TOYOTA HIACE H200 – KALAU KENA GAYA, MEMANG STAIL JUGA

SHARE

Apabila seorang arkitek perumahan yang belasah Savvy hari-hari boleh kata Toyota Hiace cantik bermaksud, ia memang cantik. Kadang-kadang kita perlu dengar  komen dari perspektif orang yang bukan dalam dunia kereta.

Dunia pengubahsuaian kereta di Malaysia bercambah kategori hampir saban tahun. Zaman saya baru menulis dulu semua orang pakat main kereta yang sama, Proton dan Perodua. Wira/Satria dengan Kancil/Kelisa/Kenari. Dua jenis kereta ini memulakan budaya pengubahsuaian secara besar-besaran.

toyota-hiace-h200-modified-mekanika-6

Kemudian timbul pula geng JDM Honda Civic, sebelum Toyota Corolla, Mazda dan Ford. Lepas itu, muncul main kereta autoshow. Beralih ke trak pikap 4X4 yang diubahsuai untuk nampak cantik (tak termasuk mereka yang masuk hutan).

Ubah suai van/MPV agak perlahan kalau dibandingkan dengan kereta yang saya senaraikan tadi. Mungkin sebab MPV itu sendiri mahal nak dibeli dan pilihannya tak banyak.

toyota-hiace-h200-modified-mekanika-8

Sebelum ada Proton Exora dan Perodua Alza, MPV yang murah apa benda je yang ada Avanza, Kia Carens? Naza Ria? Pernah dengar orang modifikasi Nissan  Vannette dan Toyota Hiace H100, malangnya bentu kurang mengancam.

Tetapi apabila Toyota Hiace H200 keluar, nah kau, ia trendy. Pergi ke Jepun atau paling dekat Thailand kalau nak tengok van ini dibuat dengan macam-macam rupa dan gaya.

toyota-hiace-h200-modified-mekanika-2

Tempias demam Hiace menular ke Malaysia sekitar 4 atau 5 tahun dulu. Masa itu beberapa orang berkumpul, fikir idea nak ambil ilham JDM. Di Jepun, van komersial ini dah tak serupa komersial dikerjakan.

Leaf spring belakang? Rim 6 lugs? Tak jadi masalah. Sekejap sahaja, berduyun-duyun tuner keluarkan aksesori. Jangan terkejut kalau saya katakan Thailand pun lagi cepat buat barang Hiace melebihi pasaran Jepun sendiri sebab van ni memang popular di sana.

toyota-hiace-h200-modified-mekanika-10

Kalau nak modifikasi Hiace, pertamanya jangan mengharap nak laju sangat dengan turbo kit, supercharge kit yang dipasarkan macam-macam untuk Alphard atau Estima. Enjin van ini tak akan dimodifikasi untuk laju sebab poliferasi pemilik van  memang jenis yang berkeluarga dan low profile.

Mereka lebih pentingkan gaya dan keselesaan untuk keluarga. Di Jepun kita boleh jumpa kit ubah suai yang menjadikan model LWB (long Wheel Base) a.k.a Hiace Commuter bertukar jadi kargo basikal, tempat tidur dan sebuah Motorhome. Tinggal kira duit sahaja berapa yang anda sanggup bayar.

toyota-hiace-h200-modified-mekanika-3

Pemilik Hiace putih ini ialah seorang otai yang saya jumpa beberapa bulan lepas. Pertama kali tengok, hati dah terpaut sebab ideanya berjaya rendahkan kereta ni dengan pemasangan bodykit custom yang kena pada tempatnya.

BACA: TOYOTA HIACE 2015 LEBIH SELAMAT 

Pada awalnya, van ini dibeli untuk kegunaan keluarga balik kampung. Tetapi apabila berkawan dengan kelompok yang masuk air, beginilah jadinya.

Kit badan jentera ini digarap dari beberapa konsep yang berbeza. Bampar depan dan belakang ditiru sepenuhnya daripada stail JDM. Belakang nampak macam Black Bison Vellfire pun ada.

toyota-hiace-h200-modified-mekanika-5

Skirting sisi dibuat sendiri, cun-cun sahaja membalut flare tayar yang kalau sekali tengok tak nampak pun. Flare ini nipis mengikut jalur badan asal, tetapi lebih lebar untuk membenarkan rim lebih besar dimasukkan. Set panel tepi aksesori wajib MPV dipasang bersama pelekat Box Revolution yang nampak macam keluaran dari kilang.

Berapakah saiz rim sesuai untuk van ini? 15 inci tayar tebal white wall boleh, 16 inci slammed air suspension pun boleh atau 17 inci dengan tayar low profile macam yang brader ni guna.

toyota-hiace-h200-modified-mekanika-4

Rim Advanti Racing ini semakin senang nak beli kalau banding masa mula-mula dia orang main dulu memang susah dan mahal. Sebabnya, rim Hiace ialah potongan 6 lugs 139.7mm – sama spec saiznya dengan kenderaan 4X4.

Masalahnya, offset rim 4X4 kebanyakannya terlalu keluar, jadi kelakar sangat lah, rim 4X4 yang ET ke dalam tak banyak pilihan. Kalau jumpa pun, biasanya diameter popular ialah 16 inci, 17 sangat rare. Seingat saya kalau untuk 6 lugs, pilihannya biasa datang dari rim Elgrand 1st model.

Van ini memerlukan dua perkara asas untuk nampak cantik, rim dan kit badan. Kalau yang standard, kasi slammed dan tukar rim pun dah nampak garang. Masalah di negara 1Malaysia ni Toyota tak bawa pilihan window van untuk model bumbung rendah.

toyota-hiace-h200-modified-mekanika-1

Model penumpang hanya ada yang ini, H200 bumbung tinggi. Sebenarnya, saya lagi suka model satu lagi, Hiace Commuter. Tapi apa yang buat nafas berhenti ialah harganya yang luar biasa mahalnya. Boleh beli Vellfire recond unregistered sebuah. Adakah sebab jenamanya Toyota? Adakah sebab cukai mencarut?

Ada juga yang beli Joylong, klon Hiace Commuter buatan China yang mula dipasarkan beberapa tahun lepas. Saya biasa nampak yang jenis bas persiaran, belum jumpa lagi yang berani modified stail JDM.

Serius kalau yang besar lebar tu kasi slammed, guna rim 17, lampu tinted depan belakang, memang serupa mafia!!

(Visited 538 times, 268 visits today)

Share this post

scroll to top