. Bumbungnya dicat dengan warna hitam bagi nampak senada. Lain-lain kasi biar macam itu sudah.

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button