Tarikan Honda Jazz

Tarikan-Honda-Jazz-1.jpg

Kereta kompak ini sarat dengan aksesori yang memang jarang diperolehi.

Street Appeal bermaksud kereta di jalanan yang mampu menarik perhatian orang. Tidak susah kalau ada duit sebab boleh beli kereta yang mahal terus.Tetapi kalau hendak membandingkan harga kereta yang sedia mahal di Malaysia dan pendapatan perkapita yang tidak banyak berubah, tidak ramai yang mampu membeli kereta yang elok. 

Saya dari dulu lagi tak mampu beli Honda Civic baru. Dari zaman sekolah, hinggalah anak sudah hendak masuk sekolah. 

Sebab itu kita perlukan industri modifikasi. Maksud saya, industri yang akan mengubah kereta-kereta standard menjadi sebuah kereta yang tidaklah malu apabila dipandu di atas jalan raya selepas disolek lawa-lawa. 

Kereta-kereta terpakai ini pula, kena pandai memilih kerana bukan semuanya senang dijaga. Sebab itu juga kita selalu dengar orang serik beli kereta terpakai kerana masalah selalu rosak. Namun harus diingat bahawa beli apa benda pun, kalau nasib tak baik akan rosak juga. 

Di antara kereta-kereta terpakai, mungkin Honda Jazz masih kuat tarikan ‘street appeal’nya. Kereta ini satu macamlah. Bentuknya memang tak dimakan waktu. Sepuluh tahun lagi pun, saya percaya kereta ini masih nampak cantik dan bergaya. Sebab itu jugalah pasaran terpakainya sangat liat nak jatuh. Nak kata tiada saingan, masih ada Yaris dan Swift, tetapi Jazz memang benar-benar berada dalam dunianya sendiri. 

AM membeli kereta ini beberapa tahun lepas sebab biasalah, ramai kawan yang dah beli. Apabila dah ramai kaum, maka banyaklah idea untuk modifikasi kereta jadi macamana. 

Jazz tidak serupa Civic yang sezaman dengannya. Ini kerana sewaktu ia dikeluarkan, tuner Jepun memang sudah sangat popular. Jadi, banyak peralatan kosmetik dan aksesori dikeluarkan. Tinggal pilih sahaja yang mana nak dan siapkan duitnya. Barangnya tidaklah murah mana. Baru-baru ini ada sorang kawan beli bodykit asli Mugen lengkap terpakai dengan harga RM13,000. POWER. 

Bodykit pada kereta ini nampak sedikit pelik kerana tak ramai orang guna. Bukan tak ramai, mungkin tak ada pun. Namanya ialah Noblesse SP, Noblesse ialah subsidiari syarikat Junction Produce yang mengkhusus kepada rekaan bodykit dan aksesori. 

Bodykit yang dihasilkan juga terhad pada model Jazz, Toyota BB atau Honda Odyssey. Senang cakap, tak banyak sangat macam Kentstyle atau Chargespeed. Mereka lebih mengkhusus kepada kosmetik berbanding aerodinamik. 

Bodykit kereta ini merangkumi bampar hadapan, skirt dan belakang. Bampar depan kemudiannya ditambah dengan lips J’S Racing. Aksesori kosmetik diteruskan dengan trunk karbon buatan Seibon, tow hook depan belakang, emblem emas J’S Racing, GT Wing J’S dan pemegang nombor plet J’S. Akhir sekali, lampu depan dan belakang ditukar kepada versi facelift LED Ichikoh dan HID di depan yang hanya terdapat pada spesifikasi JDM (Japan Domestic Market). 

Sekali tengok, kereta ini nampak macam tak banyak yang diusik. Namun sebenarnya, pengubahsuaian yang dilakukan adalah menyeluruh. Enjin asal kereta digantikan dengan enjin 1.5S bersama transmisi manual. Malaysia memang tak ada spesifikasi atau varian Jazz manual, jadi kalau tukar gearbox saja, jadi kelam kabut juga nak cari pedal, gear konsol bagai. Tukar enjin seketul dapat sekali papan pemuka (dashboard) Type-S dengan panel aircond digital. Kira kategori rare jugaklah. 

Enjin ini duduk diam macam itu saja. Pengubahsuaian tertumpu pada peralatan bolt-on iaitu penapis udara Gruppe M, cap minyak J’S Racing dan sistem ekzos. Boleh tahan canggih juga apabila tukar manifold 4-1, stainless steel B Pipe dan J’s Racing FX Titanium 50R Muffler. 

Kereta ini tidaklah laju serupa K20A. Tetapi sedang-sedang sedap dipandu berbanding kotak gear CVT tujuh kelajuan. Memang transmisi memainkan peranan besar dalam mengubah karekter pemanduan sesebuah ketea. Maka, demi memantapkannya lagi, Am menggantikan suspensi asal kepada TEIN adjustable dengan EDFC. 

Kesemua bar yang mengikat roda dan badan dipasang dari jenama  J’S Racing. Rim yang tidak kalah itu ialah VR CE28N dengan ET35 dan lubang 100mm. Tayar pula Advan Neova AD07 195/50. Perfect! 

Bahagian dalaman dilengkapi oleh meter Fit JDM Type S, papan pemuka Type S dengan panel pendingin hawa digital serta perehat tangan Type S. Penutup brek, bootshift dan panel pintu juga daripada Type S tapi dengan kemasan perak. Turut dipasangkan ialah Hyakusiki Short Shifter, strut bar belakang, monkey bar dan J’S Racing Mat. 

Modifikasi yang bijak dan kemas sebegini tidak banyak mengubah struktur fizikal sesebuah kenderaan. Warnya juga tidak striking, tapi kebolehgunaan dan fungsi peralatan yang dipasang menjadi tujuan utama. Ini memang jenis pakai puas sendiri nak harap orang lain puji memang tak perasan. Kecuali pada peminat seangkatan Jazz. 

Puji pun bukan diorang nak bagi duit ye tak?

Model: Honda Jazz 1.5 

Enjin: J’s Racing radiator cap, J’s Racing oil cap, Gruppe M Carbon Fiber Intake, manifold J’s Racing 4-1, J’s Racing Stainless teel Down pipe, Custom stainless steel B-Pipe, J’s Racing FX Titanium 50R Muffler 

Transmisi: manual 1.5s, LSD Spoon Gearbox 1.5 Way 

Suspensi: J’s Racing Front Strut Bar, Tein Wagon Adjustable + EDFC Controller 

Rim: 15″ 7jj PCD 100  CE28 Bronze, offset 35mm 

Tayar: Advan Neova 07 195/50R 

Ruang dalaman: Meter Fit JDM Type S, papan pemuka Type S dengan panel pendingin hawa digital serta perehat tangan Type S, Brake cover, Bootshift, Door Panel), Honda Access ETC, Hyakusiki Short Shifter, J’s Racing Rear Strut Bar, J’s Racing Monkey Bar, J’s Racing Mat.

Luaran: Full Noblesse SP Bodykit, Front Varis Carbon Fiber Bonnet, HID Xenon, Rear Seibon Trunk Carbon Fiber, Rear Ichikoh LED Clear Lens, J’s Racing Front Lip, J’s Racing Wet Carbon GT Wing, J’s Racing Daylight, J’s Racing Plate Holder, J’s Racing Original Tow Hook Front/Rear, J’s Racing Gold Emblem, Noblesse Racing Emblem.

Gallery

[hr_invisible]

The following two tabs change content below.

admin

mekanika.com.my ditubuhkan pada Disember 2012 untuk mengisi vakum yang wujud dari aspek pemberitaan berkaitan industri #automotif tempatan dan global secara dalam talian yang mengangkat bahasa Malaysia sebagai medium penyampaiannya.

Latest posts by admin (see all)

Share this post