Modifikasi

TOYOTA CAMRY WAGON TURBO

Wagon ialah satu konsep kereta yang agak asing di Malaysia. Walaupun satu masa dulu, pengeluar-pengeluar kereta terkemuka seperti Toyota, Nissan, Volvo dan sebagainya ada membawa masuk model-model wagon mereka ke Malaysia, jualannya tidak begitu laris.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (24)

Rata-rata pembeli kereta wagon di Malaysia ialah peniaga kecil-kecilan yang tak memerlukan kenderaan yang terlalu besar seperti van atau lori untuk mengangkut produk mereka.

Lain pula ceritanya di Amerika Syarikat (AS). Sebelum kewujudan MPV atau SUV, wagon ialah kereta pilihan untuk mereka yang berkeluarga. Walaupun jumlah anak mereka tak ramai, tetapi versatiliti sebuah kereta wagon yang mampu mengangkut kargo dan anjing perliharaan membuatkan kereta jenis ini amat popular.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (22)

Jadi, pengeluar kereta dari Jepun ada menghasilkan versi wagon untuk model-model popular mereka yang dijual di AS. Toyota misalnya ada menghasilkan model Camry Wagon yang cukup susah ditemui di luar AS. Tetapi, entah macam mana, ada sebuah yang tersesat di Malaysia dan kami menjumpainya. Hmmm..

Camry Wagon keluaran tahun 1993 ini dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2004. Ia dimiliki oleh pasangan suami isteri, Abu Hazim dan Umi Sofea. Agak mengujakan, pasangan ini berkongsi minat mengubah suai kereta. Jadi Camry Wagon ini menjadi mangsanya. Cukup luas untuk kereta keluarga dan berpotensi tinggi dijadikan kereta projek, Camry Wagon mula diubah suai sedikit demi sedikit.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (2)

Camry ini asalnya didatangkan dengan enjin 5S-FE bersesaran 2.2 liter berkuasa 130hp. Macam anda tahu, enjin melebihi 2.0 liter di Malaysia cukai jalannya agak parah, mereka mencari enjin yang lebih kecil tetapi berkuasa tinggi.

Pencarian mereka menemukan kepada enjin 3S-GTE, enjin 2.0 liter bercas turbo yang berasal daripada half-cut Toyota Celica. Enjin ini tak memerlukan banyak pengubahsuaian untuk dimuatkan ke dalam ruang enjin Camry yang sememangnya cukup luas.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (5)

Enjin 3S-GTE diubah suai sedikit lagi untuk menaikkan kuasa kuda. Turbo asal diganti dengan turbo Garret A/R 50 yang disejukkan oleh sebuah intercooler Blitz. Paip intercooler custom terpaksa dibina untuk menyatukan kedua-dua produk ini.

Pada paip itu juga terletak sebuah injap blow-off SARD R2D2. Boost enjin ditala pada tahap 0.6 bar bagi memastikan enjin mampu dipandu setiap hari.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (3)

Walaupun dengan tahap boost yang sederhana, enjin ini masih diubah suai dengan sistem bahan api yang komprehensif. Pam bahan api asal diganti dengan pam bahanapi tekanan tinggi Walbro.

Sebuah pelaras bahan api SARD kemudian dipasang dengan sebuah meter tekanan bahan api Arospeed. Enjin ini juga mendapat dua unit alat pancitan bahan api tambahan HKS.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (1)

Memandangkan Camry ini digunakan untuk membawa keluarga, sistem ekzos yang dipilih adalah senyap. Pemiliknya menggunakan paip tengah saluran terus berdiameter 2.5 inci yang dibuat daripada besi putih (mild steel) dan peredam spesifikasi JASMA jenis S-flow.

Kalau ini kereta saya, sudah pasti kotak gear automatik menjadi pilihan. Walaupun kaki kiri kena bekerja tiap kali nak tukar gear, tetapi kotak gear yang disalin daripada model enjin 3S-GE N/A ini masih menggunakan klac standard dari kilang. Jadi tidaklah teruk sangat.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (16)

Untuk mendapatkan keselesaan, satu set penyerap hentak GAB Wagon buatan Jepun yang datang dengan spring rate 7kg/mm di depan dan 5kg/mm (belakang) dipasang.

Dengan penyerap hentak yang boleh dilaras ketinggiannya, satu set rim BBS RS II bersaiz 17×8 inci di depan dan 17×9 inci di belakang digunakan untuk memenuhi ruang arca roda.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (21)

Walaupun rim ini asalnya dihasilkan untuk kereta FR, tak kisah, kereta FF pun boleh guna, janji nampak cantik. Tayar yang digunakan ialah dari Nexen yang semuanya bersaiz 225/50/17.

Saya bukan peminat reka bentuk Camry, terutama Camry model ini. Tetapi untuk versi Wagon lain pula ceritanya. Reka bentuk belakang lebih sporty kerana rekaan cermin membuatkannya  nampak lagi nipis.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (19)

Camry Wagon ini sebenarnya tak perlu ditambah apa-apa aksesori atau bodykit lain sebab kelibatnya saja dah boleh buat orang toleh kepala berkali-kali.

Tapi macam mana pun, ubah suai ringan yang dibuat membuatkannya lebih istimewa. Misalnya liang udara custom pada bonet depan, skirting sisi OEM Honda Accord SV4, cermin suria dan spoiler belakang JDM.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (15)

Bahagian dalaman Camry ini pun cukup seronok untuk saya tengok. Kereta ini ada jump seat khas untuk dua orang penumpang tambahan. Kalau tidak digunakan, boleh lipat masuk ke lantai untuk menambah ruang kargo, memang bijak!

Pemiliknya ada ubah suai serba sedikit bahagian dalaman dengan menggantikan tempat duduk asal depannya dengan tempat duduk jenis commander daripada Subaru Forester.

Toyota-Camry-wagon-mekanika (9)

Meter boost HKS dan turbo timer Fizz ialah ubah suai wajib untuk kereta berkuasa turbo macam ini. Sebuah RSM daripada A’PEXi dipasang bagi membuat speed cut ECU. Manakala untuk hiasan, tombol gear TRD dan stereng OEM Camry Tourer turut dipasang.

Saya tak tau ada lagi tak model Camry Wagon seperti ini di Malaysia. Sumpah ini kali pertama saya tau tentang kewujudan kereta USDM ini di sini. Dalam erti kata lain, memang rare gila lah.

Google ads
Back to top button