Modifikasi

TOYOTA COROLLA LIFTBACK TE71

Model Corolla didatangkan dalam chasis sedan empat pintu, coupe dua pintu, wagon dua dan empat pintu, hatchback tiga dan lima pintu dengan bermacam-macam jenis pilihan aksesori serta enjin.

SONY DSC

Keluarga Corolla dahulu memang cukup meriah kerana ia digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Ada keluarga? Guna model sedan. Nak cari awek? Ada model sport dua pintu. Nak bawa berniaga? Tiada masalah, wagon kan ada.

Entah kenapa, sejak bertukar nama menjadi Corolla Altis, model ini hanya datang dalam versi sedan sahaja. Habis hilang model-model lain yang satu masa dulu telah menjadi lanskap biasa di atas jalan raya kita. Mungkin perubahan trend pembeli kereta menyebabkan model-model unik Toyota Corolla ini pupus.

SONY DSC

Memandangkan jenama Corolla cukup popular di Malaysia, agak mudah untuk peminat kereta ini bertemu dengan model klasiknya. Disebabkan ketahanan dan kelasakan jentera Corolla, maka tidak hairanlah mengapa model-model Corolla merupakan model kereta klasik paling popular di Malaysia sekarang.

Corolla TE71 Liftback milik Rashid ini ialah model keluaran tahun 1979 dan masih gagah meluncur di atas jalan raya. Corolla ini mendapat khidmat enjin baru yang sebenarnya tidak lah baru sangat, lebih 20 tahun umurnya. Muda sikit daripada kereta ini. Enjin itu pastinya enjin 4AGE versi TVIS yang diambil daripada half-cut Levin AE86 yang merupakan satu lagi varian Corolla.

SONY DSC

Enjin yang dimasukkan ke chasis TE71 ini tidak banyak diubahsuai dan dibiarkan standard. Ada sikit barang diganti, macam penapis udara HKS Super Power Flow. Pam bahan api pula diganti dengan Walbro. Satu ubah suai yang wajib dibuat jika enjin asal menggunakan sistem karburator. Enjin EFi ini perlu menggunakan pam bahan api yang kuat. Kalau tak, enjin boleh jadi semput atau sebu.

Sistem ECU enjin dikekalkan standard, tetapi dibantu oleh sebuah alat AFC jenama A’PEXi. Kabel plug enjin pula diganti dengan kabel plug Ultra. Sistem nyalaan enjin dinaik taraf dengan sistem nyalaan Ultra FSD.

SONY DSC

Rasyid kemudian berjaya mendapatkan manifold ekzos buatan Jepun, jenama RSR yang menggantikan manifold standard enjin. Manifold itu kemudian disambung kepada paip ekzos buatan custom berdiameter 2.5 inci. Di hujungnya, sebuah peredam bunyi RSR dipasang.

Kuasa enjin 4AGE disalurkan kepada kotak gear manual lima kelajuan yang didatangkan bersama half-cut. Kotak gear diganti klacnya dengan klac perlumbaan  TRD. Gandar belakang dipasang dengan gandar AE86 bersama sistem LSD 2 hala full-lock.

SONY DSC

Mungkin satu lagi faktor populariti Coralla klasik ialah barang-barang daripada AE86 boleh diubah suai dengan agak mudah. Selain daripada enjin, kotak gear, gandar belakang dan sistem penyerap hentak pun boleh dimasukkan sekali ke dalam chasis ini. Kereta ini sekarang mendapat khidmat penyerap hentak boleh laras Cusco yang asalnya dibuat untuk chasis AE86. Boleh masuk macam tu sahaja.

Begitu juga kes dengan sistem brek. Sekali lagi, Toyota AE86 membekalkan sistem brek cakera lengkap untuk chasis klasik ini. Ia memastikan kereta ini selamat digunakan, walaupun kuasa enjinnya lebih tinggi.

SONY DSC

Agak pelik kalau kereta yang berumur lebih 30 tahun menggunakan rim corak moden. Jadi, Rasyid mengambil jalan retro dengan mengenakan rim Advan Oni yang berdiameter 14 inci, lebarnya 8 inci. Tayar Falken dan Yokohama bersaiz 185/60/14 digunakan bagi membalut rim-rim berkenaan.

Bagi menaikkan seri kereta lama ini, Rasyid telah melakukan kerja restorasi badan yang baik. Macam yang boleh tengok, badan kereta ini masih lurus dan bahagian kromnya berkilat-kilat. Aksesori yang ditambah ialah cermin sisi jenis ‘tanduk’ yang dipasang pada fender depan (trend biasa geng-geng kereta klasik Jepun) dan spoiler rekaan custom di bawah bampar.

SONY DSC

Bampar depan dan belakangnya diambil daripada model KE70 sedan. Sebab itu ia diperbuat daripa besi, bukannya plastik.

SONY DSC

Bahagian dalam menyaksikan papan pemuka AE86 diubah suai, termasuklah konsol tengah dan gear. Memang ngam-ngam masuk. Tempat duduk depan diganti dengan tempat duduk Levin AE92 dan guna stereng sports daripada Elevo. Sebagai tambahan, Rasyid memasang sepasang meter tambahan jenama Defi dan sebuah turbo timer  A’PEXi.

SONY DSC

Anda rasa, secara jujurnya, agak-agak Corolla Altis sekarang akan jadi bahan pengumpul kereta 30 tahun akan datang? Rasa macam tak je kan? kan? kan?
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button