Modifikasi

TOYOTA KE70 POTONG BUMBUNG

Waktu awal-awal saya pergi auto show di Indonesia dulu, memang kagum betul tengok industri modifikasinya. 

Toyota-KE70-chop-top-mekanika (1)

Kalau dibandingkan dengan Malaysia, senario modifikasi di Indonesia sangat berbeza. Kelajuan bukan motif utama sebab terdapat halangan kemasukan half-cut misalnya. Justeru, mereka beralih arah dengan memberi fokus kepada kerja estetik pada badan kereta.

Motif pengubahsuaian kereta di Indonesia banyak berkiblatkan dari Australia. Kerat bumbung, potong kerusi, potong badan kereta, sambung jadi limo dan bermacam-macam jenis fabrikasi badan yang rumit.

Toyota-KE70-chop-top-mekanika (4)

Ternyata Malaysia tidak menerima ubah suai sebegini. Pernah lah dulu zaman fabrikasi badan ini popular sekejap zaman auto show tempatan dianjurkan dengan betul. Kalau anda masih ingat Putra GTR JB, Kancil 6 tayar Wan Melaka dan beberapa buah Kenari yang kebanyakannya dihasilkan oleh AL Motorsport JB.

Tanpa diketahui sebabnya, gaya pengubahsuaian seperti ini tiba-tiba lenyap tanpa berita. Saya syak semua disebabkan tiadanya pertandingan atau pameran yang berprestij. Balik balik lampu bulu, lampu bulu, lampu bulu.

Toyota-KE70-chop-top-mekanika (5)

Kedatangan kami ke Johor Bahru baru-baru ni menemukan spesis potong bodan. Jadi spider coupe kira tak malu lah kalau nak parking sebelah RR Phantom Drophead coupe. Lebih kurang je kan? Tu la… bila dah lama sangat bersukan drift dan tengok kereta-kereta Jepun yang main mesti dapat idea yang serupa. Buang bumbung terus!

Sekali imbas, kereta ini nampak macam tak siap. Realitinya, inilah jenis trendy, macam buat kereta karat dan bodypart compang-camping. Apabila tengok dengan teliti, pemiliknya yang dikenali sebagai Awie Castello memang kreatif.

Toyota-KE70-chop-top-mekanika (11)

Muka depan kereta ialah panel badan AE86 Levin. Kalau ikut salasilah pengeluaran, ia dari model yang sama. Tetapi memadankan kedua-dua body part ini memerlukan sedikit kerja pengubahsuaian pada cagak fender dan nose cut depan.

Bak kata Keeishi Tsuchiya pada Formula D beberapa tahun lepas “Bunyi datang macam 13B, meluru dari jauh nampak AE86, sekali masuk pitching corner rupa-rupanya KE70!”

Toyota-KE70-chop-top-mekanika (2)

Enjin yang digunakan ialah 4AGE 4 throttle silver top. Biasanya kita tengok KE dimasukkan dengan 4AGE TViS daripada AE86. Tidak mengapa, sebab 4AGE  keluarganya memang berpanjangan generasinya. Jadi tak hairanlah kalau satu enjin dihasilkan sampai 20 tahun. Sebab itu tahan rosak, segala benda sudah diperbaiki.

Enjin ni disambungkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan dan gandar belakang AE86. Sistem ekzos digantikan dengan manifold saluran 4 kepada 1 dan paip saluran terus 2 inci. Kereta macam ni tak kena lah pulak kalau tak ada bunyi. Macam mana nak menjerit waktu drift kan?

Toyota-KE70-chop-top-mekanika (8)

Sistem suspensi kereta macam ni selalunya disalin sana sini. Tetapi kereta yang kena R&D untuk drift, memang kena uji sampai dapat set-up yang sesuai. Dalam kes kereta ni, ia dipasangkan dengan penyerap hentak asal di depan dan spring Perdana V6. Bahagian belakang pula guna absorber lori Isuzu 1 tan dengan spring Toyota Alphard! Steady brader!

Brek AE86 Levin dipasang pada roda hadapan dan belakang. Memandangkan kereta ini dibuat untuk tujuan belasah drift, maka tayarnya macam-macam set ada. Waktu fotonya dirakam, ia dipakaikan dengan tayar 175/65r14 Silverstone di depan dan Continental di belakang. Rim yang jadi pilihan ialah BBS RS.

Toyota-KE70-chop-top-mekanika (3)

Begitu lama selepas generasi awal berpindah milik, KE70 ni membuktikan bahawa rakyat Malaysia cukup bersatu bila membicarakan tentang kereta-kereta pacuan roada belakang.

KE70 juga membuktikan ia memang versatil. Kereta ini macam-macam boleh dibuat. Misalnya, wagon pakcik SS14 buat jual goreng pisang. Model sedan dibantai masuk 13B buat drift. Yang masuk enjin SR20DET pun dah ramai.

Toyota-KE70-chop-top-mekanika (6)

Tunggu masa je ada yang masuk air nanti guna enjin RB26. Tengok je la nanti kan…

Google ads
Back to top button