Artikel PilihanModifikasi

TOYOTA AE86 BERKUASA ELEKTRIK SEPENUHNYA – BIAR BETUL NI BANG?

AE86 merupakan antara kereta sports lama yang bernilai tinggi dan menjadi buruan kaki drift di seluruh dunia tapi AE86 berkuasa elektrik sepenuhnya memang kali pertama kami dengar. Tapi itulah hakikatnya sebuah model ini yang dimiliki oleh Omead Moinee.

Tiada lagi masalah dengan enjin lama yang memeningkan kepala kerana AE86 ini kini dilengkapi dengan motor elektrik DC rekaan khas untuk jentera drag yang dikuasakan dengan pek bateri lithium-ion gred aeroangkasa.

Kereta keluaran tahun 1986 ini merupakan model AE86 SR5 dan dihasilkan menggunakan resipi yang sama digunakan dalam menyiapkan jentera Pikes Peak (perlumbaan menuju puncak bukit yang tersohor di AS).

Motor elektriknya berupaya menghantar sejumlah 250 bhp kuasa ke roda belakang melalui kotak gear manual 5-kelajuan asal dengan lancar. Mengkagumkan kerana agihan berat ideal depan belakang 47/53 peratus masih berjaya dikekalkan. Mudah sahaja bagi AE86 ini untuk menghasilkan kepulan asap dari tayar belakang.

Walaupun pek bateri itu agak berat namun tiada masalah buat AE86 kerana ia agak ringan dan bila dilengkapkan dengan pek bateri tersebut agihan berat asal masih boleh dikekalkan.

BACA: TOYOTA AE86 – SEBUAH KERETA BIASA, KINI JADI LAGENDA SEPANJANG ZAMAN

Memang tidak ada ngauman enjin dengan segala orkestra bukaan injap dari enjin tetapi proses sejukan enjin EV ini memang kedengaran seperti putaran turbin enjin berkuasa turbo.

Tengok sahaja video Youtube yang dikongsi oleh The Hoonigans dan anda akan mendapat gambaran sebenar.

Bayangkan anda boleh menghasilkan putaran roda belakang dalam sekelip mata, itulah kehebatan kuasa EV yang memang cukup spontan.

Kredit video The Hoonigans

Google ads
Back to top button